Saturday, April 12, 2008
sabtu

Kimikiss Pure Rouge

Hmm... dari segi peranan watak, dan secara peribadi pun, aku paling benci pada orang yang tak setia. Dan anime kat atas sebenarnya membawa kepada perasaan berbelah bahagi bila aku habis tengok. hati aku separuh daripadanya membawa kepada perasaan aku berpuas hati dengan plot, tetapi separuh lagi, ialah perasaan benci aku kepada watak Kouichi yang tak setia pada teman perempuan dia di akhir2 episod. Tetapi, anime nie sebenarnya berakhir dengan baik walaupun ending dia tak berapa mendatangkan kepuasan terutamanya penamat untuk dua watak yang di..err.. 'tinggalkan' iaitu Eiji dan Yuumi masing2 oleh dua watak utama iaitu Mao dan Kouichi sendiri yang akhirnya pasrah pada kehendak diri sendiri. Rating : 3.5 per 5.

Untraceable

Lepas makan tengahari tadi(waktu makan tengahari, aku jumpa timbalan ketua jabatan aku kat kedai makan...he he.. terkejut aku.. ingatkan siapa yang tegur aku), aku layan movie kat atas. Berkisar mengenai pembunuhan siber. pendek kata begini, pembunuh menggunakan web portalnya yang kemudiannya menerima kunjungan dari serata dunia. setiap kunjungan merupakan detik kematian mangsa pembunuhnya. sebab ada banyak cara pembunuhan, aku terangkan satu je.

pada satu kes, setiap kali ada visitor dekat web portal, satu lampu pemanas akan dihidupkan di hadapan mangsa. kalau tak silap aku, setiap kali 100,000 pengunjung, satu lampu pemanas akan dihidupkan. memang ngeri. sampai satu tahap 147 lampu pemanas dihidupkan dihadapan mangsa dan tubuh mangsa mula mengelegak. dan yup, lagi banyak pengunjung maka lebih cepat mangsa mengalami detik2 penderaan ke arah kematian. dalam satu lagi kes pula, setiap jutaan pengunjung, acid sulfurik akan disimbahkan ke dalam tangki air yang diletakkan mangsa. sehingga akhirnya habis terhakis tubuh mangsa. sadis kan.
ending dia memang dramatik dan aku berpuas hati 90% dengan ending dia. penjenayah sebegini memang patut di _________. he he... tengok le sendiri ye.

Doraemon : Nobita and The Wind Wizard Movie

Merupakan anime ke-2 aku tengok hari nie, setelah asar. sekarang waktu menaip nie, aku masih menonton untuk kesudahannya. tunggu report kemaskini kemudian.
[update]
dan... filem2 doraemon memang tak pernah menghampakan aku. semua penuh emosi terutamanya towards at the end of the movie. walaupun orang akan kata, kanak2 ribena je nengok doraemon nie, tapi aku tak peduli semua tu. yang penting filem atau bukan, jalan cerita yang penting. bukannya kumpulan umur sasaran.

anyway, lepas isyak karang insyaAllah nak start tengok Demashita PowerPuff Girl Z. satu lagi anime budak2 yang aku download dalam tempoh err... 2 tahun rasanya. jarang aku download anime untuk budak2, cuma powerpuff versi jepun nie nampak macam menarik ^_^

Posted at 08:34 pm by bezicto

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


bezicto
December 4th 1981  (Age 26)
Male
Malaysia


Interest : Anime, manga, computer (Otaku)

Programming Languages : Delphi, JavaScripting, PHP, Win32 Batch

Previous Schools :
SKBJ(s1)-SKSJ(s2-s6)-
SMIH(h1)-SMTP(h2-h5)-UTM

My Repository :


Friends :

Mon @UTM
jasdy @UTM
Ganchan @Insomnia
eek-1 @Insomnia






   

<< April 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed