social networking site...
Aku sejak dari 2 minggu lepas, sibuk mengoogle balik rakan2 lama aku dari zaman sekolah. sekolah rendah hingga menengah. dapat la capture sorang dua yang beri maklumat details sampai boleh dicrawl dengan google.
Kenapa ? saja.. aku dah takde kerja sangat sambil boring mengadap kod2 aturcara a.k.a php/batch command yang aku buat pada masa lapang aku tu..
sekali-skala teringat zaman sekolah nie memang best. betapa banyak benda yang aku terlepas dan termasuk dengan perasaan alangkah baiknya kalau aku boleh terbalikkan masa..
kewujudan friendster, myspace dan bla bla.. semua website social networking nie, bagi aku selain daripada mendekatkan orang yang telah jauh dan dilupakan... ianya peranti terbaik untuk membaca profil orang lain.
sama ada baik atau buruk dibelakangnya, itu terpulang kepada tafsiran masing2. pada aku of course, yang buruk melebihi yang baik. bayangkan semua data2 kita terpapar untuk tatapan umum ?
korang tak takut ke ?
tapi ntah.. kini pengaruh internet memang meluas. banyak data boleh diperolehi di net.
aku yang teramat jarang mempamerkan identiti sebenar aku secara online, jugak kadang2 terlepas. misalnya melalui artikel2 yang aku tulis di internet.. ada dua-tiga guna nama sebenar aku. tapi what the heck.. itu hanya ilmu. dan aku tak kisah sangat pun. selagi ilmu tu diperluaskan kepada semua orang untuk difahami.
kesimpulannya..
identiti anda adalah rahsia. daftarlah sebagai pemilih, sekiranya anda ingin memterbalikkan keadaan sekarang dalam tempoh 5 tahun lagi ^_^
Posted at 10:11 pm by
bezicto