Saturday, January 05, 2008
Higukai

Selamat tahun baru. Yup, aku baru balik dari Kedah kira2 tiga hari lepas dan baru hari nie baru nak start blogging balik.

Tanpa membuang masa, aku nak review anime yang baru aku habis tonton kira-kira 4 minit lepas.



Ye... sambungan kepada "Higurashi no naku koro ni" iaitu "Higurashi no naku koro ni kai"

Terdapat 2 plot jawapan besar kepada semua persoalan dalam first season dia iaitu Minagoroshi-hen dan diakhiri dengan Matsuribayashi-hen.

Tetapi sebelum tu dimulai dengan 1 plot kecil iaitu Yakusamashi-hen yang merupakan plot yang tidak mengikut perjalanan game asalnya. Plot ini adalah eksklusif untuk tayangan televisyen sahaja.

Setelah sekian lama menunggu akhirnya semua jawapan kepada pembunuhan dan plot disebalik semua kejadian di Hanamizawa dileraikan dalam season 2 ini.

Disebabkan aku malas nak menerangkan mengenai genre dan bagaimana perjalanan anime nie, korang pergi ke sini untuk membaca apa yang patut.

Kesimpulannya... francais Higurashi no naku koro ni memang gempak giler !
500 bintang diberikan kepada anime nie ^_^

Posted at 11:06 pm by bezicto
Make a comment  

Wednesday, December 26, 2007
Balik kampung ~

Mulai besok sampai 3hb Januari 2008 aku akan balik ke kampung setelah hampir 2 bulan lebih tak balik.

Sekarang aku tengah validate processor baru aku to the max ^_^

Tapi entah mengapa aku tak rasa eager macam dulu lagi dah.. dulu bila aku dapat processor baru atau benda2 baru je aku terus main game dan benchmark yang bukan2..

well, i'm getting older.. that probably the case.. my case. anyway, that won't stop me from upgrading to Radeon HD3650 on end of february 08. i hope nvidia would be releasing the mainstream Geforce 9 soon or i might fly over to ATi for my next graphic card.

As you all probably knew, i'll give my 8600GT to my brother and take back my 7300GS before upgrading later on. i know the card sucks, but i'm trying to save some money here though. on february i would have tonnes of payment to get over with. car roadtax and insurance... -_-

lepas balik dari kampung nanti nak settle zakat pendapatan aku dulu. lepas tu dah settle baru aku boleh fikir nak beli benda2 lain. yang utama perlu diutamakan.

Posted at 09:17 pm by bezicto
Make a comment  

3000+ to X2 4200+

CPU AMD Athlon X2 4200+ yang aku tempah tempoh hari dah tiba ke tangan aku tengahari tadi. kalu nak ikutkan hati mau je aku tak datang keje petang tu, tapi ku sabarkan juge..

lepas balik keje tadi, terus pasang dan re-install WinXP ...dan sekarang :



I'm quite statisfied with the performance and this rig would probably be put into life for about 1-2 years before i start to make major upgrade. I'm targeting Nahelem with 8 core that maybe materialize somewhere in the early 2009.

Until then, the 4200+ will be my sole rig to get any jobs done.

I'm a happy man ^_^

Posted at 08:19 pm by bezicto
Make a comment  

Monday, December 24, 2007
Goshuushou-sama Ninomiya-kun



Disebabkan aku nak segerakan proses 'penontonan' Higurashi no naku koro ni kai, aku dengan senang hati menghabiskan anime di atas lepas balik keje tadi.

Goshuushou-sama Ninomiya-kun

Hmm.. premis cerita nie agak mudah, tapi kurang kuat dari segi plot untuk anime2 yang se-spesis dengan anime nie.. dan macam biasa sebagaimana anime2 12 atau 13 episod yang lain yang pernah aku tengok dan seumpama dengannya, watak lelaki utama dalam anime nie langsung tak boleh buat keputusan dia nak bersama dengan sapa sebagai kekasih (misalnya)

dua watak perempuan utama; seorang berpewatakan tsundere dan sorang lagi agak moe dari segi tingkah laku (tolong wiki kalu tak tau istilah kat atas yek) menjadikan anime nie nampak tak bosan walaupun plotnya yang lemah tersebut.

kesimpulannya... hmm.. 6 bintang daripada 10. berbaloi untuk ditengok kali kedua kalau 'semua limitasi' dalam versi tv dialihkan.. he he he...

^_^

Posted at 06:49 pm by bezicto
Make a comment  

Saturday, December 22, 2007
X2 4200+ comes to papa !

Aku baru je selesai bank-in bayaran untuk X2 4200+ 939 pagi tadi sambil selepas tu beli sarapan pagi (yang rasanya dah berbulan aku tak buat sejak direct sarapan tengahari he he..)

anyway, ianya dijangka sampai dalam 26/27 hb. tapi aku harap sangat sampai dalam 26hb sebab aku cadang nak balik kampung pada awal pagi 27hb.

pepepun, tunggu entry aku seterusnya.

Posted at 03:44 pm by bezicto
Make a comment  

Thursday, December 20, 2007
Aku lagenda



bezicto : Best giler !!!

Lepas solat aidiladha tadi aku dan Megamax direct ke midvalley megamall untuk tonton filem kat atas. dan BEST GILER ! walaupun penamatnya boleh jadi lebih baik.. overallnya ianya menepati apa yang aku nak dari filem seumpamanya.

Sesudah menonton dan solat zuhur, kami ke Shah Alam.. beli kek lepas tu ke Rawang untuk pekena Pizza Hut.



Sampai di rumah kira2 jam 6pm, berehat dan sekarang tengah menaip entry nie.

Aidiladha yang memenatkan ^_^

Posted at 06:39 pm by bezicto
Make a comment  

Sunday, December 16, 2007
School Days ~



School Days..

Sebagaimana gamenye, ending bagi anime nie adalah bad ending. dan totally menjadikan cerita nie nampak bodoh.

Aku dari awal lagi agak hesitate untuk menonton anime nie. mostly sebab aku tau, di kalangan otaku di jepun, ending bagi versi game-nya yang paling popular adalah bad ending. Bad ending di mana watak utama saling membunuh sesama sendiri dan adegan potong-memotong anggota badan tahap memang pembunuh upahan. itu belum masuk adegan bunuh diri.

Tak mungkin dalam seumur hidup aku, aku akan menonton buat kali kedua anime nie. Cukuplah sekali.

Menceritakan percintaan 3 segi antara Sekai (p), Kotonoha (p) dan Makoto (l). Dari episod 3 lagi aku dah tak suka dengan watak Makoto tu. tapi apa boleh buat, dia diset untuk jadi watak sebegitu rupa. Menjelang episod 7 dan ke atas, aku hampir rasa nak pecahkan monitor 22 inci aku nie.

tapi of course, aku nie otaku professional. takkan berhenti di tengah jalan untuk evaluate jalan cerita dan plot seterusnya. secara overall, anime nie menceritakan bagaimana perasaan cemburu atau dalam perkataan yang lebih sesuai hipokrit menguasai alam percintaan sehingga membawa kepada ketamakan diri sendiri dan pembunuhan pada akhirnya.

versi episod terakhir yang aku tonton nie telah diedit semula dengan adegan potong-memotong dan bunuh-membunuh err... 'dikelabukan' dengan lagu-lagu orkestra dan flash backs.

mujurnya, adegan bunuh diri tak kelihatan dalam versi anime nie.

kesimpulannya... 2 bintang daripada 10. dan bagi aku.. tak berbaloi untuk dijadikan koleksi. elok dicampak jauh2 dalam longkang.

Posted at 09:27 pm by bezicto
Make a comment  

AWTHIDTA ?




Actually what the heck i'm doing there anyway ?

Hari keluarga. Macam biasa, orang Melayu dijanji untuk bertolak jam 7:30am, pukul 7.50am pun ada yang terhegeh-hegeh datang. Aku datang pukul 6:58am untuk menguruskan hal-hal kotak cenderahati dan lain-lain diangkut ke ruang storan bas.

Aku yang baru pulih dari demam jumaat lepas, kini menjadi the sole lelaki yang tinggal untuk angkat barang dan buat kerja2 AJK setelah dua lagi balik ke kampung halaman disebabkan alasan tertentu. Bukan itu je, aku jugak terpaksa jadi cameraman dan di perjalanan balik menjadi ketua kontijen untuk bas ke-2. tanggungjawab menjadi semakin berat, bila agenda semakin tamat. Tanggungjawab dunia aku tak kisah lagi, tetapi soal solat diaorang aku kena beri perhatian lebih. Yang penting, aku dah bagitau. selebihnya tanggungjawab mereka masing2.

Berakhirnya sukaneka, semua yang lain telah membawa ahli keluarga yang lain main air di sekitar kawasan taman tema tersebut. Hujan turun secara tiba2 di satu dua waktu. Tetapi itu pun tak menghalang orang ramai terus main air, water slide dan lain2 lagi.

waktu tu keluarga2 ramai dah bawak haluan masing2 untuk acara bebas dari kul 1:30pm sampai 4:00pm

aku dah mula rasa out of place dalam waktu tersebut. Aku lepak sesorang kat bawah khemah dan tunggu hujan reda untuk tukar baju yang basah akibat peluh dan terus nak jamak qasar.

kalau aku bukan AJK, dah lama aku buat keputusan untuk tak ikut aktiviti macam nie. apa aku boleh buat pun dengan seorang diri ? memang lepas aku dah solat dan tukar baju tu, aku keliling taman tema tu dengan camera shutter aku di sisi untuk ambil gambar2 menarik. mana tau satu hari nanti aku boleh bawak member aku datang ke.

tapi most probably keluarga aku akan banned tempat nie, mak aku terutamanya. aku pun jugak dalam maksud yang sama. aku tak rekomen tempat nie sebab terlalu 'meraikan' mata ^_^

by all mean, kalau korang nak datang tempat ni, pastikan jangan pakai baju putih yang telus. i've experienced a lot of things around here that should be avoided by all muslimah.

dalam kul 5:00pm, kami berangkat ke Kinta City sebelum berangkat pulang. Lepas bagi taklimat yang 'kita mesti berada dalam bas dalam jam 730pm' gitu, aku terus blah berseorangan ke lokasi-lokasi yang aku similiar kat shopping complex tu. beli majalah, buku dan layan royale masala pizza sorang2 kat Pizza hut untuk membunuh masa sementara menunggu maghrib.

truthfully, if this ever happen again, and i'm the sole single bachelor that includes in such event, i think i would never on the first place, agree to join in. This felt of 'out of place' is thicken as i alone navigating here and there watching people with family enjoying themselves.

Well, from my perpective, family day SHOULD be attended by families. Bachelor as i am could only made mind goes blank at certain time of the day.

It is all in the past now. and that concludes everything.

Aku sepatutnya nak taip benda nie semalam, tapi semalam aku layan asian idol lepas balik dan afterwards terus tido. esok (isnin) nak ke tempat lain lak.

Posted at 06:53 am by bezicto
Make a comment  

Friday, December 14, 2007
verdict

DPTAplikasi VSX will be put on hold again. Apparently, i'm quite tired looking through that 'forest' of codes and i'm beginning to think 'should i abandon this code entirely and start over from the basic ?'

well.. that is not quite what the solution that i'm rooting for. anyway, the project will be on hold until i feel like continuing. therefore, BezictoSoft will be no longer be having newer entries than the entry i made last couple of weeks... (or months)

since wednesday, i'm researching ways to ease things over OS maintenance (windows based pc btw) at my organization. We've lost our computer technician earlier this week (he got another job offer) and i'm here now to do all the works he'd left behind. so now, basically looking through some batch programming that can make this 'hell of a works' easier to get over with. there are now for about 100+ windows based pc that need to be regularly maintain and doing it one by one was not kind of field work i was looking for.

i'm going to automate all the basic os-maintenance-related-stuff by the end of this month and hopefully things would be getting better by february...

Posted at 09:16 pm by bezicto
Make a comment  

Thursday, December 13, 2007
Nak jadi cerita

Aku agak keletihan dengan demam yang semakin memulih, aku hari nie ada lawatan kerja ke UIA. Aku terpaksa cerita dalam bahasa yang mudah sekarang :

815~ Bertolak
1030~ Tiba
1350~ Bertolak balik
1450~ Tiba di R&R Rawang, untuk solat
1520~ Bertolak
1530~
Ada sorang staf aku nie ditakdirkan tertinggal handphone di meja waktu makan dekat R&R rawang tu sedangkan bas dah bergerak..
1540~ ada mamat yang angkat telefon tu bila ditelefon, nasib baik dia pun baru nak tertolak balik ke ipoh dan diminta berjumpa di satu lokasi
1610~ mamat tu beri telefon yang tertinggal tu berdekatan dengan exit bukit tagar
1650~ sampai ke destinasi terakhir

Kesimpulannya, jangan letak handphone suka hati atas meja, sebab korang akan menyusahkan banyak pihak ^_^

Posted at 08:07 pm by bezicto
Make a comment  

Next Page


bezicto
December 4th 1981  (Age 26)
Male
Malaysia


Interest : Anime, manga, computer (Otaku)

Programming Languages : Delphi, JavaScripting, PHP, Win32 Batch

Previous Schools :
SKBJ(s1)-SKSJ(s2-s6)-
SMIH(h1)-SMTP(h2-h5)-UTM

My Repository :


Friends :

Mon @UTM
jasdy @UTM
Ganchan @Insomnia
eek-1 @Insomnia






   

<< January 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here: