Semua artikel yang aku hasilkan, akan dikalerkan dengan warna nie... so artikel seterusnya adalah mengenai CPU...
Ada banyak variasi untuk CPU. Buat pengetahuan korang CPU bukannya kotak casing korang tu, CPU sebenarnya adalah cip pemprosesan pusat. Iaitu yang begini ..
Maka bila korang sebut CPU, ingat, CPU bukan bermaksud keseluruhan kotak casing tu dan semua barang2 atau komponen-komponen yang ada di dalamnya. tetapi adalah bendalah kat atas tu..
dan.. ianya lazimnya dipasangkan dengan bendalah kat bawah nih..
... untuk membantu menyejukkan CPU yang memang panas.
Terdapat banyak variasi untuk CPU nie, namun begitu aku tak bercadang utk menceritakan dgn terperinci. Dan bagi CPU ini terdapat dua pecahan utama iaitu Single Core dan yang terbaru Dual Core. Single Core CPU adalah teknologi terkebelakang yang mana ianya mempunyai kuasa pemprosesan satu hala. Rasanya pade tahun 2008 nie, banyak single core processor dah phase out pun...
korang bolehlah mengganggapkannya sebagai sampan dengan seorang pendayun. Manakala Dual Core CPU adalah teknologi terkini yang menampilkan 'dua pendayun' di dalam satu sampan. Ini sudah pasti akan menambahkan kuasa bagi sesebuah CPU itu bukan ? Sebenarnya tidak, bagi sesetengah aplikasi yang tidak dapat memanfaatkan Dual Core yang berada di dalam satu-satu CPU tidak akan menambahkan kelajuan dan kepantasan pemprosesan.
Terdapat penerangan teknikal berhubung perkara ini. Untuk memudahkan korang faham, korang bolehlah bayangkan seperti seorang penumpang (aplikasi) ingin menaiki sampan dengan dua pendayun tadi ( Dual Core CPU) tetapi penumpang ini seolah-olah mengalami kesukaran untuk berbual dengan kedua-dua pendayun tadi sepanjang perjalanan. Dalam hal ini, menerusi beberapa ujian benchmark yg ade di internet, didapati dlm sesetengah kes Single Core CPU lebih berkemampuan drp dual core. (tapi rasanya, perkara nie dah berubah sejak pengenalan Core 2 Duo)
Untuk membezakan antara kedua-dua jenis utama ini adalah sangat mudah. Lihat pada spesifikasi CPU pada brosur komputer yang korang dpt. Bagi jenama Intel, Pentium D dan yang terkini adalah Core 2 Duo adalah CPU Dual Core manakala Pentium 4 dan Celeron serta Celeron D adalah Single Core.
Bagi jenama AMD pula, Athlon64 X2 dan sesetengah model Athlon64 FX adalah Dual Core manakala Athlon64 dan Sempron adalah Single Core.
Pada penghujung 2007, Intel telah memperkenalkan Core 2 Quad iaitu kuasa pemprosesan dengan empat core atau quad core manakala AMD pula telah memperkenalkan Phenom 9400 dan 9500 yang juga merupakan pemproses quad core. (Phenom siri 8000 yang bakal keluar pada April atau Mei 2008 nanti adalah tri-core iaitu pemproses dengan tiga core)
Ada sesetengah penganalisis satu ketika dahulu berpendapat kelajuan sesebuah pemproses terletak pada frekuensinya. Ini ada benarnya pada ketika dahulu, tetapi kini zaman telah berubah. Sebelum itu, eloklah sekiranya aku terangkan dahulu mengenai frekuensi.
Frekuensi sesebuah pemproses pada masa kini diukur dalam unit Gigahertz (GHz). Dalam bahasa orang kebanyakkan, semakin tinggi frekuensi sesebuah CPU semakin lajulah arahan dapat diproses. Misalnya, AMD Athlon 64 3000+ mempunyai kelajuan 1.8GHz (rujuk www.amd.com untuk info selanjutnya) dan AMD Athlon 64 3200+ mempunyai kelajuan 2.0GHz. Maka bolehlah disimpul secara mudah bahawa AMD Athlon 64 3200+ dapat memproses lebih laju berbanding AMD Athlon 64 3000+.
Intel dan AMD mempunyai nama-nama yang pelik untuk CPU depa. Misalnya, Core 2 Duo E8200 dan Core 2 Duo E6700. Kedua-duanya mempunya frekuensi yang sama iaitu 3.0GHz. Akan tetapi, kedua-dua mereka berasal daripada keluarga teknologi berbeza. perhatikan, E8200 adalah generasi terkini yang dikeluarkan pada awal 2008 manakala E6700 adalah generasi lama yang dikeluarkan sejak 2006-2007 lagi. Faktor kekinian juga perlu diberi perhatian kerana kebanyakkan teknologi baru diimplementasi pada prosessor yang terkini. Maka semasa nak beli nanti, pastikan dulu sebelum beli agar korang tak ketinggalan ^_^
Selain frekuensi, kemantapan pemprosesan sebuah CPU juga bergantung kepada jumlah cache yang terdapat pada L1, L2 dan L3 pada pemproses berkenaan.
Dalam bahasa yang mudah difahami L1, L2 dan L3 adalah peringkat storan cache yang terdapat di dalam sesebuah pemproses yang diukur dalam unit kilobyte(KB) dan Megabyte(MB). Misalnya AMD Athlon 64 3000+ mempunyai 512KB L2 cache dan Intel Core 2 Duo 6300 mempunyai 2MB L2 cache di dalamnya. Semakin besar jumlah cache semakin banyak arahan dapat dimuatkan untuk diproses oleh satu-satu CPU.
Pada masa kini, kelajuan sesebuah CPU tidak lagi bergantung kepada frekuensi dan jumlah cache yang terdapat padanya. Ianya bergantung kepada teknologi. semakin hari semakin bertambah baik teknologi CPU dan semakin banyak faedah boleh diperolehi daripada teknologi terkini ini, misalnya memainkan video high definition akan lebih lancar, melakukan multitasking dengan program2 tertentu akan lebih responsif dan banyak lagi. korang perlu rajin membuat kajian dan penyelidikan mengenai produk CPU yang terbaik buat penggunaan dan saiz bajet korang.
Khasiat yg ada pada lebih banyak core adelah : - video encoding atau aplikasi2 berasaskan multimedia akan lebih pantas dan efektif. - ada sesetengah games yang memanfaat lebih banyak core, akan lebih responsif dan takde main game tersekat-sekat.
Khasiat cache yang besar : - lebih banyak arahan dapat diproses dalam satu masa - err.. itu je kot.
Terimalah logo2 yang selalunya terpampang dekat casing pc korang yang menunjukkan cpu apa berada di dalam casing korang...
pada aku yg bercore-core nih sesuai untuk multitasking dan multimedia perfomance. eheheeh kalau takat guna word je lepas tuh tak bukak winamp bagai... single core sudah memadai... cuma isu dia sampai bila kan? sedangkan pentium 3 aku yg 1 gig aku dah mula rasa merangkak2. ahahahaha...so apa2 pun carik terus yg latest...lama skek tahan sebelum upgrade