Menyusahkan benda yang senang.
Ada banyak ruang untuk meningkatkan kecekapan agensi kerajaan kita dan dalam masa yang sama tidak memberi ruang kepada pembaziran wang ringgit dan masa.
Aku hari nie nak bercakap dalam konteks perasmian dan pemahsyuran sesuatu. Actually benda nie sedang berlangsung dalam agensi aku berkerja dengan mesyuarat demi mesyuarat untuk 'memegahkan' perasmian dan pemahsyuran yang bakal dilakukan terhadap sesuatu benda yang berdiri di atas tanah.
Kenapa ?
-
banyak wang ringgit dibazirkan ke pengindahan yang hanya bersifat sehari ?
-
agensi berasaskan perkhidmatan; tetapi kakitangannya dikerah untuk menyempurnakan kemegahan dalam tempoh 3-4 bulan sebelum berlangsungnya upacara terbabit. bagaimana dengan kerja hakiki ?
-
satu mesyuarat khas dengan pengulangan bila difikirkan perlu, diadakan hanya untuk perkara yang bakal berlangsung selama 5 minit ? (eg. montaj, persembahan multimedia)
Kita sebenarnya telalu bersedia untuk perkara yang sia-sia daripada berkerja dengan bersungguh2 ke arah memantapkan perkhidmatan awam. Aku tak harap orang lain berfikiran sama seperti aku, tapi pembaziran masa dan wang ringgit ke arah yang lebih baik perlu difikirkan bersama.
Aku amat berasa kecewa dengan keadaan ini. Benda2 yang remeh temeh seperti perasmian atau pemahsyuran itu-dan-ini kalau boleh biarlah hanya dengan doa selamat dan hebahan sahaja.
Masyarakat kita, telah sebenarnya disogok bahawa 'yang mahal itu baik' dan 'yang indah itu kemegahan dan status' yang sepatutnya ditukarkan ke 'yang baik bukan bersifat selama-lamanya' dan 'status yang sebenar dalam perkhidmatan adalah kepuasan pelanggan'.
Wallahualam.
Posted at 07:25 pm by
bezicto