Tuesday, August 28, 2007
Banner insomniastudios.org 50 tahun merdeka !

Sempena hari kebangsaan ke-50 nie, aku dah realisasikan 1 banner untuk komuniti insomniastudios.org.

Korang boleh lihat di sini.

Posted at 09:13 pm by bezicto
Make a comment  

Recharge.. complete !

Aku baru sampai dari Kedah ke Tjg. Malim kira2 pukui 1 tengahari tadi... mujurnya lebuh raya tak jem yang membawa kepada kenari aku boleh terbang tanpa gangguan di jalan nan hitam.

Masa bertolak pergi dulu dan juga masa bertolak semula ke T.Malim, memang banyak ops bersih oleh JPJ di sana sini. Yele.. kan sekarang nie musim bas terbalik ^_^
aku pun sekarang dah tak berani bertolak petang dan sampai malam lagi dah..

pemandu2 bas nie laju2 belaka... lebih laju daripada screamyx.

so macam biasa, bila sampai je tadi, terus on komputer dan download untuk stok 6 hari aku tinggalkan komputer... he he... macam biasa la... geek internet macam aku nie memang tak boleh buat apa2 dah.. tak makan nasihat punya.

besok aku start keja balik.. dan lusa cuti hari kebangsaan. oh ya.. bercakap tentang hari kebangsaan nie, semalam aku tengok dokumentari tentang tunku abdul rahman di tv1 jam 8.45 malam.. peh best.. aku rekomenkan korang tengok kalu dia ulang lagi.. malam nie ada lagi sambungannya juga dalam waktu yang sama.

sama2 lah menyemarakkan hari kebangsaan kita yang ke-50.

akhir sekali nasihat kepada yang pasang bendera dekat kereta : pastikan pelekat yang melekatkan tapak bendera tu dengan badan kereta korang kuat... ini untuk memudahkan kerja pembersih di lebuhraya untuk hanya memugut sampah.. dan bukannya memungut bendera korang yang jatuh bertebaran di sana sini.

Posted at 06:26 pm by bezicto
Make a comment  

Wednesday, August 22, 2007
Tokimeki Memorial + Balik Kampung



Lepas balik kerja tadi, solat dan campak baju dalam mesin basuh aku terus layan anime nie.. sekarang dah layan sampai eps2. dan... hmm.. jalan ceritanya agak kelam-kabut sikit dan semua watak pun kawaii. cumanya aku rasa anime nie bukannya love comedy tetapi lebih kepada school life.. hmm.. ntahlah.. lagipun aku baru tengok 2 episod, sukar untuk jangka jalan ceritanya dari tahap nie..

Besok aku off petang, aku akan bertolak balik Kedah sampai Selasa depan so, i won't be online during that time. Leave a message on the live tag as you like. I'll read them later. Firstly ingatnya nak balik awal ramadhan tapi malangnya terkena tengah bulan waktu gaji tengah kering.. so aku ubah dan balik besok yang kebetulannya hari gaji sektor awam ^_^

oh.. besok nak kena bayar bil streamyx aku yang tertangguh -_-

Posted at 07:43 pm by bezicto
Make a comment  

Tuesday, August 21, 2007
kernelcored is a...

I've been doing anime marathon since last 2 weeks and finally finished watching 3 series all together after i got home from office today. Tokyo Mew Mew (52 episodes), Hitohira (12 episodes) and Happy Seven (13 episodes).

To tell the truth that was kinda slow. I usually can finish all that just within a week... but lately i have been in lack interest in watching but more towards finishing my Common Malware Removal Tool programming.

Anyway, one thing that bugging me right now, my interest with newer anime title just decreasing everytime i read about the reviews on the net. Probably the 'moe' factor is not there... he he he... come on japan, more bishoujo anime please... well... mahou shoujo is fine too.. :p

Posted at 08:23 pm by bezicto
Comments (2)  

Monday, August 20, 2007
^_^

Sesekali aku teringatkan masa aku mula2 tahu secara mendalam pasal komputer masa belajar di u dulu. masa tu aku ingat lagi, masing2 cuba untuk jadik 'lain daripada yang lain'... maklumlah sebab pelajar sains komputer katakan.

yang paling popular adalah meramaikan anak-anak ikon dekat taskbar sampai overcrowded, meramaikan tray icon dekat system clock dan juga ada yang install linux sebab taknak ikut aliran perdana Windows.

selain tu ada jugak yang install kepelbagaian windows theme, wallpaper rotater dan lain2 lagi seumpamanya. waktu paling popular adalah stylexp dan windows blind. uxtheme patch agaknya tak popular lagi waktu tu.

winamp, sonic, music jukebox, windows media player juga diskinkan dengan dahsyat.

drivers didownload hampir setiap kali ada yang baru diinternet. Yang paling best adalah sanggup tu, datang makmal internet malam2 sebab nak download driver baru atau strip laman web masuk dalam hdd. maklumla.. UTM memang terkenal dengan kelajuan internet tahap cahaya diaorang.

sekarang masing2 dah 'bergraduan' dan kebanyakkan dah faham kebanyakkan benda yang diaorang buat tu dapat menambahkan penggunaan resource komputer dan akhirnya membawa kepada lembabnya komputer tak kira betapa canggih dan terkininya komputer.

setiap kecantikan akan membawa satu atau beberapa downfall.. dan kelembapan operasi adalah salah satu diantaranya.

lagi satu pendapat orang yang menjadi mitos adalah dengan menginstall terlalu banyak perisian sekuriti di dalam komputer bagi membantu meningkatkan tahap keselamatan komputer. sebenarnya apa yang penting bukan perisian sekuriti apa yang kita pasang dan guna, tetapi kelayakan kita sebagai pengguna menapis dan memahami apa yang kita pasang tu dan kesannya terhadap komputer kita.

disebabkan sekarang aku lebih percaya kepada open source dan freeware yang berkaliber, perisian ber-crack adalah a no-no pada komputer aku.

tentang sekuriti sekarang, aku hanya percayakan Windows Firewall, avast antivirus home edition dan AVG AntiSpyware dengan kerjasama SpywareBlaster. Full Stop.

Selain tu ada, CCleaner yang bantu system aku kemas daripada fail2 yang tak digunakan.

Kebanyakkan member aku yang faham konsep sekuriti pada perisian, tutup firewall mereka dan hanya biarkan 100% keselamatan komputer pada Antivirus. pada aku ini adalah subjektif, aku biarkan firewall windows je yang on. dan takde firewall sampingan lain. sebab aku sebagaimana rakan2 aku yang tech security savvy percaya bahawa, keselamatan terbaik datang dari cara ko guna komputer ko, perisian yang ko install dan cara ko layari laman web.

dan of course, yang paling penting adalah, update Windows korang setiap kali ada keluar popup kuning dekat system tray ^_^

Posted at 07:40 am by bezicto
Comment (1)  

Sunday, August 19, 2007
CMRT

Projek Common Malware Removal Tool (CMRT) aku saban hari mendapat terlalu banyak view. sehingga kini dah melebihi 1700 view dan aku pun dah dapat semakin banyak feedback dalam mailbox aku ^_^

Benda yang aku start sebagai tool untuk buang malware di jabatan aku, tak sangka pulak mendapat sambutan sebegini rupa. Hari nie aku tambah lagi satu version iaitu Startup Edition yang menggunakan core 2007-0812. Untuk keterangan lanjut korang boleh lawat insomnia-studios. Link untuk URL ada di sebelah kiri blog nie dan sila mara ke subforum IT Reservoir

Posted at 10:31 pm by bezicto
Comments (2)  

Saturday, August 18, 2007
Ichi Littoru No Namida

Episode 3 hari nie main di 8TV..
Aya dah diberitahu mengenai penyakitnya, dan ...
lagu ending oleh K bertajuk Only Human tu memang menyentuh hati >_<

Habis je episode 3 tu, aku terus buat searching kat net dan dapati banyak penonton memberikan rating tinggi untuk jdoroma yang diangkat di televisyen pada tahun 2006 ni di jepun.

Walaupun aku dah ada full episode dia, tapi aku masih tengok yang dekat 8tv.. yang ada dalam hdd aku tu biarlah sebagai backup.. kot2 ada sabtu aku terpaksa pergi tempat lain ke.. ape ke.. :p

Btw, nie dia K - Only Human PV :


Posted at 09:05 pm by bezicto
Make a comment  

Friday, August 17, 2007
1 AM

Semalam, dekat pukul 1.15 pagi baru aku tido. Lega betul bila aku puas hati dengan perkara yang aku buat.

Aku buat apa ?

N.a.i.s.h.o.u ~ (Rah-si-a)

he he... ma.. kesimpulannya, aku habiskan 2 jam masa aku belajar benda baru, dan hasilnya setelah 4 jam adalah memuaskan hati aku, walaupun ada lagi banyak benda aku boleh buat dengan benda tu.

Tapi masa masih banyak. ^_^

Posted at 07:48 am by bezicto
Make a comment  

Tuesday, August 14, 2007
Wish



瞬きが風を呼ぶ
微笑みが ざわめきを消し去る
あなたの目に住む天使がささやく
すべてが今始まると

Can you feel it now
Can you feel it now
波に飲み込まれたように
Pulling on my heart
Pulling on my heart
息を止め 手をのばして

*1 Baby この世界は
昨日とは違う
あなたのことしか見えない
Baby my wish on a wing
この空を裂いて
あふれる一つの言葉で

輝きをたどる視線
迷わず あなたへ走るのに
立ちすくむ心 ため息をつく
まるで 長い旅の様で

Can you feel it now
Can you feel it now
時は無情に流れてく
Pulling on my heart
Pulling on my heart
この思い 解き放して

*2 Baby もう未来も
約束もいらない
あなたがそこにいるだけで
Baby my wish on a wing
この声を翔(と)ばせ
ふるえる星を突き抜けて

Do you feel me?
Do you feel me now?
By :
Olivia inspi Reira(Trapnest) : Wish

Posted at 07:06 am by bezicto
Make a comment  

Monday, August 13, 2007
Choice




aku dalam dilemma. first sekali aku ingat nak beli monitor baru. 24 inch. kedua aku nak beli handphone baru. yang kecik sikit. dalam fikiran aku ialah K810i. tapi kalu aku sabar sikit, n82 sama k850i pun lawa.

monitor 24inch tu, function dia akan jadik secondary monitor aku. photoshop akan menjadi lebih mudah. dan tengok anime yang berformat hd juga akan lebih kemas.. takde le overflow sangat. budget ? RM1200.

handphone. k810i. lama aku fikir dan buat review sebelum nak beralih ke SE. nokia masih dalam hati aku sebenarnya. tapi aku dah fikir masak2 untuk cari handphone yang lebih kecik berbanding ngage aku sekarang yang banyak menyusahkan aku. budget rm1500 ke bawah.

pepepun. tunggu le keputusan yang bakal aku buat.

yang pasti, aku takkan beli kedua2nya. salah satu.

Posted at 11:42 pm by bezicto
Make a comment  

Next Page


bezicto
December 4th 1981  (Age 26)
Male
Malaysia


Interest : Anime, manga, computer (Otaku)

Programming Languages : Delphi, JavaScripting, PHP, Win32 Batch

Previous Schools :
SKBJ(s1)-SKSJ(s2-s6)-
SMIH(h1)-SMTP(h2-h5)-UTM

My Repository :


Friends :

Mon @UTM
jasdy @UTM
Ganchan @Insomnia
eek-1 @Insomnia






   

<< October 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here: