Aku baru nie ada lepak di satu sudut di internet dan terbaca satu benda yang menyebabkan hati aku marah kepada segelintir kaki download anime di Malaysia. Laman web tersebut yang sepatutnya menyediakan akses terhadap anime2 baru kini menyekat akses IP dari Malaysia disebabkan oleh ada sebilangan pengguna internet di Malaysia yang memindahterima fail sekaligus dengan beberapa concurrent connection untuk satu2 fail.
Maknanya begini, katakan dia download satu fail dan menggunakan 5 connection untuk fail tersebut pada satu server, maka kalau dia download 5 fail.. maka semuanya akan ada 25 connection concurrently untuk satu server tu. ini menyebabkan orang lain tak dapat akses server tu untuk memindahterima fail. Ini sebenarnya dilakukan dengan menggunakan download manager.
Satu perkara yang korang semua kena ingat, bila kita buat direct http download dengan berbilang connection untuk satu fail, kita sebenarnya menghalang orang lain daripada memindahterima fail yang sama dengan cara melimitkan kelajuan mereka. katakan satu connection berkelajuan 15kBps dan dengan lima connection iatu dah menjadi sehingga 75kBps. itu hanya untuk satu fail !
Setiap server dizahirkan dengan sejumlah bandwidth yang dapat dia tampung dalam satu-satu masa. bandwidth sesebuah server adalah untuk dikongsi bersama bukannya untuk dimonopoli. sekiranya seorang makhluk menggunakan 150kBps untuk download files pada satu server yang berkeupayaan 256kBps, maka dia nie akan hanya membiarkan pengguna lain mendapat bakinya sahaja iaitu ~100kBps.
Apa-apa pun, direct download bukan p2p. korang kena ingat setiap benda datang dengan harga.
Rule of thumb adalah downloadlah fail satu-satu dan dengan sela masa tertentu untuk memindahterima fail berikutnya.
Belajar untuk memberi pula.
Posted at 09:42 pm by
bezicto