Friday, March 28, 2008
3G

err... aku hari nie lepas balik keje terus ke laman web celcom broadband.

rupe2nye diaorang ada satu pakej khas unlimited untuk sehari guna akses broadband 3G dengan bayaran RM8.

semua itu untuk hanya 24jam dan yang best... ianya adalah 3G dengan HSDPA.. transfer speed boleh jejak sampai 3.6Mbps... berbanding 3G(UMTS) biasa (384Kbps).. tapi malangnya k810i aku hanya support takat 3G biasa... ha ha...

anyway.. disebabkan aku dah burst terguna 3G sampai dekat rm30.00++ tempoh hari.. maka aku nak tunggu sampai bulan depan baru nak try guna yang RM8.00/24 jam tu..

so tunggu report aku bulan depan.

p/s : k850i support HSDPA... -_-

Posted at 10:19 pm by bezicto
Make a comment  

Thursday, March 27, 2008
9800 GX2

Kad nie...

hanya...

untuk...

mereka...

yang...

kaya.

Salah sorang mereka yang kaya :




Peh.. itulah kad terbesar/terberat dan termahal di pasaran.

sekarang adalah kad terlaju didunia. aku hanya boleh bermimpi untuk menggunakannya dengan sistem aku sekarang. tunggulah 3 tahun lagi.

Geforce 9800GX2 Spesifikasi :
  • Dual PCBs, dual GPU design
  • 197 W power consumption [10].
  • Two 65nm process GPUs, with 256 total Stream Processors (128 per PCB)[11].
  • Approximately 30% faster than the GeForce 8800 Ultra (without all the latest drivers).
  • Supports Quad SLI.
  • 1 GiB (512 MB per PCB) memory framebuffer.
  • Supports DirectX 10, Shader Model 4, OpenGL 2.1, and PCI-Express 2.0.
  • Outputs include two DVI ports, an HDMI output, and S/PDIF in connector on-board for routing audio through the HDMI cable [12].
  • An 8-pin and a 6-pin power connector.
  • Clocks (Core/Shader/Memory): 600 MHz/1500 MHz/2000 MHz [13]
  • 256-bit memory interface[13]
  • 128 GB/s memory bandwidth[13]
  • Released date: March 18, 2008
  • Launch price of $599 [14].
Bayangkan duit malaysia dia berapa harga... paling membuatkan aku terperanjat ialah dia perlukan sampai dua power connector.. 8-pin dan 6-pin. maknanya hanya beberapa kerat power supply boleh me-mowerkan raksasa nie...

woh..

Posted at 08:25 pm by bezicto
Make a comment  

CEP



Sebagaimana yang korang tau, aku sekarang pakai 'postpaid' dari Celcom. Celcom Executive Plan to be exact.

Boy, this call/data plan rocks !

Aku daftar yang rm50 punya dan semua tu adalah value untuk call/sms/data yang bakal aku buat ! takde yuran bulanan.

maknanya.. kalau aku guna kurang maka bayaran aku tetap minimum rm50... well bukanlah rm50 tetap pun.. termasuk cukai dan itemized billing.. mungkin dalam rm54-ish gitu.. tapi still okay lah..

yang bestnya.. value rm50 tu termasuk jugak kalo korang guna 3G untuk browse internet.. maknanya kalau korang tak rajin call dan sms... korang boleh guna telefon korang (kalau support) untuk terima 3G connection terus ke pc.. (guna telefon sebagai modem, banyak handphone mahal2 ada ciri nie selain mass storage devices... contohnya k810i aku)

mari kita bandingkan.. dengan value rm50.. aku dapat
333 minit panggilan ATAU
416 ketul sms

tapi awas.. kalo korang guna pay-per-use punya 3g connection untuk web surfing.. korang kena fikir pasal nie :

10kB = RM0.10

maknenye.. kalo korang download dekat 1MB iaitu 1000kB, korang kena fork-up sampai rm10.00.. mahal kan ?

to tell the truth.. aku pun dah terlajak guna..  he he.. tapi masih memadai.. untuk dibayar.

Posted at 05:07 pm by bezicto
Make a comment  

Wednesday, March 26, 2008
Ame no naka... (di dalam hujan)

Tadaima (saya telah pulang) ...

Hari nie sepanjang perjalanan balik, aku berasa puas, setelah beberapa ekor pemandu yang memandu terlalu laju memotong kereta aku yang dibawa kadang2 pada 120kmj telah berjaya disaman oleh polis yang menunggu dihadapan ^_^

ha ha padan muka. ada kereta tapi takde brek.

anyway, dalam perjalanan balik, aku singgah jap di jusco ipoh untuk beli hadiah perkahwinan jamspace. aku belikan langsir. memang aku target untuk beli hadiah yang orang lain tak terfikir. (harapnye orang lain tak terfikir lah.. ye tak ?)

---

skudai no monogatari (cerita tentang skudai)

sepertimana yang beberapa kerat korang tau.. aku pergi skudai untuk hadiri konvo adik laki aku di utm.

skudai memang dah banyak berubah.

kedai komputer pun, yang kita biasa pergi.. century sama apex je aku ingat masih ada.

yang lain ntah..

jusco pun dah sekarang bersaing dengan tesco yang ada dekat sangat antara satu sama lain.

banyak jalan dan laluan ke utm dah ditakrif semula, dan kepala aku pening tengah adik aku bawak kereta ke kiri dan kanan jalan yang telah 'dijalankan' semula.

dan konvokesyen yang dibuat di DSI hari tu memang unik.. dicelah2 pengumuman nama-nama penerima graduasi... ada kugiran memainkan lagu2 terkini secara karaoke dengan band-nye di belakang. di akhir graduasi pula, ada belon buih ditembak dari atas tingkat 2 DSI ke bawah.. memang meriah..

pehal masa kita dulu takde lak ? he he


------

kedah darul aman.

seperti mana yang telah tercatat, kedah kini di bawah PAS dan sepanjang aku balik ke kampung, orang meneruskan perniagaan dan perhubungan antara mereka seperti biasa.

setakat nie, memang takde perubahan drastik dibuat kerajaan negeri di sana sini, cumalah kedengaran kerajaan pusat yang serba serbi mengutuk gerak kerja kerajaan negeri.

tak matang langsung.

masih terlalu awal.

biarlah kita rakyat tengok dulu macamana.

kalau lebih baik daripada kerajaan terdahulu... why not ?

anyway.. cukup la takat tu.

---



Posted at 06:53 pm by bezicto
Comment (1)  

Tuesday, March 18, 2008
Balik kampung.. ho ho ho..

Alhamdulillah. Mulai besok sampai rabu depan aku akan bercuti. So tak mengadap internet. tak mengadap anime. tak mengadap programming.

...

bila balik dari kampung nanti, aku harapkan :

1. kelajuan internet aku pulih.
2. kelajuan internet aku pulih.
3. kelajuan internet aku pulih.

itu je.

kepada semua, bawak kereta elok2. dan termasuk aku yang dah lama tak bawak lebih 110kmj.

kelajuan default aku di lebuhraya sekarang hanya 100kmj. sebab ? takde sebab. saje je bawak slow. pandu cermat jiwa selamat.

Posted at 09:49 pm by bezicto
Make a comment  

Monday, March 17, 2008
social networking site...

Aku sejak dari 2 minggu lepas, sibuk mengoogle balik rakan2 lama aku dari zaman sekolah. sekolah rendah hingga menengah. dapat la capture sorang dua yang beri maklumat details sampai boleh dicrawl dengan google.

Kenapa ? saja.. aku dah takde kerja sangat sambil boring mengadap kod2 aturcara a.k.a php/batch command yang aku buat pada masa lapang aku tu..

sekali-skala teringat zaman sekolah nie memang best. betapa banyak benda yang aku terlepas dan termasuk dengan perasaan alangkah baiknya kalau aku boleh terbalikkan masa..

kewujudan friendster, myspace dan bla bla.. semua website social networking nie, bagi aku selain daripada mendekatkan orang yang telah jauh dan dilupakan... ianya peranti terbaik untuk membaca profil orang lain.

sama ada baik atau buruk dibelakangnya, itu terpulang kepada tafsiran masing2. pada aku of course, yang buruk melebihi yang baik. bayangkan semua data2 kita terpapar untuk tatapan umum ?

korang tak takut ke ?

tapi ntah.. kini pengaruh internet memang meluas. banyak data boleh diperolehi di net.

aku yang teramat jarang mempamerkan identiti sebenar aku secara online, jugak kadang2 terlepas. misalnya melalui artikel2 yang aku tulis di internet.. ada dua-tiga guna nama sebenar aku. tapi what the heck.. itu hanya ilmu. dan aku tak kisah sangat pun. selagi ilmu tu diperluaskan kepada semua orang untuk difahami.

kesimpulannya..

identiti anda adalah rahsia. daftarlah sebagai pemilih, sekiranya anda ingin memterbalikkan keadaan sekarang dalam tempoh 5 tahun lagi ^_^

Posted at 10:11 pm by bezicto
Make a comment  

Sunday, March 16, 2008
OneRepublic



5 bintang !!
Album nie best giler !!

Posted at 07:12 am by bezicto
Comment (1)  

Saturday, March 15, 2008
Kipas oh kipas

Balik dari pasar malam tadi, aku lepas solat asar, terus nak on pc. tiba2 kipas angin aku yang digunakan untuk tido dan juga merangkap sebagai kipas utama dalam bilik tido aku tiba2 rosak.

seterusnya, aku try untuk mekanik-kan kipas angin tu, dan tak berjaya. memang internal dia dah ketat menyebabkan moto elektrik tak mampu nak gerakkan bilah kipas.

so dengan perasaan 'nie nak kena beli baru nie' aku terus ke kedai elektrik berdekatan dekat rumah.

kipas lama tu sebenarnya dekat 6-7 tahun dah pun. wajar dibeli baru.

so, buat kali kedua (sejak aku pakai kad kredit), aku terpaksa guna kredit kad aku untuk benda selain minyak kereta sebab aku kena mengurangkan penggunaan cash untuk membolehkan aku balik kampung dengan selesa berduit rabu depan -_-

pepepun, dijangka buat pertama kali dalam sejarah, bil kad kredit aku akan jejak lebih rm200 rasanya untuk bulan nie..

takpe janji aku gumbira dengan kipas 16 inci baru nih.. panasonic.. harga tanpa kad kredit adalah rm98... dengan 3% cas jadik rm101...

ha ha... dunia..dunia.

Posted at 07:42 pm by bezicto
Make a comment  

Friday, March 14, 2008
CMRT Revised !

Aku akan revise balik keseluruhan kod untuk CMRT dan akan releasekan refresh dalam isnin atau selasa nie, sebelum aku balik kampung.

Hari nie seharian, aku berada di satu 'bahagian perkhidmatan' untuk clearkan malware yang berselindung pada setiap komputer dalam unit tu.

gile betul. diaorang nie ntah mana dapat semua malware tu ntah.

akibatnya, aku dah update balik kod CMRT lama untuk detect sebahagian malware baru dan kini, aku dah buat keputusan untuk update semua kod yang terlibat.

first sekali aku nak clearkan semua redundant code dan buang semua laluan yang sepatutnya boleh dihindarkan. ini untuk memastikan semua laluan asas dan alternatif dilalui dengan betul pada setiap kod aturcara. (kalau korang belajar kejuruteraan perisian, korang patut tau semua benda nie)

anyway, tunggu je le.

Mengenai DPTAplikasi K4 tu, aku ingat nak tunggu sampai SP3 untuk WinXP kuar dan optimize kod untuk platform tu nanti.. he he.. malas nak update sekarang. karang sia2 je kod tu.

Ja~ne.

Posted at 11:52 pm by bezicto
Make a comment  

Thursday, March 13, 2008
Peranan blog

Aku baru tadi terbaca luahan penyokong2 UMNO dan BN umumnya di sebuah blog kepunyaan seorang Dato' yang berasal dari Kedah dan pernah menjadi Editor in Chief di Berita Publishing.

Blognya menganalisis senario PRU 12 dengan bersopan santun tetapi sarat dengan maklumat untuk diambil ikhtibar oleh kerajaan BN sekarang terutamanya Pak Lah.

Selain daripada itu, juga kelihatan pengakuan demi pengakuan betapa ramai orang yang sayangkan UMNO mahukan Pak Lah turun secara kehormat untuk memulihkan imej UMNO untuk diberi peluang kepada 'gerak-kerja' individu lain pula.

Bagi individu2 di atas pagar seperti aku nie, berpendapat, ada kalanya hijrah besar2an diperlukan untuk memperbaiki dari keadaan yang tidak diterima kepada yang boleh diterima.

Kadangkala ini adalah pengorbanan.

Ramai yang tidak sukakan cara Pak Lah memerintah dan membaca komen2 dari blog berkenaan menyebabkan aku hampir menangis kerana ada yang terpaksa memangkah 'yang lain' kerana sayangkan UMNO dan umat Melayu.

Takkan melayu hilang di dunia. Tetapi hakikatnya, itu bukan mustahil.

Kebebasan bersuara dan mengkritik walaupun tanpa dasar juga perlu diberi peluang di Malaysia. Berulangkali kedengaran mengenai saluran yang betul itu dan ini. Tetapi bagaimanakah saluran yang betul terbabit ? Sehinggakan ramai kakitangan awam yang tidak bersetuju dengan perkara tertentu dipotong daripada bercakap dan mencadangkan untuk kebaikan bersama. Mereka juga takut daripada bercakap atau menkritik secara keterlaluan kerana takut diambil tindakan. Adakah ini 'kuasa' atau 'mandat' pada definisinya ?


Posted at 08:16 pm by bezicto
Make a comment  

Next Page


bezicto
December 4th 1981  (Age 26)
Male
Malaysia


Interest : Anime, manga, computer (Otaku)

Programming Languages : Delphi, JavaScripting, PHP, Win32 Batch

Previous Schools :
SKBJ(s1)-SKSJ(s2-s6)-
SMIH(h1)-SMTP(h2-h5)-UTM

My Repository :


Friends :

Mon @UTM
jasdy @UTM
Ganchan @Insomnia
eek-1 @Insomnia






   

<< March 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here: