Aku baru tadi terbaca luahan penyokong2 UMNO dan BN umumnya di sebuah blog kepunyaan seorang Dato' yang berasal dari Kedah dan pernah menjadi Editor in Chief di Berita Publishing.
Blognya menganalisis senario PRU 12 dengan bersopan santun tetapi sarat dengan maklumat untuk diambil ikhtibar oleh kerajaan BN sekarang terutamanya Pak Lah.
Selain daripada itu, juga kelihatan pengakuan demi pengakuan betapa ramai orang yang sayangkan UMNO mahukan Pak Lah turun secara kehormat untuk memulihkan imej UMNO untuk diberi peluang kepada 'gerak-kerja' individu lain pula.
Bagi individu2 di atas pagar seperti aku nie, berpendapat, ada kalanya hijrah besar2an diperlukan untuk memperbaiki dari keadaan yang tidak diterima kepada yang boleh diterima.
Kadangkala ini adalah pengorbanan.
Ramai yang tidak sukakan cara Pak Lah memerintah dan membaca komen2 dari blog berkenaan menyebabkan aku hampir menangis kerana ada yang terpaksa memangkah 'yang lain' kerana sayangkan UMNO dan umat Melayu.
Takkan melayu hilang di dunia. Tetapi hakikatnya, itu bukan mustahil.
Kebebasan bersuara dan mengkritik walaupun tanpa dasar juga perlu diberi peluang di Malaysia. Berulangkali kedengaran mengenai saluran yang betul itu dan ini. Tetapi bagaimanakah saluran yang betul terbabit ? Sehinggakan ramai kakitangan awam yang tidak bersetuju dengan perkara tertentu dipotong daripada bercakap dan mencadangkan untuk kebaikan bersama. Mereka juga takut daripada bercakap atau menkritik secara keterlaluan kerana takut diambil tindakan. Adakah ini 'kuasa' atau 'mandat' pada definisinya ?
Posted at 08:16 pm by
bezicto