Tuesday, January 08, 2008
My name is Rain

It's raining quite heavily right now (when i wrote this), and i haven't eat my dinner yet. Luckily there were some leftover in my food container and heat it all up will do for tonight...

Originally tonight i want to try out that new KFC burger that i saw on TV yesterday, but unfortunately this heavy downfall since 5pm makes me went back straight home after work. I guess there's always next time -_-

Anyway enough of that, i've just finished watching Gakuen Utopia Manabi Straight OVA just now.. and man, by watching it makes me remember the old day when i'm in high school. I have lost many good memories of high school since i'm way too focusing on my study and subject grades back then. Comes to think of it, i don't made many friends to begin with because of my self-centered behaviours. Thanks to that, most of my childhood friends now gone with the wind, i've never had the chance to meet them anymore since the very last day at high school.

School suppose to be a fun place to make friends and enjoy activities, but i guess that was never happened to me. Ever. Now that i'm 27, those years would either became a distant memories or just a fragment of my past.

But apart from all that,  i hope that one day, my kids (probably) would be enjoying school's life better that i've experienced in the yesteryears. A school's life that lead to healthy relationship among races in Malaysia and also a school's life that enjoyable to every bit of Malaysian education system.

Let's hope that day will not be too far from now..

Posted at 09:23 pm by bezicto
Make a comment  

Sunday, January 06, 2008
Pend.

TV3 sejak semalam menyiarkan isu pendidikan di TV. Kualiti guru dan ibubapa yang telah mengharapkan kepercumaan dalam semua aspek anak2 mereka di sekolah menjadi bahan utama.

Sejak aku di zaman sekolah lagi aku dah nampak semacam ada benda tak kena dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Pertamanya, hampir berteraskan hafalan.

Keduanya, kewajipan menghabiskan silibus.

Pada aku, peluang bagi mereka2 yang kurang cerdik sepatutnya disalurkan ke tempat2 yang sepatutnya sejak tamat tingkatan 3 lagi. Mereka2 ini yang minimumnya bagi aku mendapat C, D atau E dalam matapelajaran atau mungkin yang mana tidak berminat untuk menyambung pelajaran, diberikan pilihan. Pilihan untuk memasuki pendidikan vakasional atau teknikal dengan 'menghilangkan' subjek2 tidak penting dalam minat mereka.

Sistem kita rata2 mewajibkan mata pelajaran yang hakiki sehingga tamat tingkatan 5. Bagi aku lebih baik wujud satu sistem berteraskan perkerjaan daripada zaman sekolah lagi. Pada tingkatan 3 misalnya, apabila seseorang pelajar mula menunjukan minat terhadap perkara2 vakasional dan teknikal misalnya; biarkan mereka mengikuti kursus2 yang berkenaan secara terus di pusat2 tertentu. biarkan mereka mengikut 'tingkatan 4' mereka di tempat yang tersebut. Walaupun rata2 mereka ini masih muda dan mentah untuk membuat keputusan dalam masa depan mereka, tetapi mereka ini wajar diberi peluang ke tempat yang sepatutnya.

Aku masa sekolah dulu pun abaikan biologi sepenuhnya. walaupun ianya berada di dalam aliran sains tulen yang aku pilih. tapi subjek tu langsung tak menarik minat aku. alangkah baiknya sekiranya pelajar diberi peluang untuk pilih subjek kegemaran mereka atau mungkin mereka seawal tingkatan 3 diberi pendedahan mengenai kursus2 di universiti dan subjek2 yang diperlukan untuk melanjutkan pelajaran kelak.

sistem pendidikan kita memang perlu dirombak agar mereka2 yang kurang cerdik ini diberi pendidikan vakasional atau teknikal yang bukan berteraskan hafalan dan kewajipan yang mesti dilalui.

atau lebih baik kalau kementerian yang mana berkenaan mengeluarkan senarai elektif pendidikan setamatnya tingkatan 3 yang mungkin boleh terdiri daripada 2 cabang utama :-

1. laluan akademik
2. laluan vakasional/teknikal

ya betul memang dah ada sekolah vakasional dan teknikal di malaysia. tetapi promosi nampak sejak kebelakangan nie makin kurang termasuklah kurikulum yang masih kurang menarik. mungkin pusat giat mara boleh diperkembangkan untuk menerima pelajar2 dalam skop umur berlainan.

Wallahualam.

Posted at 09:32 pm by bezicto
Comments (2)  

Saturday, January 05, 2008
Higukai

Selamat tahun baru. Yup, aku baru balik dari Kedah kira2 tiga hari lepas dan baru hari nie baru nak start blogging balik.

Tanpa membuang masa, aku nak review anime yang baru aku habis tonton kira-kira 4 minit lepas.



Ye... sambungan kepada "Higurashi no naku koro ni" iaitu "Higurashi no naku koro ni kai"

Terdapat 2 plot jawapan besar kepada semua persoalan dalam first season dia iaitu Minagoroshi-hen dan diakhiri dengan Matsuribayashi-hen.

Tetapi sebelum tu dimulai dengan 1 plot kecil iaitu Yakusamashi-hen yang merupakan plot yang tidak mengikut perjalanan game asalnya. Plot ini adalah eksklusif untuk tayangan televisyen sahaja.

Setelah sekian lama menunggu akhirnya semua jawapan kepada pembunuhan dan plot disebalik semua kejadian di Hanamizawa dileraikan dalam season 2 ini.

Disebabkan aku malas nak menerangkan mengenai genre dan bagaimana perjalanan anime nie, korang pergi ke sini untuk membaca apa yang patut.

Kesimpulannya... francais Higurashi no naku koro ni memang gempak giler !
500 bintang diberikan kepada anime nie ^_^

Posted at 11:06 pm by bezicto
Make a comment  

Wednesday, December 26, 2007
Balik kampung ~

Mulai besok sampai 3hb Januari 2008 aku akan balik ke kampung setelah hampir 2 bulan lebih tak balik.

Sekarang aku tengah validate processor baru aku to the max ^_^

Tapi entah mengapa aku tak rasa eager macam dulu lagi dah.. dulu bila aku dapat processor baru atau benda2 baru je aku terus main game dan benchmark yang bukan2..

well, i'm getting older.. that probably the case.. my case. anyway, that won't stop me from upgrading to Radeon HD3650 on end of february 08. i hope nvidia would be releasing the mainstream Geforce 9 soon or i might fly over to ATi for my next graphic card.

As you all probably knew, i'll give my 8600GT to my brother and take back my 7300GS before upgrading later on. i know the card sucks, but i'm trying to save some money here though. on february i would have tonnes of payment to get over with. car roadtax and insurance... -_-

lepas balik dari kampung nanti nak settle zakat pendapatan aku dulu. lepas tu dah settle baru aku boleh fikir nak beli benda2 lain. yang utama perlu diutamakan.

Posted at 09:17 pm by bezicto
Make a comment  

3000+ to X2 4200+

CPU AMD Athlon X2 4200+ yang aku tempah tempoh hari dah tiba ke tangan aku tengahari tadi. kalu nak ikutkan hati mau je aku tak datang keje petang tu, tapi ku sabarkan juge..

lepas balik keje tadi, terus pasang dan re-install WinXP ...dan sekarang :



I'm quite statisfied with the performance and this rig would probably be put into life for about 1-2 years before i start to make major upgrade. I'm targeting Nahelem with 8 core that maybe materialize somewhere in the early 2009.

Until then, the 4200+ will be my sole rig to get any jobs done.

I'm a happy man ^_^

Posted at 08:19 pm by bezicto
Make a comment  

Monday, December 24, 2007
Goshuushou-sama Ninomiya-kun



Disebabkan aku nak segerakan proses 'penontonan' Higurashi no naku koro ni kai, aku dengan senang hati menghabiskan anime di atas lepas balik keje tadi.

Goshuushou-sama Ninomiya-kun

Hmm.. premis cerita nie agak mudah, tapi kurang kuat dari segi plot untuk anime2 yang se-spesis dengan anime nie.. dan macam biasa sebagaimana anime2 12 atau 13 episod yang lain yang pernah aku tengok dan seumpama dengannya, watak lelaki utama dalam anime nie langsung tak boleh buat keputusan dia nak bersama dengan sapa sebagai kekasih (misalnya)

dua watak perempuan utama; seorang berpewatakan tsundere dan sorang lagi agak moe dari segi tingkah laku (tolong wiki kalu tak tau istilah kat atas yek) menjadikan anime nie nampak tak bosan walaupun plotnya yang lemah tersebut.

kesimpulannya... hmm.. 6 bintang daripada 10. berbaloi untuk ditengok kali kedua kalau 'semua limitasi' dalam versi tv dialihkan.. he he he...

^_^

Posted at 06:49 pm by bezicto
Make a comment  

Saturday, December 22, 2007
X2 4200+ comes to papa !

Aku baru je selesai bank-in bayaran untuk X2 4200+ 939 pagi tadi sambil selepas tu beli sarapan pagi (yang rasanya dah berbulan aku tak buat sejak direct sarapan tengahari he he..)

anyway, ianya dijangka sampai dalam 26/27 hb. tapi aku harap sangat sampai dalam 26hb sebab aku cadang nak balik kampung pada awal pagi 27hb.

pepepun, tunggu entry aku seterusnya.

Posted at 03:44 pm by bezicto
Make a comment  

Thursday, December 20, 2007
Aku lagenda



bezicto : Best giler !!!

Lepas solat aidiladha tadi aku dan Megamax direct ke midvalley megamall untuk tonton filem kat atas. dan BEST GILER ! walaupun penamatnya boleh jadi lebih baik.. overallnya ianya menepati apa yang aku nak dari filem seumpamanya.

Sesudah menonton dan solat zuhur, kami ke Shah Alam.. beli kek lepas tu ke Rawang untuk pekena Pizza Hut.



Sampai di rumah kira2 jam 6pm, berehat dan sekarang tengah menaip entry nie.

Aidiladha yang memenatkan ^_^

Posted at 06:39 pm by bezicto
Make a comment  

Sunday, December 16, 2007
School Days ~



School Days..

Sebagaimana gamenye, ending bagi anime nie adalah bad ending. dan totally menjadikan cerita nie nampak bodoh.

Aku dari awal lagi agak hesitate untuk menonton anime nie. mostly sebab aku tau, di kalangan otaku di jepun, ending bagi versi game-nya yang paling popular adalah bad ending. Bad ending di mana watak utama saling membunuh sesama sendiri dan adegan potong-memotong anggota badan tahap memang pembunuh upahan. itu belum masuk adegan bunuh diri.

Tak mungkin dalam seumur hidup aku, aku akan menonton buat kali kedua anime nie. Cukuplah sekali.

Menceritakan percintaan 3 segi antara Sekai (p), Kotonoha (p) dan Makoto (l). Dari episod 3 lagi aku dah tak suka dengan watak Makoto tu. tapi apa boleh buat, dia diset untuk jadi watak sebegitu rupa. Menjelang episod 7 dan ke atas, aku hampir rasa nak pecahkan monitor 22 inci aku nie.

tapi of course, aku nie otaku professional. takkan berhenti di tengah jalan untuk evaluate jalan cerita dan plot seterusnya. secara overall, anime nie menceritakan bagaimana perasaan cemburu atau dalam perkataan yang lebih sesuai hipokrit menguasai alam percintaan sehingga membawa kepada ketamakan diri sendiri dan pembunuhan pada akhirnya.

versi episod terakhir yang aku tonton nie telah diedit semula dengan adegan potong-memotong dan bunuh-membunuh err... 'dikelabukan' dengan lagu-lagu orkestra dan flash backs.

mujurnya, adegan bunuh diri tak kelihatan dalam versi anime nie.

kesimpulannya... 2 bintang daripada 10. dan bagi aku.. tak berbaloi untuk dijadikan koleksi. elok dicampak jauh2 dalam longkang.

Posted at 09:27 pm by bezicto
Make a comment  

AWTHIDTA ?




Actually what the heck i'm doing there anyway ?

Hari keluarga. Macam biasa, orang Melayu dijanji untuk bertolak jam 7:30am, pukul 7.50am pun ada yang terhegeh-hegeh datang. Aku datang pukul 6:58am untuk menguruskan hal-hal kotak cenderahati dan lain-lain diangkut ke ruang storan bas.

Aku yang baru pulih dari demam jumaat lepas, kini menjadi the sole lelaki yang tinggal untuk angkat barang dan buat kerja2 AJK setelah dua lagi balik ke kampung halaman disebabkan alasan tertentu. Bukan itu je, aku jugak terpaksa jadi cameraman dan di perjalanan balik menjadi ketua kontijen untuk bas ke-2. tanggungjawab menjadi semakin berat, bila agenda semakin tamat. Tanggungjawab dunia aku tak kisah lagi, tetapi soal solat diaorang aku kena beri perhatian lebih. Yang penting, aku dah bagitau. selebihnya tanggungjawab mereka masing2.

Berakhirnya sukaneka, semua yang lain telah membawa ahli keluarga yang lain main air di sekitar kawasan taman tema tersebut. Hujan turun secara tiba2 di satu dua waktu. Tetapi itu pun tak menghalang orang ramai terus main air, water slide dan lain2 lagi.

waktu tu keluarga2 ramai dah bawak haluan masing2 untuk acara bebas dari kul 1:30pm sampai 4:00pm

aku dah mula rasa out of place dalam waktu tersebut. Aku lepak sesorang kat bawah khemah dan tunggu hujan reda untuk tukar baju yang basah akibat peluh dan terus nak jamak qasar.

kalau aku bukan AJK, dah lama aku buat keputusan untuk tak ikut aktiviti macam nie. apa aku boleh buat pun dengan seorang diri ? memang lepas aku dah solat dan tukar baju tu, aku keliling taman tema tu dengan camera shutter aku di sisi untuk ambil gambar2 menarik. mana tau satu hari nanti aku boleh bawak member aku datang ke.

tapi most probably keluarga aku akan banned tempat nie, mak aku terutamanya. aku pun jugak dalam maksud yang sama. aku tak rekomen tempat nie sebab terlalu 'meraikan' mata ^_^

by all mean, kalau korang nak datang tempat ni, pastikan jangan pakai baju putih yang telus. i've experienced a lot of things around here that should be avoided by all muslimah.

dalam kul 5:00pm, kami berangkat ke Kinta City sebelum berangkat pulang. Lepas bagi taklimat yang 'kita mesti berada dalam bas dalam jam 730pm' gitu, aku terus blah berseorangan ke lokasi-lokasi yang aku similiar kat shopping complex tu. beli majalah, buku dan layan royale masala pizza sorang2 kat Pizza hut untuk membunuh masa sementara menunggu maghrib.

truthfully, if this ever happen again, and i'm the sole single bachelor that includes in such event, i think i would never on the first place, agree to join in. This felt of 'out of place' is thicken as i alone navigating here and there watching people with family enjoying themselves.

Well, from my perpective, family day SHOULD be attended by families. Bachelor as i am could only made mind goes blank at certain time of the day.

It is all in the past now. and that concludes everything.

Aku sepatutnya nak taip benda nie semalam, tapi semalam aku layan asian idol lepas balik dan afterwards terus tido. esok (isnin) nak ke tempat lain lak.

Posted at 06:53 am by bezicto
Make a comment  

Next Page


bezicto
December 4th 1981  (Age 26)
Male
Malaysia


Interest : Anime, manga, computer (Otaku)

Programming Languages : Delphi, JavaScripting, PHP, Win32 Batch

Previous Schools :
SKBJ(s1)-SKSJ(s2-s6)-
SMIH(h1)-SMTP(h2-h5)-UTM

My Repository :


Friends :

Mon @UTM
jasdy @UTM
Ganchan @Insomnia
eek-1 @Insomnia






   

<< January 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed