Memang susah nak menolak jemputan. Terutamanya sekiranya kita diharap datang.
Lazimnya sebab alasan.
Terus terang aku katakan, dari hati aku, aku biasanya tak biasa pergi sorang2 ke majlis jemputan tertentu. Aku akan carik teman. Bila kawan aku semua dah kahwin dan yang masih bujang semuanya ada aktiviti2 sendiri, jemputan biasanya aku tolak kalau aku terpaksa pergi sorang2.
Ha~.. ini bukan 'lubang' untuk komen yang menyuruh aku cepat kahwin. Sorry.. unrelated.. and please don't ever bother asking me about that question.
Tapi, biasanya sebelum alasan tu, aku akan mintak maaf terlebih dahulu... dan kemudiannya baru alasan. Ini untuk menjaga hati tuan rumah.
Kepada mereka-mereka di luar sana, yang terbaca blog ini, bila korang mengajak orang bujang ke rumah anda untuk satu majlis tertentu, tolong jangan mengharap sangat diaorang datang. Cakaplah begini : "Kalau awak takde apa2 hujung minggu nie datanglah ke rumah, kami ada buat majlis
nnnnnn sikit."
dan janganlah undang begini "Jangan lupa datang ke rumah saya hujung minggu nie ye.. datang tau.. jangan tak datang". Bagi aku, undangan seperti ini adalah mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan orang lain.
Posted at 09:48 pm by
bezicto