Friday, August 31, 2007
Selamat Hari Kebangsaan



Selamat Hari Kebangsaan kepada semua. Pandu kenderaan anda dengan cermat dan pakai tali pinggang keledar ^_^

Update 1 : 11:00 AM
Bangun subuh tadi, aku terus on pc dan tonton concert Suzumiya Haruhi no Gekisou.. ada dua DVD dan aku baru tengok first DVD. DVD ke-2 aku tangguh dulu.

Lepas tu aku on tv jap.. dan sebab takde cerita menarik berbanding rancangan mengenai sambutan kemerdekaan, aku balik ke komputer dan sambung tengok Tokimeki Memorial ~Only Love~... sampai episod 22. Nampaknya si Riku tu masih tak dapat buat keputusan nak couple dengan sapa. Tinggal lagi 3 episod, dan aku harap Riku pilih Sayuri ^_^

Rancangan aku ke KL ditangguhkan ke besok pagi sebab beberapa alasan. dan besok aku ada midvalley untuk buat marathon wayang sebelah petang dan malam. Dan mungkin isnin depan aku kena keluarkan simpanan tabung haji untuk tampung perbelanjaan aku bulan nie.. sejak balik kampung minggu lepas tu, duit banyak mengalir ke tol dan belanja ahli keluarga ^_^

Update 2 : 12:29PM
Akhirnya... sebelum aku pergi solat jumaat hari nie, aku berjaya habiskan tokimeki memorial ~only love~ dan kesimpulannya..... jeng jeng jeng....



Si Riku tu telah memilih Sayuri ^_^
Bagus betul anime nie... jalan cerita dia memang best. Dan nampaknya walaupun Tsukasa dan Mina dikecewakan, diaorang tetap menerimanya dengan hati terbuka. Tahniah kepada konami yang berjaya buat anime yang telah menyebabkan aku tak menyumpah skrin monitor aku lepas habis tonton final episodenya.

Update 3 : 8:30PM
Dan beberapa jam lagi, 31 ogos akan bertukar menjadi 1 september. Apa yang aku buat hari nie ? ntahlah.. rasa macam belum merdeka je aku nie.. dari pagi sampai petang layan anime jepun sambil menyumpah fansubbers sebab ada kalanya translate tak accurate.. bukan nak katakan aku nie power bahasa jepun, tapi bila aku dah hampir dekat 7 tahun dengan bahasa jepun, banyak kosa kata dan frasa boleh diungkapkan dengan mudah ^_^
Malam nie aku nak update bezictosoft. mungkin nak letak beberapa screenshot penting bagi memeriahkan blog tu.

Apa-apapun.. selamat ulang tahun kelahiran Malaysia. Izinkan aku menumpang teduh dibawah langit ko lagi untuk tahun2 mendatang ^_^

Posted at 11:01 am by bezicto

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


bezicto
December 4th 1981  (Age 26)
Male
Malaysia


Interest : Anime, manga, computer (Otaku)

Programming Languages : Delphi, JavaScripting, PHP, Win32 Batch

Previous Schools :
SKBJ(s1)-SKSJ(s2-s6)-
SMIH(h1)-SMTP(h2-h5)-UTM

My Repository :


Friends :

Mon @UTM
jasdy @UTM
Ganchan @Insomnia
eek-1 @Insomnia






   

<< August 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here: