DPTAplikasi VSO/VST/VS Project Status and daily thoughts
DPTAplikasi VSO : Currently cleaning-up unused codes. Need 4-5 working days.
DPTAplikasi VST : Coding for clearing misc. system folders and files will begin soon.
DPTAplikasi VS : Will be doing whenever VST finished later on.
Sekarang aku tengah layan Higurashi no naku koro ni yang tertangguh sejak aku balik kampung dan PTK tempoh hari. Anime nie memang lain daripada yang lain dan sesiapa yang baru dengan anime bergenre pelik macam nie mesti rasa bosan dan tak faham jalan ceritanya. Ini mengingatkan aku kepada Suzumiya Haruhi no Yuutsu yang mana episod tiap2 minggunya tak menggambarkan susunan episod sebenar yang berlangsung dalam universe Suzumiya. Sebab tu aku tunggu sampai semua episod lengkap dulu baru tengok anime Suzumiya tu mengikut urutan sepatutnya. Kepada yang taktau sila
wiki.
Higurashi no naku koro ni (season 1 ye) membahagikan episod2nya kepada 2 seksyen besar iaitu bahagian soalan yang terdiri daripada 4 bahagian kecil yang bebas dan 4 bahagian jawapan yang juga terbahagi kepada 4 bahagian kecil yang juga bebas. Maklumat lanjut di
sini. Dalam season pertama semua bahagian soalan dicover iaitu :
Onikakushi-hen (鬼隠し編, Demoning Away Chapter)
Watanagashi-hen (綿流し編, Cotton Drifting Chapter)
Tatarigoroshi-hen (祟殺し編, Curse Killing Chapter)
Himatsubushi-hen (暇潰し編, Time Wasting Chapter)
dan 2 bahagian kecil daripada bahagian jawapan dicover :
Meakashi-hen (目明し編, Eye Opening Chapter)
Tsumihoroboshi-hen , (罪滅し編, Atonement Chapter)
season pertama nie mengandungi 26 episod dan season kedua bakal ditayangkan di jepun pada july-september ini dengan jumlah episod juga 26 dan akan cover lagi dua bahagian jawapan iaitu
Minagoroshi-hen (皆殺し編, Massacre Chapter) dan
Matsuribayashi-hen (祭囃し編, Festival Accompanying Chapter)
Untuk memahami jalan cerita anime nie, sesorg perlu melihat kedua2 bahagian soalan berkaitan kemudian menonton bahagian jawapan yang BERKAITAN untuk mendapat jawapan kepada pembunuh sebenar dan motif pembunuhan bagi bahagian soalan. pening kan ? he he.. sila wiki. aku malas nak cerita lanjut utk tahu yang mana satu jawapan bagi setiap bahagian soalan bagi memudahkan korang menengok anime nie..
Posted at 07:47 am by
bezicto