Sepanjang cuti tahun baru cina, aku telah marathon banyak anime dan filem. Film (Anime) : 1.Paprika 2.Doraemon Movie 2007 : Adventure to the Magic Planet 3.Doraemon Movie 2006 : Nobita's Dinasour Adventure 4.Toki wo kakeru shoujo (720p High Definition) 5.Whisper of the Heart (Studio Gibli) 6.Paprika
Series (Anime) : 1. Da Capo II (13 episodes) 2. Mamoru-kun ni Megami no Shukufuku wo! (24 episodes) 3. Kamichama Karin (26 episodes)
Dan ntah mengapa, aku nie memang jenis yang sentimentel kot... pada babak2 terakhir movie Doraemon 2006 : Nobita's Dinasour Adventure tu.. aku nyaris2 nak mengalirkan air mata. Memang komik adventure yang dinasour nie adalah yang pertama diterbitkan dalam bentuk novel grafik oleh sensei Fujio F. Fujiko. Dan waktu tu aku rasa aku baru tingkatan 2 kot, waktu aku start kumpul novel grafik cerita panjang Doraemon.
Babak2 perpisahan antara Nobita dan Piisuke tu memang terlalu sedih bagi aku... (ye korang boleh gelak kalau nak.. aku tak kisah..)
Baru sebentar tadi, aku nengok balik Toki wo kakeru shoujo atau The Girl that leapt through time.. versi HDTV.. dan memang tak dinafikan jalan cerita dan plotnye memang best.. tengok berapa kali pun tak jemu rasanya..
Pepepun, ye.. aku memang takde keje lain hujung minggu. selain dari kemas rumah pada awal pagi, buat sikit workout a.k.a senaman fizikal pada petang dan makan tengahari, aku hanya depan pc mengadap anime dan internet.
dipersilakan untuk komen. aku tak kisah.
Oh.. kat bawah nie ed movie Toki wo kakeru shoujo... sekali aku dengar memang terus masuk ke hati aku.. hayati lirik dia.. (lupa.. korang kena faham bahasa jepun le.. he he)
Sejak kegagalan hdd aku yang pertama dalam hidup aku pada tahun lepas, aku sekarang mengamalkan konsep backup yang extreme.
Caranya ?
Salinan asal akan membawa kepada ... ---> 1. Salinan pertama dalam partition lain atau external hdd ---> 2. Salinan kedua dalam CD atau DVD ---> 3. Salinan ketiga dalam CD atau DVD
Pendek kata, setiap satu copy dalam partition aku, sekarang ada sekurang2nya 2 backup di dalam media berlainan, baik external HDD atau CD atau DVD.
Untuk sesetengah fail yang aku anggap super penting, aku buat sampai 3 backup.
Untuk itu, sekarang aku tak berasa susah hati lagi dah kalau pada bila2 masa hdd aku nak corrupt.
Dinasihatkan korang tak perlu tiru aku.. cumanya kalau ada duit lebih, aku PASTI akan buat RAID-1 pada SETIAP hdd aku ^_^
oh.. terpulang kepada imaginasi korang mengenai kekerapan backup yang aku buat... sebagai hint.. setiap kali aku turun KL, 25 keping DVD sudah pasti aku beli buat stok :) tapi tunggu... hari tu aku baru start beli yang 50 keping punya :p
Petang yang memenatkan. Asalnya aku nak kemas cabelling dalam casing aku je, berubah menjadi menformatkan semula hdd. Ntah mengapa, aku asyik dapat error ntldr error tu walaupun dah banyak benda aku buat antaranya termasuklah fixboot dan fixmbr.. DAN meng-copy ntldr dari satu sumber lain ke lokasi asalnya di systemroot.
Tak berjaya. aku format je.Baru tadi siap.
Macam gambar korang tengok kat atas tu, aku sekarang dalam proses untuk menyiapkan tempat untuk parking 9600GT yang bakal aku beli seterusnya bila dapat bonus tabung haji nanti.
jarak antara anak panah berwarna hijau itu adalah 25cm iaitu dekat2 dengan 10 inci. 7300GS aku sekarang tu sebagaimana yang dinampak dekat atas tu adalah kira-kira 17 cm. dan 8800GT yang aku rasa sama je lebarnya dengan 9600GT tu adalah kira-kira 9 inci.. iaitu lebih kurang 23-24cm.
Dari segi kedudukan slot pci-express tu memang baik, dan tak terganggu dengan apa-apa. cumanya aku risau kabel ide yang korang nampak dalam gambarajah tu yang menyambungkan hdd aku yang 200GB.
Pepepun, aku yakin 9600GT boleh masuk ke dalam casing aku. nasib baik masa beli casing dulu, aku terus beli yang mahal giler punya.. ^_^
Akhirnya, disahkan oleh seorang member aku petang tadi masa ber-YM. Sememangnya keadaan muka aku yang nampak garang menyebabkan aku 'menjadi' sebagaimana aku sekarang.... -_-
Man, i can't really understand what woman sees in face 'design' anyway ? No wonder there's not even one come to approach me..
But wait.. it is ME who need to approach them.. not the other way around -__-
Nah, this is sucks.. with my current behaviour toward relationships, i don't think i can make it happen before anything ever start rocketing..
Semalam aku terlibat dengan satu rundingan untuk menurunkan harga bagi suatu perkhidmatan yang bagi aku vital dalam kejuruteraan perisian. Daripada nilai harga yang ditawarkan, bagi aku agak berbaloi untuk dikeluarkan oleh pihak kami bagi tempoh yang ditetapkan.
Malangnya, mengikut prosedur, rundingan sebegini perlu bagi mendapat nilai terbaik.
Dalam kejuruteraan perisian, nilai harta intelek seperti pengemaskinian perisian, bug fixes dan health check adalah jantung sesebuah syarikat perisian/aplikasi yang menawarkan sesuatu sistem kepada kliennya untuk sumber pendapatan. Menyerahkan sesuatu perisian tanpa penyelenggaraan seolah menyerahkan kereta kepada pembeli tanpa sokongan selepas jualan dan ahli ganti yang sah.
Apa yang aku nampak, setelah sekian lama, memang betul nilai penyelenggaraan ini boleh turun ke satu nilai yang munasabah, tapi ada hadnya.
Berbeza dengan perisian yang dibangun sendiri oleh organisasi atau dibeli sekali dengan kod sumbernya, perisian/aplikasi/sistem komersial perlu didokong dengan perkhidmatan selepas jualan dalam bentuk warranty atau kontrak penyelenggaraan yang sempurna.
Kecacatan boleh berlaku dalam banyak bentuk dalam perisian. Programmatic error, persekitaran dan lain-lain lagi.
Sebab itu, dari perspektif aku, harga perisian sepatutnya lebih mahal dari hardware.. well bergantung kepada kompleksiti-lah kan.. ^_^
Pepepun, kalau korang adalah antara pembuat dasar di luar sana bagi mana-mana organisasi, sekiranya korang membeli sistem yang komersial.. pastikan korang bermunasabah ketika membuat rundingan sedemikian. Ini bagi memastikan survival syarikat pembangun berkenaan. Bayangkan sekiranya, nilai kontrak penyelenggaraan menjadi terlalu rendah, dan tak dapat ditampung oleh syarikat berkenaan. Seterusnya syarikat tersebut kehilangan pekerja kerana kekurangan sumber kewangan.. agaknya apa jadi dengan sokongan aplikasi yang kita beli selepas itu ?
Satu untuk renungan, kita berharap kepada Windows hampir tiap hari.. agaknya kalau Microsoft kenakan setiap satu updates dengan nilai harga tertentu, apa akan jadi kepada amalan perkomputeran kita seharian ?
I've just updated my Common Malware Removal Tool today. To tell the truth, i don't see the needs to update that removal tool anymore but one of my staff pc today being hit with some unknown malware and after analyzing the characteristic, i decided 'oh.. what the heck'.. and there you goes, the brand new updated version of CMRT.
The new one has the version number of 2008-0204 and now include codes to remove kavo.exe, p3r1ud.exe and copetttt.com
I've
just watched the movie today(well 9.30pm 1st Feb) at GSC Midvalley..
and it was pretty good. the first thing that i want to see in this
movie, since i already knew about the 'camera filming technique' in
this movie beforehand, was the monster. and yes, we get to see the
monster pretty well in the movie especially towards the end of the
movie. there was this scene of stealth fighter bomber that drop bombs
(and lots of them) in the middle of Manhattan, and that was the most
terrifying scene ever ! and to mention that scary-looking minions that
attack peoples everywhere in most of it's scenes.
For me, this movie was good apart from the 'unexpected'
ending that i hope that it is best to conclude with another suitable
ending. and now, i hope that there would be an alternate retelling of
this movie.. somewhere in the future.. who knows ^_^
Aku baru je habis exam ptk pagi tadi.. dan soalan2 yang ditanya ? Well, mungkin aku boleh jawab atau tidak bergantung kepada pemeriksa :)
Hari nie jugak aku dapat permintaan untuk bangunkan satu listing secara dynamic (web-based) dari salah satu bahagian. Dan tadi, direct lepas balik dari kerja hingga sekarang, aku study balik php dan alhamdullillah, ilmu aku tak berkarat lagi. sekarang aku beta-kan beberapa fungsi utama yang dah siap, cuma tinggal untuk dapat atribut data dari empunya tuan data nanti untuk dipadankan dengan MySQL Server yang aku guna.
Bila nie dah live nanti, agaknya mungkin aku akan start develop online survey untuk satu lagi bahagian di tempat aku yang diaorang beriya2 sangat nak sejak dulu lagi :)
PHP rocks !
Well, itu untuk coding je, untuk melawakan antaramuka pengguna bagi web tu memang aku tak mampu nak buat.. maklum la.. aku nie win32 application developer.. secara asasnya web bukan bidang aku pun...