Sunday, March 02, 2008
Gembira-gelabah-gembira

Repair kereta RM125
Bayar bil tertunggak maxis RM30
Daftar Celcom Executive Plan RM50
Parking RM25 (total)
Belanja rakan2 makan RM50
XFX 9600GT OC RM665
Makan Malam RM8.00
Tol RM18

Kepuasan... priceless.

First sekali, semalam, aku servis keta bersama rakan baik di rawang. bertolak pada jam 730pg, sarapan, dan seterusnya tiba di rawang pada jam lebih kurang 8.50pg.

Servis tamat dalam jam 1150am gitu, dan terus berangkat ke hospital sg. buluh untuk bertemu sorang lagi rakan di sana.

Aku parking di dalam kuarters hospital dan seterusnya terus berangkat ke Menara Celcom untuk daftar talian post paid aku. well ini untuk melupakan kisah lama. malangnya, aku diblacklist sebab ada bil dengan Maxis tidak dijelaskan.

So, berangkatlah kitaorang ke menara maxis lak, kat tepi klcc nu. settlekan bayaran tertunggak untuk bil terakhir aku dan settle. yang aku peliknya aku tak pernah dapat pun bil akhir tu.. macamana aku nak detect aku ada hutang dengan maxis ? hampeh tul maxis nih.. so dah settle.. terus berangkat balik ke menara celcom.

pendaftaran yang aku ambik adalah Celcom Executive Plan sebab plan minutes dah tamat. pepepun, plan nie nampak best sebab waktu aku daftar tu, ramai gile yang mendaftar untuk plan nih.

seterusnya, kami terus ke lowyat. solat dulu di berjaya times. n then belanja rakan2 yang telah aku susahkan di McD. lepas tu baru ke lowyat.

firstly teman sorang member nie yang target nak beli speaker yang reger die RM950 !! huh.. gile.. speaker aku paling mahal pun RM80 je... kot. itu belum lagi sound card, sebab dia target nak ambik Creative Extreme Music. mahal tu.. dekat RM500.
tiba di thundermatch, aku terus sambar XFX 9600GT OC sama barang2 yang member seopis aku pesan. DVD Writer (RM85) sama 25 keping punya DVD+R.

Malangnya thumbdrive U3 dengan model kingston terlatest yang baru pamer kat lowyat.net tu aku tak jumpa, setelah penuh acid laktik di kaki aku pusing satu aras kat lowyat nu.. so sebab celcom aku masih tak aktif, aku takleh nak call senior aku nie untuk verify model lain ke ape ke.. lagipun dua orang member2 aku tadi nie dah balik kat keta sebab speaker tu berat gile. tinggal aku sorang2 menjelajah lowyat.
so, lepas tengok takde, aku direct ke parking dengan hampa.

mungkin kena tunggu pc fair la kot.

anyway, waktu balik kami direct guna SMART tunnel. aku first time masuk. berikut adalah gambar2nye.. mengikut urutan kemasukkan..









Lepas tu kami direct ke midvalley untuk filem Jumper. tiket dibeli untuk tayangan 9:50pm untuk mengelakkan terlanggar waktu maghrib. sampai di midvalley pada jam 6 lebih gitu direct beli tiket.. lepas tu solat asar dan terus lepak jap kat bawah tu sampai maghrib untuk solat terus. waktu lepas solat maghrib tu terserempak lak dengan member aku dari jabatan aku kerja. ha ha.. dunie nie kecik betul. dia dengan anak kecilnya. bergilir dengan isteri untuk solat maghrib. lagipun surau dia entrance member kecil sangat. dalam besar. patutnya kena besar sikit pintu masuk tu.

well. lepas solat, kami direct ke food court kat atas midvalley tuh. layan nasik lemak dengan jus oren. member2 aku yang lain, diaorang makan sendiri2 ikut selera.

Jumper lak lepas tu. boleh tahan la cerita dia. tapi terlalu cepat klimaks. dan hmm.. satisfactory lah. memang wajar dibuat trilogi.

habis jumper dalam jam 11:30 gitu, direct ambik keta aku kat Hospital sg. buluh dan bertolak pulang. sebelum berangkat pulang, aku dapat ole2 dari makkah, maklumla.. member aku sorang nie baru balik dari tanah suci... juga dapat sekali dengan kad jemputan perkahwinannya. sebab majlis nye pun nak dekat. alhamdullilah lepas jugak sorang lagi member aku ^_^

sampai rumah dekat jam 1 pagi dah. solat isyak... lepas tu tido. hajatnya nak pasang terus xfx tu.. tapi penat sangat.

tido.

paginya, lepas subuh tadi, aku terus pasang. ha ha ha.. berikut adalah sequencenye..









Aku sungguh gumbira dengan performance nye.. aku dapat lari 3dmark05 sampai 12000 !! itu pun limited sebab, processor aku hanya dual core X2 2.2GHz... kalu aku gune core 2 duo.. sure pecah panggung nye..

aku main balik nfs:carbon guna maximum detail.. dan resolution 1280x1024.. peh.. terliur dengan grafik yang gile lawa...

saya mesti pilih. 9600GT nie dari XFX adalah versi overclock secara factory default. so warranty memang valid lah berbanding oc sendiri. dan sekarang aku sangat gembira.. well at least sikit je.. sebab celcom aku masih tak aktif lagi.

selamat tinggal kemuraman. selamat datang kegembiraan.

kepada lelaki yang telah menfitnah aku tu dalam sms, aku doakan ko bertaubat segera sebab sekarang setiap masa waktu aku solat, aku sentiasa mintak Allah S.W.T balas balik setiap perbuatan ko pada hati aku. setiap tindakan mesti ada akibatnya.

^_^

p/s : entry terpanjang dalam sejarah.

Posted at 08:57 am by bezicto

Posted by sape2 jer... @ 05/12/2008 12:25 PM PDT
"kepada lelaki yang telah menfitnah aku tu dalam sms, aku doakan ko bertaubat segera sebab sekarang setiap masa waktu aku solat, aku sentiasa mintak Allah S.W.T balas balik setiap perbuatan ko pada hati aku. setiap tindakan mesti ada akibatnya."

assalamualaikum...
maaf sebab campur hal ni...tak tau lah apa hal fitnahnya...tapi rasanya tak baik doakan yang buruk2 pada orang lain, lagi2 lepas solat.walau apa pun perkaranya..ALLAH kan ada..secara tak disedari , ia adalah satu perasaan "menyimpan" sesuatu perasaan yang buruk dalam hati.. senang cakap ia dah menjadi dendam...
bak kata aisyah (penyanyi tu...) kemaafan adalah dendam yang terindah....
harap2 org yg memfitnah itu dapat dimaafkan...
fikir2kan lah..
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


bezicto
December 4th 1981  (Age 26)
Male
Malaysia


Interest : Anime, manga, computer (Otaku)

Programming Languages : Delphi, JavaScripting, PHP, Win32 Batch

Previous Schools :
SKBJ(s1)-SKSJ(s2-s6)-
SMIH(h1)-SMTP(h2-h5)-UTM

My Repository :


Friends :

Mon @UTM
jasdy @UTM
Ganchan @Insomnia
eek-1 @Insomnia






   

<< March 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here: