Nasihat kepada semua yang ada anak..
Sekarang nie macam2 boleh berlaku kepada anak-anak. Aku dah alami satu peristiwa yang menyayat hati (bercampur marah) aku semalam tapi bukan berlaku pada diri aku yang menyebabkan aku rasa macam nak buat entry nie..
Kepada korang yang ada daughters atau sons, binalah hubungan baik antara mereka sepanjang diaorang berada di dalam jagaan korang. Ambik mereka dari/ke sekolah kalau boleh.. sekiranya tidak boleh dilakukan.. lihat mereka ke sekolah setiap hari dan pastikan bila mereka balik ke rumah selepas tengahari atau petang, kita ada di rumah sewaktu mereka pulang. Tanya mereka macamana sekolah hari nie... dengan siapa mereka balik atau pergi sekolah hari nie.. dan kerja rumah macamana.
Ambil berat terhadap apa saja yang mereka buat.. apa yang mereka lakukan dan apa/siapa yang mereka jumpa setiap hari. Didik mereka solat berjemaah dari awal. Dan bawa mereka ke masjid. Beri didikan agama yang mana berkemampuan sendiri selain daripada pendidikan formal di sekolah dan kelas fardhu ain. Pastikan mereka solat dan menyempurnakan fardhu ain dengan sempurna.
Aku tau nasihat/teks-teks di atas mungkin akan dipandang remeh oleh orang lain sebab aku masih bujang dan belum berkahwin. Tapi aku ada adik-adik yang masih belajar dan ibubapa aku masih ada. Cuma kalau nak dipandang remehpun, fikirlah apa yang berlaku pada persekitaran sosial kita setiap hari.
Jangan kita nanti dihumbankan ke neraka kerana 'tidak atau kurang' memberi perhatian terhadap anugerah tuhan ini. Wallahualam.
Posted at 07:53 am by
bezicto