Btw, aku ada kursus 4 hari bermula hari nie hingga Khamis. Pembangunan dptaplikasi k4 ditangguhkan sampai aku rasa tak penat kelak ^_^
. . .
Hmm.. tiba-tiba je aku rasa kekosongan yang amat sangat setelah nengok anime aria the origination semalam. kali terakhir aku terasa macam nie adalah bila manga mutiara naga tamat volume terakhirnya, kira2 8-9 tahun lepas. tak pernah aku terasa kosong sangat macam nie. sedangkan anime fruits basket yang sebelum ini menduduki tangga teratas anime yang aku minat pun sekadar meninggalkan kesan 'peh... menakjubkan' dengan tanpa perasaan kekosongan sebagaimana anime aria nih.
Agaknya para penulis skrip dan animator bagi francais Aria berjaya membangkitkan satu suasana drama yang begitu ultra menakjubkan. Kalau di google kan mengenai blog peminat anime lain pasal episode 13 aria the origination, rata2 menyatakan mereka taknak francais anime nie tamat begitu saja. tapi setiap yang bermula pasti akan berakhir. cuma aku harapkan akan wujud lagi siri seumpamanya yang meninggalkan kesan mendalam dalam kehidupan para penontonnya.
Hoh.. sekarang aku terpaksa nengok Lucky Star balik untuk menenteramkan perasaan nie..