Sunday, July 08, 2007
salamalas...

... aku tiba2 dah jadik rasa malas nak update blog nie.. sekarang nie banyak design kena buat disamping tu aku jugak kena coding (dhtml) untuk satu projek mini untuk jabatan aku... -_-

anyway, aku dah siapkan Common Malware Removal Tool dan DPTAplikasi VSO. Head over to bezictosoft.blogspot.com to learn more. Sekarang aku tengah siapkan projek mini guna delphi2007 iaitu ClearpiCc. projek nie adalah aplikasi mini untuk clearkan history pembacaan bagi mereka yang menggunakan pixelComic 1.26 untuk baca manga. malangnya pixelComic nie berhenti pada tahun 2005 dengan build terakhir ialah versi 1.26. so nanti aku akan uploadkan both pixelComic tu dan tool yang aku buat tu iaitu ClearpiCc ke internet untuk korang download.. sayang betul.. pixelComic 1.26 memang memudahkan pembacaan manga.. sejak dari 2005, aku dah tak pakai ACDSee.

Posted at 09:56 pm by bezicto
Make a comment  

Tuesday, July 03, 2007
Menyusahkan benda yang senang.

Ada banyak ruang untuk meningkatkan kecekapan agensi kerajaan kita dan dalam masa yang sama tidak memberi ruang kepada pembaziran wang ringgit dan masa.

Aku hari nie nak bercakap dalam konteks perasmian dan pemahsyuran sesuatu. Actually benda nie sedang berlangsung dalam agensi aku berkerja dengan mesyuarat demi mesyuarat untuk 'memegahkan' perasmian dan pemahsyuran yang bakal dilakukan terhadap sesuatu benda yang berdiri di atas tanah.

Kenapa ?
-
banyak wang ringgit dibazirkan ke pengindahan yang hanya bersifat sehari ?

-
agensi berasaskan perkhidmatan; tetapi kakitangannya dikerah untuk menyempurnakan kemegahan dalam tempoh 3-4 bulan sebelum berlangsungnya upacara terbabit. bagaimana dengan kerja hakiki ?

-
satu mesyuarat khas dengan pengulangan bila difikirkan perlu, diadakan hanya untuk perkara yang bakal berlangsung selama 5 minit ? (eg. montaj, persembahan multimedia)

Kita sebenarnya telalu bersedia untuk perkara yang sia-sia daripada berkerja dengan bersungguh2 ke arah memantapkan perkhidmatan awam. Aku tak harap orang lain berfikiran sama seperti aku, tapi pembaziran masa dan wang ringgit ke arah yang lebih baik perlu difikirkan bersama.

Aku amat berasa kecewa dengan keadaan ini. Benda2 yang remeh temeh seperti perasmian atau pemahsyuran itu-dan-ini kalau boleh biarlah hanya dengan doa selamat dan hebahan sahaja.

Masyarakat kita, telah sebenarnya disogok bahawa 'yang mahal itu baik' dan 'yang indah itu kemegahan dan status' yang sepatutnya ditukarkan ke 'yang baik bukan bersifat selama-lamanya' dan 'status yang sebenar dalam perkhidmatan adalah kepuasan pelanggan'.

Wallahualam.

Posted at 07:25 pm by bezicto
Make a comment  

Sunday, June 24, 2007
PTK Khusus

Study untuk ptk khusus nie memang nak membuatkan aku muntah.. bayangkan semua benda yang belajar dari tahun 1 hingga tahun akhir kat utm tu nak kena cover dalam satu kertas berformat esei dalam masa peperiksaan selama 2-3 jam !

Sampai sekarang aku dapatkan bahan2 ptk dari MAMPU dan INTAN, hasil daripada google-lan yang aku lakukan. selain tu, aku jugak baca balik buku2 dan nota2 yang aku masih simpan sejak dulu.

Aku study tanpa apa2 hint daripada sesiapa pun. Kiranya hampir 60% daripada sukatan pelajaran dalam bidang IT telah aku cover dalam tempoh 2 minggu nie..
Network, Database, Programming, SDLC, OO, SADM, OS, Hardware dan lain2 lagi.

Ini semua nak memusnahkan sel otak aku betul.

Oh Tuhan, Kau bukakanlah hati orang-orang yang mewajibkan PTK nie untuk memansuhkannya demi kemajuan anak bangsaku.


Posted at 03:58 pm by bezicto
Make a comment  

Wednesday, June 20, 2007
Nasihat kepada semua yang ada anak..

Sekarang nie macam2 boleh berlaku kepada anak-anak. Aku dah alami satu peristiwa yang menyayat hati (bercampur marah) aku semalam tapi bukan berlaku pada diri aku yang menyebabkan aku rasa macam nak buat entry nie..

Kepada korang yang ada daughters atau sons, binalah hubungan baik antara mereka sepanjang diaorang berada di dalam jagaan korang. Ambik mereka dari/ke sekolah kalau boleh.. sekiranya tidak boleh dilakukan.. lihat mereka ke sekolah setiap hari dan pastikan bila mereka balik ke rumah selepas tengahari atau petang, kita ada di rumah sewaktu mereka pulang. Tanya mereka macamana sekolah hari nie... dengan siapa mereka balik atau pergi sekolah hari nie.. dan kerja rumah macamana.

Ambil berat terhadap apa saja yang mereka buat.. apa yang mereka lakukan dan apa/siapa yang mereka jumpa setiap hari. Didik mereka solat berjemaah dari awal. Dan bawa mereka ke masjid. Beri didikan agama yang mana berkemampuan sendiri selain daripada pendidikan formal di sekolah dan kelas fardhu ain. Pastikan mereka solat dan menyempurnakan fardhu ain dengan sempurna.

Aku tau nasihat/teks-teks di atas mungkin akan dipandang remeh oleh orang lain sebab aku masih bujang dan belum berkahwin. Tapi aku ada adik-adik yang masih belajar dan ibubapa aku masih ada. Cuma kalau nak dipandang remehpun, fikirlah apa yang berlaku pada persekitaran sosial kita setiap hari.

Jangan kita nanti dihumbankan ke neraka kerana 'tidak atau kurang' memberi perhatian terhadap anugerah tuhan ini. Wallahualam.

Posted at 07:53 am by bezicto
Make a comment  

Tuesday, June 19, 2007
3000+ @ 2.2GHz !

Setelah sekian lama aku membuat kajian.. er.. kira-kira dua minggu.. sekarang secara officialnya aku telah meng-overclock PC aku...

Athlon 64 3000+ 1.8GHz @2.2GHz (Socket 939, Venice Core)
CPU Multiplier = 9x
DRAM Frequency Integer Divider = 5:6 (166MHz)
HTT = 245MHz
HT Link Multiplier = 3x

Oleh itu :
Final CPU Speed = 245x9 = 2205MHz
Final DRAM Speed = 2205/11 = 200.4MHz (DDR402 Spec)

Aku dah buat stability/stress test selama sejam tadi menggunakan SP2004 dan keputusannya :



Memang stabil ! Itu hanya test selama sejam.. kalu ikut hati nak je aku test ikut standard overclocker lain iaitu 24jam atau lebih.. tapi bagi aku itu pun dah okay.

Suhu semasa stress test tersebut : Klik sini
Hmm..macam takde beza je sebelum mula overclock :p

Anyway here is the overclocking result :






Dan seterusnya keputusan 3dmark03 dan 3dmark05 Pro :





Kalu korang nak tahu, overclock yang aku buat nie adalah alasan untuk aku upgrade kepada Phenom X2 hujung tahun nie ^_^

Buat masa nie memang stabil dan suhu pun orait..

Posted at 10:27 pm by bezicto
Make a comment  

Sunday, June 17, 2007
'ayu' has been upgraded !

My current pc, 'ayu', has been upgraded recently to 1.5GB of DDR400 RAM. Before that, the MSI NX7300GS (Geforce 7300GS) has been swapped with Asus EN8600GT (Geforce 8600GT). With these two, my pc now has more processing power to do lots of photoshop editing, H264 video decoding and high quality/resolution gaming.

My current pc spec :

Athlon 64 3000+ (Venice, Socket 939 @ 1.8GHz)
Gigabyte GA-K8N9-F (nForce 4-4x motherboard)
1.5GB DDR400 RAM @ 400Mhz Dual Channel Mode
Asus EN8600GT 256 DDR3 PCI-Express 128-bit (Geforce 8600GT processor)
200GB Primary PATA HDD @ 7200rpm, 8MB Cache
160GB Secondary SATA HDD @ 7200rpm, 16MB Cache
Lite-ON 20x Multi DVD Writer
Lite-ON Combo Drive
450W iCute Dual Fan PSU

I'm going to overclock this rig later but not in the current time frame. Currently aiming for 2.2-2.4 GHz on extreme air cooling when upgrading to more suitable cooling system later at the end of this year.

And btw, my pc full name is ayu kernelcored Integra... 'aki' for short but i intend to call her 'ayu' anyway..
oh. note that the letter i in 'Integra' is written in capital letter ^_^



Posted at 11:14 pm by bezicto
Make a comment  

Saturday, June 16, 2007
Apa yang aku buat sepanjang sabtu/ahad ?

This things was and always will be repeatative..

around 6.00AM : Wake up/Subuh
around 6.40-8.30AM : Internet
8.30-10.00AM : Clean the house,rooms | Wash clothes
10.00-11.30AM : Anime/Games
11.30-12:30PM : Lunch
12:30-2:00PM : Anime/Games
2:00-3:15PM : Sleep
3:15-3.30PM : Zuhur
3.30-5.00PM : Anime/Games
5.00-5.15PM : Asar
5:15-6.15PM : Outdoor activities/Night Market
6.15-7.15PM : Dinner
7.15-9.30PM : Maghrib/Isyak (Jemaah)
9.30PM-11.00PM : Programming > Games > Anime (depends on mood)
11.00PM : Go to sleep

Posted at 11:26 pm by bezicto
Make a comment  

Temuramah AllThingsD - Bill Gates | Steve Jobs



Temuramah terhadap Steve Jobs dan Bill Gates baru2 nie oleh Walt Mossberg dan Kara Swisher pada All Things Digital Conference memang totally awesome !!

Dilaksanakan dalam suasana santai, temuramah dua ikon besar dalam dunia IT nie memang mendalam. Menyentuh banyak aspek; sejarah perkomputeran, perhubungan antara Apple dengan Microsoft dan rahsia-rahsia lain, semuanya dicungkil dalam temuramah eksklusif ini yang telah dihadiri oleh banyak tokoh2 IT sedunia.

Sampai sekarang dah masuk 3 kali aku dengar temuramah nie :)

Korang boleh download temuramah nie di iTunes secara percuma : klik klik

Posted at 12:42 am by bezicto
Make a comment  

Thursday, June 14, 2007
DPTAplikasi VSO/VST/VS Project Status and daily thoughts

DPTAplikasi VSO : Currently cleaning-up unused codes. Need 4-5 working days.
DPTAplikasi VST : Coding for clearing misc. system folders and files will begin soon.
DPTAplikasi VS : Will be doing whenever VST finished later on.

Sekarang aku tengah layan Higurashi no naku koro ni yang tertangguh sejak aku balik kampung dan PTK tempoh hari. Anime nie memang lain daripada yang lain dan sesiapa yang baru dengan anime bergenre pelik macam nie mesti rasa bosan dan tak faham jalan ceritanya. Ini mengingatkan aku kepada Suzumiya Haruhi no Yuutsu yang mana episod tiap2 minggunya tak menggambarkan susunan episod sebenar yang berlangsung dalam universe Suzumiya. Sebab tu aku tunggu sampai semua episod lengkap dulu baru tengok anime Suzumiya tu mengikut urutan sepatutnya. Kepada yang taktau sila wiki.

Higurashi no naku koro ni (season 1 ye) membahagikan episod2nya kepada 2 seksyen besar iaitu bahagian soalan yang terdiri daripada 4 bahagian kecil yang bebas dan 4 bahagian jawapan yang juga terbahagi kepada 4 bahagian kecil yang juga bebas. Maklumat lanjut di sini. Dalam season pertama semua bahagian soalan dicover iaitu :
Onikakushi-hen
(鬼隠し編 Demoning Away Chapter)
Watanagashi-hen (綿流し編 Cotton Drifting Chapter)
Tatarigoroshi-hen (祟殺し編 Curse Killing Chapter)
Himatsubushi-hen (暇潰し編 Time Wasting Chapter)


dan 2 bahagian kecil daripada bahagian jawapan dicover :
Meakashi-hen (目明し編 Eye Opening Chapter)
Tsumihoroboshi-hen (罪滅し編 Atonement Chapter)

season pertama nie mengandungi 26 episod dan season kedua bakal ditayangkan di jepun pada july-september ini dengan jumlah episod juga 26 dan akan cover lagi dua bahagian jawapan iaitu Minagoroshi-hen (皆殺し編 Massacre Chapter)  dan Matsuribayashi-hen (祭囃し編 Festival Accompanying Chapter)

Untuk memahami jalan cerita anime nie, sesorg perlu melihat kedua2 bahagian soalan berkaitan kemudian menonton bahagian jawapan yang BERKAITAN untuk mendapat jawapan kepada pembunuh sebenar dan motif pembunuhan bagi bahagian soalan. pening kan ? he he.. sila wiki. aku malas nak cerita lanjut utk tahu yang mana satu jawapan bagi setiap bahagian soalan bagi memudahkan korang menengok anime nie..

Posted at 07:47 am by bezicto
Make a comment  

Monday, June 11, 2007
One down, one to go

hari nie aku dah menamatkan PTK umum aku. so sekarang tinggal khusus jek.
baru le aku tau kenapa senior aku sampai sekarang tak lulus tk1..

soalan dia memang keliru lagi mengelirukan.. jawapan dekat2 dan paling penting.. bolehke orang membaca begitu banyak topik/subjek untuk satu peperiksaan dengan dua kertas objektif 40 soalan dan esei 3 soalan ? sempatke untuk cover semua sukatan dalam yang terdapat dalam http://info.mohr.gov.my/ptk/ yang tak termasuk sukatan soalan untuk organisasi spesifik ?

Posted at 08:28 pm by bezicto
Make a comment  

Previous Page Next Page


bezicto
December 4th 1981  (Age 26)
Male
Malaysia


Interest : Anime, manga, computer (Otaku)

Programming Languages : Delphi, JavaScripting, PHP, Win32 Batch

Previous Schools :
SKBJ(s1)-SKSJ(s2-s6)-
SMIH(h1)-SMTP(h2-h5)-UTM

My Repository :


Friends :

Mon @UTM
jasdy @UTM
Ganchan @Insomnia
eek-1 @Insomnia






   

<< August 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here: