Friday, April 11, 2008
lolololo

-______-

My screamyx line suddenly became slow like dying snail right now. Their website didn't mention anytime assuring beside that spams news thingy.

.
.
.
.

Hari nie aku nak bercakap mengenai satu perkara yang aku tertanya2 sampai sekarang..

media dan menteri sering kali melaporkan bahawa rakyat malaysia adalah rakyat paling peramah dan bersopan santun dengan 'adat ketimuran'..

tapi,

satu; sepanjang hidup nie, aku rasa rakyat malaysia semakin mementing diri sendiri dan tidak membenarkan orang lain menjaga tepi kain orang lain. jika semua orang menjaga tepi kain orang lain, terutamanya dalam hal kejiranan, mungkin kes adik sharlinie tidak akan berlaku sama sekali.

dua; di jalan raya, aku tak payah cerita pun takpe kan. korang pun tau punya. nak cerita mudah beginilah, aku ditakdirkan jem dalam tempat parking dekat midvalley minggu lalu. ye lah.. bila semua orang keluar serentak, mestilah ramai yang nak kena bayar parking dekat kaunter keluar. itu pun nak hon ?

tiga; rakyat malaysia bagi aku adalah rakyat yang paling suka pakai 'topeng' bila keluar rumah. mungkin frasa talam dua muka lebih tepat. selektif atau memilih. yang pelancong2 asing jumpa yang diaorang rasa peramah tu mungkin hanyalah mereka yang memilih untuk memakai 'topeng mesra' bila berbicara. tetapi di tempat lain, mungkin tuhan je yang tahu. maaf, kenyataan ini mungkin tidak tepat bagi mereka2 yang memang dilahirkan peramah ^_^ kepada mereka ini.. syabas.

empat; rahsia. aku dapat rasakan di malaysia, rakyat bawahan, pekerja akar umbi dan apa saja ayat yang menggambarkan rakyat biasa, di rahsia dengan banyak perkara untuk menutup apa2 yang patut ditutup. untuk mengetahui rahsia nie ? senang je... korang kena jadi menteri. bahkan kalau korang menjadi pembangkang sekalipun, apa yang korang tahu dengan apa yang difikirkan oleh orang yang korang sokong ?

wallahualam.

.
.
.
.

Balik dari maghrib tadi, aku call ke rumah. biasa la.. berbual panjang dengan mama aku. (note : from now on, within this blog, my father is officialy called 'abah' dan my mum as 'mama', that what i called them back home though) ... then, mama aku cakap dah lama sangat adik perempuan aku a.k.a acik tak call ke rumah. aku cakap takpa.. nanti aku call dia.. lagipun aku belum bagitau dia nombor phone baru aku nie..

lepas tu, dalam setengah jam, aku call dia. dia cakap dia banyak assignment. Alah.. takkan le setiap masa sibuk kot.. 5 minit je dalam seminggu ke.. call le ke rumah. lepas tu dia terus kata okay.

nak ikutkan adik beradik2 aku memang semua jauh2.. ayah aku sekarang kat kelantan, angah (adik lelaki aku) kat utm skudai, acik kat unimas, sarawak, adik lelaki ke-2 aku kat mrsm langkawi. kat kedah tu, cuma tinggal adik perempuan bongsu aku sama mama aku je. 2 orang.

adik lelaki ke-2 aku tu berkemungkinan besar nanti mungkin akan ke luar negara lepas tamat mrsm sebab prestasi akademiknya yang mengalahkan aku (err.. pada zaman kegemilangan tingkatan lima aku dulu)

pepepun, abah dan mama aku telah berjaya mendidik anak2 depa dengan baik. cuma tinggai kami je untuk mencorakkan ke hadapan apa yang patut.

dan mama aku pun dijangka dapat menantu dalam jangkamasa tahun depan atau selewat2nya 2 tahun lagi. ha ha.. korang jangan salah anggap.. my angah would probably be the first to get married. to tell the truth, my mama already met with the girl when our visit to angah's konveksyen minggu lepas. they have even ate dinner together.. ^_^ well, of course i have to back off since my angah's car only support up to five person. aku ditinggalkan kat hotel berseorangan untuk makan malam setelah kedua2 orang tua aku dan adik perempuan aku ikut sama dalam makan malam dengan bakal menantu mak aku tu.. maa.. aku tak kisah pun. to begin with, i was just tagged along to that trip anyway. that was none of my concern.

.
.
.
.
my internet connection was still laggy like snail right now -__-

Posted at 09:16 pm by bezicto

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


bezicto
December 4th 1981  (Age 26)
Male
Malaysia


Interest : Anime, manga, computer (Otaku)

Programming Languages : Delphi, JavaScripting, PHP, Win32 Batch

Previous Schools :
SKBJ(s1)-SKSJ(s2-s6)-
SMIH(h1)-SMTP(h2-h5)-UTM

My Repository :


Friends :

Mon @UTM
jasdy @UTM
Ganchan @Insomnia
eek-1 @Insomnia






   

<< April 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed