Minggu nie walaupun letih, tapi adalah minggu yang paling menggembirakan bagi aku.
1.
Aku disahkan dalam jawatan berpencen mulai 1 Ogos 2007.
2.
Aku dinaikkan satu tangga gaji.
3.
Gaji baru bulan Julai pada 25hb nie.
4.
Aku dalam proses pengeluaran semua caruman aku dalam KWSP yang bernilai hampir rm7k keseluruhannya.
Tadi, masa aku gi bahagian sumber manusia, waktu petang jam 3 petang lebih, untuk menyempurnakan dokumentasi bagi pengeluaran caruman KWSP aku, aku telah menerima ucapan 'hi' dari seseorang yang telah membuatkan aku tergembira sekejap. Dan keseluruhan petang pada hari nie, adalah yang cerah.. secerah mentari.
(Tapi, kegembiraan aku di spoil dengan bau durian dekat ofis aku... hampeh betul.. ada ka makan durian dalam aircond.)