Sesekali aku teringatkan masa aku mula2 tahu secara mendalam pasal komputer masa belajar di u dulu. masa tu aku ingat lagi, masing2 cuba untuk jadik 'lain daripada yang lain'... maklumlah sebab pelajar sains komputer katakan.
yang paling popular adalah meramaikan anak-anak ikon dekat taskbar sampai overcrowded, meramaikan tray icon dekat system clock dan juga ada yang install linux sebab taknak ikut aliran perdana Windows.
selain tu ada jugak yang install kepelbagaian windows theme, wallpaper rotater dan lain2 lagi seumpamanya. waktu paling popular adalah stylexp dan windows blind. uxtheme patch agaknya tak popular lagi waktu tu.
winamp, sonic, music jukebox, windows media player juga diskinkan dengan dahsyat.
drivers didownload hampir setiap kali ada yang baru diinternet. Yang paling best adalah sanggup tu, datang makmal internet malam2 sebab nak download driver baru atau strip laman web masuk dalam hdd. maklumla.. UTM memang terkenal dengan kelajuan internet tahap cahaya diaorang.
sekarang masing2 dah 'bergraduan' dan kebanyakkan dah faham kebanyakkan benda yang diaorang buat tu dapat menambahkan penggunaan resource komputer dan akhirnya membawa kepada lembabnya komputer tak kira betapa canggih dan terkininya komputer.
setiap kecantikan akan membawa satu atau beberapa downfall.. dan kelembapan operasi adalah salah satu diantaranya.
lagi satu pendapat orang yang menjadi mitos adalah dengan menginstall terlalu banyak perisian sekuriti di dalam komputer bagi membantu meningkatkan tahap keselamatan komputer. sebenarnya apa yang penting bukan perisian sekuriti apa yang kita pasang dan guna, tetapi kelayakan kita sebagai pengguna menapis dan memahami apa yang kita pasang tu dan kesannya terhadap komputer kita.
disebabkan sekarang aku lebih percaya kepada open source dan freeware yang berkaliber, perisian ber-crack adalah a no-no pada komputer aku.
tentang sekuriti sekarang, aku hanya percayakan Windows Firewall, avast antivirus home edition dan AVG AntiSpyware dengan kerjasama SpywareBlaster. Full Stop.
Selain tu ada, CCleaner yang bantu system aku kemas daripada fail2 yang tak digunakan.
Kebanyakkan member aku yang faham konsep sekuriti pada perisian, tutup firewall mereka dan hanya biarkan 100% keselamatan komputer pada Antivirus. pada aku ini adalah subjektif, aku biarkan firewall windows je yang on. dan takde firewall sampingan lain. sebab aku sebagaimana rakan2 aku yang tech security savvy percaya bahawa, keselamatan terbaik datang dari cara ko guna komputer ko, perisian yang ko install dan cara ko layari laman web.
dan of course, yang paling penting adalah, update Windows korang setiap kali ada keluar popup kuning dekat system tray ^_^
Posted at 07:40 am by
bezicto
 | Posted by David Kulheim @ 12/07/2007 11:04 PM PST |  |
Awesome article! A must-read for every desktop user out there. Clean, detailed, and based around free software.
I recommend that you make an ebook of this post :-)
For reasons of simplicity, I use 2 windows installations with different security software. This way I can switch from one to another and have a scan from another vendor.
Also, I'd suggest every advanced user have a bootable CD with Avast, Lavasoft and McAfee utilities to run. It
does help and is faster than killing nasties from the windows GUI. |
 |