bezicto
December 4th 1981  (Age 26)
Male
Malaysia


Interest : Anime, manga, computer (Otaku)

Programming Languages : Delphi, JavaScripting, PHP, Win32 Batch

Previous Schools :
SKBJ(s1)-SKSJ(s2-s6)-
SMIH(h1)-SMTP(h2-h5)-UTM

My Repository :


Friends :

Mon @UTM
jasdy @UTM
Ganchan @Insomnia
eek-1 @Insomnia






   

<< March 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:







Sunday, March 30, 2008
Walimatulurus

tak disangka.

jiran aku masa di ksds, utm merangkap kawan baik aku.. kini telah berumahtangga.

semalam. sabtu.

bermula daripada sepatutnya menghantar megamax ke stesen bas untuk membolehkan dia membeli kasut (di kl) untuk dipakai masa jadik pengapit tetapi untuk memudahkan dia, aku cadangkan dia cari kat rawang.. masa on the way tengok member aku tu akad nikah pada sebelah petang (di bandar tasik puteri, rawang).

maka setuju.

seterusnya tunggu sorang member aku('pemilik' jeneltentangseseorang, member seopisnya panggil dirinya Vista... ha ha..) dari seremban turun ke tanjung malim untuk sama-sama ke majlis akad nikah pada petangnya. setelah dia sampai, aku dan megamax terus membawanya untuk makan tengahari di ulu bernam.

setelah makan2.. direct ke rawang. cari kasut megamax. setiba di sana, parking berdekatan dengan pizza hut dan satu peristiwa unik berlaku. parking tiket. aku minta megamax masukkan rm1.00 untuk sejam kot... rupanya tiket tu boleh tahan sampai 10am isnin 31hb Mac .. sedangkan pada waktu tu... dekat 230 petang 29hb ..ha ha.. tiga hari beb. oleh kerana benda2 nie pelik. aku masih lagi simpan tiket parking tu sampai sekarang dalam kereta aku. nie ha dia ....



kami jumpa kasut yang berpadanan dengannya (megamax) di pasaraya bintang, rawang. lepas tu direct ke tingkat atas jap untuk beli hadiah perkahwinan. err.. si megamax punya hadiahlah.. sebab aku punya dah settle. aku cari kat jusco ipoh tempoh hari. seterusnya kami jugak beli pembalut hadiah.. semua kami termasuk aku dah vista masih belum balut hadiah yang diberikan.. so belilah.

selepas tu, kami terus ke petronas berdekatan dengan tol rawang untuk tunggu sorang lagi member aku a.k.a lebat tiba. solat zuhur dilakukan di petronas itu juga.

kira2 jam 330 petang setelah memanaskan badan di depan petronas, kami terus ke surau firdaus di bandar tasik puteri.. iaitu tempat berlangsungnya majlis akad nikah. sempat jugak lah join depa punya solat asar berjemaah.

setelah asar, majlis berlangsung dengan amannya. dalam kemeriahan. aku sempat menangkap gambar semua 'dulang' yang ada.




Yang dikotakmerahkan kat atas ? err.. he he.. cek RM10,000.00 yang indah bagi sesetengah lelaki yang mungkin terbeliak. Biasa la nilai nie..  kalau tak 'biasa'.. kena la target ke arah nie tetapi ingat.. mesti lebih.. ya ^_^

then afterwards, member aku yang akhirnya 'expired' tersebut a.k.a jamspace kini adalah laki orang selepas asar.



(gambar kat atas... member aku, jamspace menuju ke arah ke-expired-an yang berbaki beberapa saat....)

tamat petang sabtu. aku, lebat, megamax dan vista terus direct ke tanjung malim untuk mandi2 dan makan malam bersama afterwards.

selepas itu berlangsung sesi pembalutan hadiah oleh set lelaki2 bujang semenanjung. pemenangnya masa terpantas, macam biasa telah dimenangi oleh aku.. dan seterusnya diikuti oleh dua lagi balutan oleh vista dan megamax. jam dah menunjukkan pukul 1130pm. lebat dan megamax balik ke behrang manakala vista stay rumah aku. (btw, pelik betul aku guna vista sebagai nama nick orang.. he he jangan mare ye jasdy..)



sesi balut hadiah. yang tangkap gambo tu aku. yang lain2 ada dalam gambar... bagi menjamin kerahsiaan kawan2 aku, diaorang di..err.. di buang perkara pengenalan2 penting.. ^_^

hari nie. ahad.

pagi. aku bawak depa 3 orang makan nasik lemak kat tempat yang selalu aku makan. afterwards, balik ke rumah balik untuk memulas dan bertolak ke rawang untuk majlis kenduri dalam jam 1110am gitu.

yang bestnya.. kali nie semua bawak kereta masing2. aku satu kereta.. vista kereta dia, lebat kereta dia dan megamax kereta sendiri. macam biasa, pemenangnya memanglah kereta paling hebat.. iaitu waja megamax yang sampai awal di stesen minyak petronas kat tol rawang tu. disusuli oleh set2 kereta murah sikit afterward. di petronas, kami menunggu dua lagi bijik kereta yang masing2 jugak dipandu seorang diri masing2 iaitu saudara k dan saudara l. masing2 ialah gen.2 dan wira se.
total semua 6 bijik kereta yang dipandu sendiri-sendiri ke destinasi akhir kenduri. ... peh.. mana kl tak jem macam nie..

megamax sebenarnya adalah pengapit. maka dia telah dinasihatkan oleh kami untuk pergi awal ke destinasi tujuan.. iaitu tunggu kat surau dimana jamspace akan memekapkan diri sebelum sama2 dirombongkan ke rumah perempuan.

maka dia pergi. seterusnya dalam kul 1230pm gitu, kami semua terus ke surau yg dimaksudkan untuk sama2 terdiri daripada rombongan pengantin lelaki afterward.


(gambare.. jamspace dan isteri serta megamax.. pengapit lelaki)

setelah makan2 dan bersalam dengan pengantin lelaki, kami pun sama2 beransur pulang meninggalkan megamax di sana untuk menyelesaikan tugas pengapitnya.

jam 3pm lebih sikit... aku sampai ke tanjung malim dengan diiringi oleh hujan super lebat. dalam kul 4pm pula.. megamax tiba. uish.. dia nie cepat pulak. settle dah ke keje pengapit dia tu ?

dia kata dah settle. so aku fikir dah settle dah la tu. cepat jugak keje pengapit nie.. he he.. tapi seriously.. aku memang akan menolak kalau disuruh. aku tak suka kerja remeh. dan aku jugak tak peduli apa orang lain kata pasal cakap orang2 tua kalau menolak menjadi pengapit nie.. itu err.. kebebasan aku.

dan kini, telah berakhirlah zaman bujang seorang lagi member baik aku.

tahniah !

more pictures of the akad nikah ceremony :








More photos of the wedding day itself :









Posted at 06:54 pm by bezicto

Posted by nasria77 @ 03/30/2008 07:11 PM PDT
Sembahyang orang yang dah kahwin pahala 70 kali ganda,
InsyaAllah
Posted by bezicto @ 03/30/2008 07:34 PM PDT
yup. ^_^

apa boleh buat, aku nie memang termasuk dalam orang yang tak makan saman kecuali aku sendiri nak berubah.

insyaAllah. semua nie akan berlaku pada aku satu hari nanti. cuma aku tak suka blogkan kehidupan peribadi aku :)
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry