Saturday, May 10, 2008
license model...

aku terfikir tentang sesuatu mengenai dptaplikasi latest version yang tengah aku hasilkan sekarang.

version k4 nie ada feature yang aku target tak sesuai untuk pengguna sebarangan. misalnya; sekiranya admin sesuatu jabatan menghalang akses usb storage menggunakan dptaplikasi k4 nih.. tetapi dalam masa yang sama ada seorang pengguna menggunakannya untuk menukar balik daripada 'takboleh' kepada 'boleh'.. maka ini akan meng-defeat-kan the purpose of the software...

so sekarang aku terfikir pasal sesuatu, mungkin aku takkan biarkan produk nie boleh di download begitu saja. ianya memang freeware (memang niat aku pun), tetapi aku mungkin akan buat by request sahaja. pengguna yang inginkannya, perlu providekan nama dan organisasi mana dia berada. dengan ini aku dapat buat user base aku sendiri sambil memudahkan aku memantau baik-buruk aplikasi tu..

tapi ini hanyalah cadangan aku je le.. ^_^


-------------


beberapa belas tahun dulu...
aku ada tersilap cakap. atau mungkin perilaku aku yang silap. ketika aku bertukar ke sekolah di kedah kerana kerja abah aku. masa aku perkenalkan diri sesuatu perilaku yang telah aku buat menyebabkan aku rasa menyesal sehingga sekarang. tapi masa tak boleh diputar semula. maka aku berusaha untuk tidak mengulangi perilaku tersebut.

beberapa tahun lalu...
semasa di universiti. menghadiri majlis perkahwinan anggota keluarga seorang kenalan. juga aku tersalah cakap mengenai diri aku. boleh juga dianggap nilai percakapan aku seolah2 'berlagak'. difikirkan semula.. aku memang terasa menyesal kerana keluarkan kenyataan begitu. aku harap perilaku tersebut hanya jadik sejarah lampau.

dalam kehidupan, tersalah cakap sehingga menyebabkan org lain atau kenalan kita tersinggung misalnya mungkin akan berlaku tanpa kita sedari. sehinggalah satu tahap mungkin kita akan menyesal dan menyebabkan kita tertanya2.. 'kenapa aku bodoh sangat keluarkan kenyataan tu ?'

kini...
aku hidup to the fullest disebabkan aku yang dulu... walaupun ada satu-dua perkara yang mungkin menyebabkan sasaran hidup aku agak tersasar pada masa kini, tapi.. peristiwa buruk lampau adalah perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidup aku yang menjadikan aku sekarang.

kata orang sejarah tidak berguna.. tidak guna menoleh belakang...

tetapi, ada kalanya menoleh belakang juga penting untuk menjadikan kita sebagaimana hari nie..

Posted at 07:55 pm by bezicto

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


bezicto
December 4th 1981  (Age 26)
Male
Malaysia


Interest : Anime, manga, computer (Otaku)

Programming Languages : Delphi, JavaScripting, PHP, Win32 Batch

Previous Schools :
SKBJ(s1)-SKSJ(s2-s6)-
SMIH(h1)-SMTP(h2-h5)-UTM

My Repository :


Friends :

Mon @UTM
jasdy @UTM
Ganchan @Insomnia
eek-1 @Insomnia






   

<< May 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here: