DPTAplikasi VSO/VST/VS Project Status and daily thoughts
DPTAplikasi VSO : Currently cleaning-up unused codes. Need 4-5 working days. DPTAplikasi VST : Coding for clearing misc. system folders and files will begin soon. DPTAplikasi VS : Will be doing whenever VST finished later on.
Sekarang aku tengah layan Higurashi no naku koro ni yang tertangguh sejak aku balik kampung dan PTK tempoh hari. Anime nie memang lain daripada yang lain dan sesiapa yang baru dengan anime bergenre pelik macam nie mesti rasa bosan dan tak faham jalan ceritanya. Ini mengingatkan aku kepada Suzumiya Haruhi no Yuutsu yang mana episod tiap2 minggunya tak menggambarkan susunan episod sebenar yang berlangsung dalam universe Suzumiya. Sebab tu aku tunggu sampai semua episod lengkap dulu baru tengok anime Suzumiya tu mengikut urutan sepatutnya. Kepada yang taktau sila wiki.
Higurashi no naku koro ni (season 1 ye) membahagikan episod2nya kepada 2 seksyen besar iaitu bahagian soalan yang terdiri daripada 4 bahagian kecil yang bebas dan 4 bahagian jawapan yang juga terbahagi kepada 4 bahagian kecil yang juga bebas. Maklumat lanjut di sini. Dalam season pertama semua bahagian soalan dicover iaitu : Onikakushi-hen(鬼隠し編,Demoning Away Chapter) Watanagashi-hen(綿流し編,Cotton Drifting Chapter) Tatarigoroshi-hen(祟殺し編,Curse Killing Chapter) Himatsubushi-hen(暇潰し編,Time Wasting Chapter)
dan 2 bahagian kecil daripada bahagian jawapan dicover : Meakashi-hen(目明し編,Eye Opening Chapter) Tsumihoroboshi-hen,(罪滅し編,Atonement Chapter)
season pertama nie mengandungi 26 episod dan season kedua bakal ditayangkan di jepun pada july-september ini dengan jumlah episod juga 26 dan akan cover lagi dua bahagian jawapan iaitu Minagoroshi-hen(皆殺し編,Massacre Chapter) dan Matsuribayashi-hen(祭囃し編,Festival Accompanying Chapter)
Untuk memahami jalan cerita anime nie, sesorg perlu melihat kedua2 bahagian soalan berkaitan kemudian menonton bahagian jawapan yang BERKAITAN untuk mendapat jawapan kepada pembunuh sebenar dan motif pembunuhan bagi bahagian soalan. pening kan ? he he.. sila wiki. aku malas nak cerita lanjut utk tahu yang mana satu jawapan bagi setiap bahagian soalan bagi memudahkan korang menengok anime nie..
hari nie aku dah menamatkan PTK umum aku. so sekarang tinggal khusus jek. baru le aku tau kenapa senior aku sampai sekarang tak lulus tk1..
soalan dia memang keliru lagi mengelirukan.. jawapan dekat2 dan paling penting.. bolehke orang membaca begitu banyak topik/subjek untuk satu peperiksaan dengan dua kertas objektif 40 soalan dan esei 3 soalan ? sempatke untuk cover semua sukatan dalam yang terdapat dalam http://info.mohr.gov.my/ptk/ yang tak termasuk sukatan soalan untuk organisasi spesifik ?
Aku baru balik dari cuti seminggu @ balik kampung. Semalam aku bertolak balik kul 11am dan sampai kira-kira 3pm lebih.
dan kesimpulannya, benda2 bacaan untuk PTK yang aku bawak balik hanya berusik sikit je.. selebihnya banyak kepada aktiviti keluarga aku dan tido :p
hari nie, Ahad, aku study ala-kadar dan harap2 cukup le perkara2 yang aku cover walaupun sikit. matlamat aku dalam hidup pun bukan nakkan pangkat pun. cukuplah sekadar aku dapat buat sikit simpanan, balas balik pengorbanan mak ayah aku dan sikit untuk hobi aku. selebihnya perkara2 yang aku buat untuk karier aku, aku ikhlaskan ke arah pembangunan organisasi (chewah.. mendalam je bunyinya.. tapi memang itu pun apa yang aku fikirkan hingga ke saat ini).
PC baru yang aku pasang untuk adik aku membolehkan adik aku main oblivion, need for speed carbon dan lain2 game menggunakan medium detail. ternyata depa gembira sakan sampai aku suruh depa 'lanyak' komputer tu sementara aku masih cuti untuk semak ada tak benda2 tak kena dengan konfigurasi yg aku buat tu. so Alhamdullillah takde apa2.
Aku baru balik dari klang sejak bengkel 3 hari bermula isnin lepas. bertolak pulang jam 1.00ptg tadi dan sampai kat tjg malim kul 2.30ptg. disebabkan sampai awal, aku lepak ofis dulu, settlekan kerja2 yang tertunggak sebelum balik tepat jam 5ptg.
on the way balik, aku singgah jap kedai komputer berdekatan dan terus rembat Canon Pixma IP1700 sama speaker iCute untuk adik aku. Worth about RM174.00.
then aku balik, mandi-solat-makan malam dan terus test speaker. printer tu aku nak test kat kampung le.. malas nak test lagi sebab dakwat masih belum dibukak. so biaq depa la test nanti.
sekarang aku nak paparkan sejarah kad grafik yang pernah aku guna sepanjang hidup aku dan segmennya..
S3 Virge 2MB PCI | S3 Virge 3D 4MB PCI | nVidia Riva TNT 16MB (built-in dalam Intel 440BX motherboard aku dulu) | nVidia Geforce 2 Ti AGP (first high end graphic card yang pernah aku beli) | nVidia Geforce 4MX AGP (my first budget level graphic card) | nVidia Geforce FX5200 AGP (to replace aging/damaged geforce 4MX) | nVidia Geforce 7300GS (my first pci express graphic card, sub <RM290 card) | nVidia Geforce 8600GT (my first mainstream level DX10 compliance card AND my first graphic card to reach above RM500 !)
i've never used an ATi card before and probably will be going into that direction when i'm upgrading to AMD Phenom X2 later next year.
Anime sepanjang 12 episod nie berkisar mengenai kehidupan sekolah di Jepun pada tahun 2035. Pada tahun tersebut, kadar kelahiran dunia menurun dan menyebabkan alam persekolahan bukan lagi menjadi satu kewajipan kepada setiap orang. ini menyebabkan ada dikalangan remaja memilih untuk terus kerja daripada bersekolah untuk membolehkan negara terus bergerak daripada terus berada di dalam kongkongan sistem persekolahan sebelum boleh mula berkerja berdasarkan kelulusan.
Tapi itu hanyalah latar belakang anime nie je.. genre anime nie adalah school life dan comedy. tapi di akhir2 episod, anime ini menjadi lebih serius di mana setiap watak berkerjasama menghidupkan semula perasaan untuk gembira ke sekolah.
watak2 dalam anime nie memang cute... err.. lebih kurang macam ichigo mashimaro dan ending dia tamat dengan baik pada episod 12 tersebut dan aku betul2 berpuashati dengan ending dia walaupun aku rasa 12 episod untuk anime bergenre macam nie terlalu singkat.
Apa2 pun rating aku untuk anime nie ialah 4.75 daripada 5.00
Instead of rancangan nak pergi lowyat minggu depan tu.. aku ubah fikiran dan pergi semalam, Sabtu 26hb.. he he he..
benda2 yang aku dah beli sebagaimana dirancang : 1. Intel Pentium 4 HyperThreading 631 3.0GHz (775) 2. Asus P5VD2-MX (aku ingat nak cari P5VD2-X tapi takde, yang nie pun okay le..) 3. Kingston DDR2 667MHz 512MBx2 dan 4. PowerLogic Futura 220 P4 ATX Casing with 450W SonicGear PSU
Update :Semua komponen di atas tu adalah untuk UPGRADE pc adik aku kat rumah, bukannya untuk aku tau ^_^
Tentang printer Canon Pixma IP1300 tu aku tangguh dulu kejap.
dan berkenaan graphic card tu pulak.. he he.. instead of aku ambik ASUS EAX1650PRO Gamer Edition tu, disebabkan penjimatan melampau dekat kedai yang aku beli semua komponen kat atas tu, aku angkat ASUS EN8600GT ha ha ha.. yup.. yang nie guna Geforce 8600GT punya arc. First mainstream graphic card yang aku beli.. dan paling best aku tak perlu format pc untuk guna 8600GT nie... just update driver je..
kalu aku tiba2 je amik Radeon 1650PRO tu, mungkin nak kena format pc.. (atas nasihat banyak tech forum le.. aku ikut je.)
so secara umumnya, hari nie pc aku dah guna 8600GT bwahahahahaha.. aku sungguh gumbira.
he he.. aku baru je finalizekan spec untuk upgrade pc adik aku kat rumah.
1. Pentium 4 631, 3.0GHz | Hyper Threading | Cedar Mill | 2MB Cache | 775 2. 512MBx2 DDR2 667MHz RAM 3. 450W iCute PSU with Twin Fan 4. ASUS P5VD-2 Motherboard 5. Canon Pixma IP1300 InkJet FOC : MSI Geforce 7300GS (yang nie aku punya, aku bagi diaorang pakai dulu)
kos dalam rm810 gitu.
dan dalam masa yang sama aku akan upgrade graphic card aku kepada : ASUS EAX1650PRO Gamer Edition | 256MB DDR3 | 128-bit | Factory Overclocked
ha ha ha.. sememangnya aku antara yang terbijak di dunia dalam mengambil kesempatan.
dengan mengucapkan selamat tinggal kepada Geforce 7300GS aku, kedatangan Radeon X1650PRO ke dalam sistem pc aku sekarang akan merancakkan senario permainan komputer dekat pc aku (walaupun jarang aku main game)..
tapi malangnya... dari segi processor dan RAM, pc yang bakal aku upgrade untuk adik aku tu jauh meninggalkan komputer aku sendiri (Athlon 64 3000+, 1GB DDR400) -_-..
aku tak kisah.. asalkan diaorang dapat yang terbaik :)
p/s : sebenarnya aku tak kisah bukan sebab apa, aku nak nunggu duit KWSP aku hujung tahun nie dan upgrade besar-besaran ke AMD Phenom X2 dan Radeon HD2600XT.. he he... bwahaha haha.
Hmm.. aku petang2 bila balik keje macam nie, ada le jugak melawat blog2 orang lain.. terutamanya orang2 malaysia kita nie.
Kebanyakkan yang Melayu banyak bermadah dengan alam sekelilingnya, yang Chinese ramai yang berbicara mengenai kehidupan seharian mereka di samping ada dikalangan mereka nie yang menulis mengenai minat; komputer, kereta dsbg.
Yang nak aku perkatakan hari nie, blog-blog orang Melayu nie yang rata-rata menulis sambil berfikir dan MUNGKIN menzahirkan kekecewaan mereka dengan perilaku orang atau alam di sekeliling mereka. Aku pun salah sorang sebenarnya. Jadi, cumanya yang nak aku katakan, beranilah bersuara kalau nak berubah. sedikit demi sedikit. jangan harap pembaca blog je yang nak difahamkan.. orang2 disekeliling awak tu yang kena difahamkan.
Cukup le. btw, nie updates untuk DPTAplikasi VSO :
Ada banyak kekurangan berbanding VST dan VS sebenarnya. Save memang dilimitkan ke HTML sahaja, dan beberapa kekurangan lain ^_^ Sekarang aku tengah nak masukkan comments dalam source code bagi memudahkan orang faham. Mungkin aku kena wajibkan orang yang pandai Delphi je guna source code nie kot... hmm...
Agaknya dah berapa lama usia bumi kita sebenar ? Dan berapa lama lagi Tuhan benarkan kita mendiaminya ?
Memikirkan benda2 macam nie tiap2 hari, menyebabkan aku terfikir pula kenapa kita suka sangat bertelingkah dalam satu rumah yang sama ? Kita bermusuh sesama jenis kita sendiri ?
Bolehkan kita sampai ke tahun 19,923 daripada tahun kita berada sekarang 2007 ? Kalau Tuhan izinkan, bagaimana keadaan bumi pada Ahad, 23 Januari 19,923 ? Kita masih bergaduh sesama sendirikah ?
Wallahualam.
p/s : Aku takut betul tengok tingkahlaku dan perilaku manusia sekarang.
Ok tak antaramuka kat atas tu ? He he.. aku bercadang untuk satukan ClearTmp sebagai sebahagian daripada DPTAplikasi VS/VST, bukan lagi sebagai tab berasingan sebagaimana DPTAplikasi 3.0 dulu. Tapi... bukan untuk direlease lagi tau.. masih banyak benda kena buat :p
Dan, aku akan releasekan DPTAplikasi VSO final dalam minggu nie. Sebagaimana yang aku maklumkan sebelum nie DPTAplikasi VSO adalah versi paling basic TETAPI dengan kod sumbernya untuk dijual kepada umum bagi sesiapa yang berminat untuk membelinya. Untuk tu, pembangunan VS/VST akan ditangguhkan dalam masa 3 minggu bagi menyiapkan semua dokumentasi untuk VSO.
Ciri-ciri VSO (Belum finalize) :
1. Scan registry dan paparkan semua senarai perisian yang ada uninstall command ke dalam grid yang disediakan.
2. Fungsi untuk save ke Excel tiada. Fungsi untuk save ke HTML wujud tetapi terhad.
3. Fungsi untuk pembersihan (Utiliti Tambahan) tiada.
4. Fungsi untuk 'tidak memaparkan hotfix dan windows updates' tiada.