Wednesday, February 06, 2008
Agaknya...

Semalam aku terlibat dengan satu rundingan untuk menurunkan harga bagi suatu perkhidmatan yang bagi aku vital dalam kejuruteraan perisian. Daripada nilai harga yang ditawarkan, bagi aku agak berbaloi untuk dikeluarkan oleh pihak kami bagi tempoh yang ditetapkan.

Malangnya, mengikut prosedur, rundingan sebegini perlu bagi mendapat nilai terbaik.

Dalam kejuruteraan perisian, nilai harta intelek seperti pengemaskinian perisian, bug fixes dan health check adalah jantung sesebuah syarikat perisian/aplikasi yang menawarkan sesuatu sistem kepada kliennya untuk sumber pendapatan. Menyerahkan sesuatu perisian tanpa penyelenggaraan seolah menyerahkan kereta kepada pembeli tanpa sokongan selepas jualan dan ahli ganti yang sah.

Apa yang aku nampak, setelah sekian lama, memang betul nilai penyelenggaraan ini boleh turun ke satu nilai yang munasabah, tapi ada hadnya.

Berbeza dengan perisian yang dibangun sendiri oleh organisasi atau dibeli sekali dengan kod sumbernya, perisian/aplikasi/sistem komersial perlu didokong dengan perkhidmatan selepas jualan dalam bentuk warranty atau kontrak penyelenggaraan yang sempurna.

Kecacatan boleh berlaku dalam banyak bentuk dalam perisian. Programmatic error, persekitaran dan lain-lain lagi.

Sebab itu, dari perspektif aku, harga perisian sepatutnya lebih mahal dari hardware.. well bergantung kepada kompleksiti-lah kan.. ^_^

Pepepun, kalau korang adalah antara pembuat dasar di luar sana bagi mana-mana organisasi, sekiranya korang membeli sistem yang komersial.. pastikan korang bermunasabah ketika membuat rundingan sedemikian. Ini bagi memastikan survival syarikat pembangun berkenaan. Bayangkan sekiranya, nilai kontrak penyelenggaraan menjadi terlalu rendah, dan tak dapat ditampung oleh syarikat berkenaan. Seterusnya syarikat tersebut kehilangan pekerja kerana kekurangan sumber kewangan.. agaknya apa jadi dengan sokongan aplikasi yang kita beli selepas itu ?

Satu untuk renungan, kita berharap kepada Windows hampir tiap hari.. agaknya kalau Microsoft kenakan setiap satu updates dengan nilai harga tertentu, apa akan jadi kepada amalan perkomputeran kita seharian ?

Fikirkan.

Posted at 06:35 am by bezicto

acid
February 8, 2008   11:21 AM PST
 
naper nak kena guna m$ je.. m$ kenakan charge untuk license every year.. why not tukarkan programing aplikasi tu kepada open source.. sebab programing dia ok aper... sebagai contoh ruby, php, java... and aku pernah tengok ornag gunakan CSP.. kira impementation baru untuk java.. seriusly lawa.. and GUI dia memang cun.. .. just my 2 cents
bezicto
February 8, 2008   02:45 PM PST
 
itu okay kalau saiz sistem tu tak berskala besar. nak tukar dari satu sistem berasaskan pelanggan dari yang komersial ke open source makan banyak masa dan kos training. yang paling penting masa. client based system = kritikal. bila masa satu sistem tu dah stabil dan diyakini, perkara yang perlu buat bukan tukar baru, tapi memastikan kesinambungan terhadap operasi dengan pelanggan.

kalau OS lain cerita la, atau apps/system yang bukan customer oriented.
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


bezicto
December 4th 1981  (Age 26)
Male
Malaysia


Interest : Anime, manga, computer (Otaku)

Programming Languages : Delphi, JavaScripting, PHP, Win32 Batch

Previous Schools :
SKBJ(s1)-SKSJ(s2-s6)-
SMIH(h1)-SMTP(h2-h5)-UTM

My Repository :


Friends :

Mon @UTM
jasdy @UTM
Ganchan @Insomnia
eek-1 @Insomnia






   

<< February 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed