bezicto
December 4th 1981  (Age 26)
Male
Malaysia


Interest : Anime, manga, computer (Otaku)

Programming Languages : Delphi, JavaScripting, PHP, Win32 Batch

Previous Schools :
SKBJ(s1)-SKSJ(s2-s6)-
SMIH(h1)-SMTP(h2-h5)-UTM

My Repository :


Friends :

Mon @UTM
jasdy @UTM
Ganchan @Insomnia
eek-1 @Insomnia






   

<< August 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:







Thursday, August 02, 2007
Road to DPTAplikasi VST




DPTAplikasi VST adalah satu2 projek aku yang paling aku beri perhatian sejak awal pembangunannya.

Tapi setiap aplikasi yang dibangunkan oleh mana-mana programmer/developer, ada asal-usulnya.

Mari kita lingkari sejarah mudah ini.

Pertama sekali, dalam tahun 2005, aku telah diminta untuk memeriksa perisian-perisian yang dipasang pada komputer kakitangan di jabatan aku bertugas. So, waktu tu, aku malas nak coding, jadi aku try cari dalam internet kot2 ada perisian installed program yang boleh keluar report bagi perisian yang dipasang dalam komputer klien. Hampa. Takde satupun menepati hasrat murni aku.

So, dengan tekad 'mari meng-coding' aku bukak delphi 5 dan buat beberapa simple program yang boleh akses registry dan semak program2 yang telah diinstall. Maka, tersiaplah satu program kecik yang aku beri nama GetInstalledApps [Screenshot]

Program nie kira mencukupi le dengan segala fungsi yang aku nak termasuk save report dalam format Microsoft Excel.

Tahun selepasnya, 2006, aku start untuk enhance program tu dengan beberapa tambahan fungsi seperti :
1. save ke html
2. dapat bezakan hotfix/windows updates dan menyah-senaraikannya bila perlu

So, dalam 20 April 2006, maka siaplah DPTAplikasi 3.0 [Screenshot] dengan nombor binaan terakhir ialah 20070420.

Aku juga integrate-kan keupayaan untuk membuang fai-fail sementara [Screenshot] sistem operasi dan juga antaramuka pengguna untuk fail HOSTS [Screenshot].

Aku saja tukar nama daripada GetInstalledApps kepada DPTAplikasi untuk memartabatkan penggunaan Bahasa Malaysia.. tapi sepatutnya ialah DAPATAplikasi, tapi aku ringkaskan ke DPT je untuk perkataan DAPAT tu.. basically DPTAplikasi bermaksud, 'menangkap senarai aplikasi yang dipasang di komputer klien secara total'

DPTAplikasi 3.0 adalah yang terakhir aku tulis guna Delphi 5.0, aku kemudiannya migrate ke Delphi 2007 pada awal tahun 2007. Maka terhasillah produk pertama aku dengannya iaitu DPTAplikasi VSO 3.1 [Screenshot].

Dalam DPTAplikasi VSO 3.1 aku mansuhkan beberapa fungsi tak relevan dan kembali ke matlamat asal iaitu 'mendapatkan senarai perisian yang dipasang pada komputer klien'.

Pada awalnya, aku bercadang untuk bangunkan 3 versi untuk DPTAplikasi yang menggunakan versi 3.1 ini iaitu VSO, VS dan VST.

VSO adalah version paling minimal dengan tujuan asalnya, aku nak jual source code dia pada sesiapa yang berminat dan EXE-nya adalah percuma... err.. freeware. EXE akhir pada VSO aku hadkan hanya boleh save senarai perisian yang di-detect-nya dalam format HTML.

Kemudiannya DPTAplikasi VS 3.1 yang terpaksa aku drop sebab kekangan masa. Basically model VS ini adalah lanjutan kepada VSO dan pengguna boleh save dalam format Microsoft Excel dan juga HTML yang mempunyai formatting/Cascade Style Sheet. Tapi aku mansuhkan akhirnya dan bercadang nak releasekan VST secara freeware je.

Kemudian, aku teruskan pembangunan VS yang dimansuhkan dengan evolve-kannya ke DPTAplikasi VST [Screenshot]. VST adalah model ultimate untuk DPTAplikasi dengan fungsi enhance pada formatting import senarai ke HTML [Screenshot] dan Microsoft Excel. Juga mempunyai built in mini CPU info [Screenshot] dan mampu mendapatkan maklumat asas komputer seperti nama pengguna, nama workgroup, model processor, jumlah RAM, jenis serta nombor versi sistem operasi. DPTAplikasi VST di release-kan secara rasmi di InsomniaStudios.org dan BezictSoft pada 31 Julai 2007.

Maka itulah sejarah ringkas DPTAplikasi ^_^

Posted at 07:49 pm by bezicto

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry