..dalam chapter 367, nama ibubapa Uzumaki Naruto diumumkan.
Hokage ke-4 untuk Konoha iaitu Namikaze Minato adalah ayah kepada Naruto dan Uzumaki Kushina adalah ibunya. Perincian tentang sejarah mereka berdua masih belum diungkapkan dan aku harap dalam chapter terdekat nanti adalah flash-back kot rasanya.
Nampaknya, Naruto menggunakan nama maiden untuk ibunya. Sepatutnya akan jadi Namikaze Naruto tapi jadi Uzumaki Naruto. Hmm... mah.. untuk some circumstances, bila dalam sesuatu keluarga jepun, si suami mati, lazimnya isteri akan kembali ke nama maiden asalnya sebelum berkahwin (atas pilihannya)... dan anak-anak akan ikut sekali. Maka ini menerangkan kenapa menjadi Uzumaki Naruto dan bukan Namikaze Naruto. Mungkin juga Kushina taknak Naruto tahu yang hokage ke-4 itu ayahnya atas beberapa faktor.
Ah... tak sabarnya nak tunggu perkembangan Naruto !
Posted at 07:12 pm by
bezicto