Aku dah tetapkan dalam tahun nie akan kubelikan rumah sendiri. Dalam bulan 6/7/8 aku akan realisasikannya. Juga dalam bulan Mei, aku akan kurangkan keluar KL dan limitkan pembelian barang2 komputer. Aku akan naikkan simpanan bulanan aku ke tabung haji kepada RM5XX sebulan daripada err... ikut mood selama nie :p sehinggalah bayaran bulanan pinjaman perumahan tersebut ditolak.
Dalam tahun lepas lagi aku dah merancang untuk beli rumah. dengan harga hartanah kat TM nie semakin meningkat termasuklah harga besi di pasaran Malaysia yang semakin memahalkan diri, termasuk harga minyak yang meningkat, aku rasa tahun 2008 tahun terbaik untuk beli rumah.
Besok nak call ke rumah parent aku untuk mention my thought on this ^_^
Utatsuki Kaori | Chasse
Otaku : secara definisi ialah manusia/orang yang mempunyai minat obsesif terhadap sesuatu perkara.
Misalnya anime otaku, ialah orang yang minat pada anime pada skala mengumpul anime mengikut genre kesukaannya, menyimpan figurin dan wallpaper, mengikut perkembangan studio anime terbabit, mengetahui semua seiyuu yang terlibat serta projek2 sebelum anime yang diaorang seiyuukan, mengumpul OST anime terbabit, tengok youtube extra yang berkaitan dengan anime tersebut dan mengumpul semua mechandize anime terbabit.
pada aku genre adalah yang utama, diikuti seiyuu dan seterusnya studio anime tersebut dihasilkan. walaupun aku tak kumpul figurin sangat (mikuru kat tepi modem aku lain cerita le.. sebab tu murah je..) tapi bergantung kepada minat, semua ost bagi anime tertentu akan aku kumpul termasuk character album kalu ada.
misalnya bagi suzumiya haruhi, aku ada semua character album kecuali bagi watak2 lelaki yang buang masa je aku kumpul.. ha ha... wallpapernya akan jugak aku cari sampai ke lubang cacing kalau aku jumpa kat net.
lepas tu, aku biasanya akan tukar avatar aku mengikut character yang aku suka.. dan termasuk edit untuk dijadikan wallpaper pada SE K810i aku. then, aku carik op atau ed untuk dikerat jadikan ringtone.
well itu hanya aku. aku ada ramai member yang otaku gundam, otaku western superheroes comic dan lain2 lagi format.
cerita 1 : Hari nie ranap RM550 >_< Bukan.. bukan sebab kucing kat atas. tapi sebab nak buat spek mata baru. rabun jauh aku dah jatuh banyak tapi... silau naik mendadak.. syukur gak le rabun aku dah jatuh.. jadik spek aku jadik nipis sikit.. tapi silau tu.. peh...
btw.. ini tips.. orang buat spek aku tu kata, orang tak rabun jauh pun boleh dapat degree silau tinggi. bahkan katanya, ada kes yang orang tu langsung tak rabun pun, tapi silau dia tinggi gile.. so aku rasa better korang kat luar sana tu, gi check mata, sebab silau nie kira lagi bahaya berbanding rabun..
paling penting untuk mengelakkan silau, taukey tu bagitau aku tadi yelah jangan tengok tv dan baca majalah atau buku dalam keadaan berbaring. sebab darjah pandangan mata akan menjadi.. err.. tak best <-- sori, aku tak tau ayat yang tepat :p
anyway, aku sekarang kena buang tebiat membaca dan nengok anime sambil baring.
cerita 2 : aku actually paling benci orang merosakkan barang harta aku.. dalam kes nie.. harta ofis aku yang diletakkan di satu bahagian lain dalam jabatan aku yang orang2 di dalamnya menunjuk pandai untuk merepair sendiri dan akhirnya membawa kepada rosaknya bendalah terbabit... -_-
dengan mood yang marah gile.. aku terpaksa 'link-kan' semua benda yang sebelum nie dihubungkan ke bendalah tu ke alternatif lain... memang rosak mood aku petang tu...
cerita 3 : kucing kat atas tu aku ambik gambor masa sarapan pagi :)
Budaya tegur menegur di Malaysia rupanya masih kuat.
Tadi, masa balik dari makan tengahari, aku ditegur kerana memasuki simpang terlalu laju (?) oleh seorang pakcik India yang menunggang motorsikalnya menentang arus (?)
ha ha... lawak betul. kalau nak ikutkan aku pandu takde la laju sangat waktu masuk simpang tu, dan boleh lak pakcik tu tegur aku macam bawak kereta kat lebuh raya.
aku pun ungkit la dia bawak motor menentang arus tu sebab nak mengelakkan bonggol kat depan kedai makan tu kenapa pulak, terus dia skip dan mention macamana kalau ada budak sekolah melintas jalan tu ?
ha ha.. aku dah tergelak dalam hati dah. sebab HARI NI CUTI mana ada budak sekolah.. lagipun kawasan tu lenggang takde orang. cuma motor dia je yang menentang arus.
Sebab aku paling bosan berurusan dengan kaum India yang rata2nya mesti nak menang, aku lepas tegur dia sikit tu, aku terus cakap 'lain kali saya berhati2' untuk menamatkan perbualan sebab aku pun dah lapar.
rule of thumb, kepada orang sebangsa aku di luar sana, bila menegur orang, pastikan benda yang kita buat betul dahulu sebelum memperbetulkan orang lain.
aku letih minda hari nie. sampai rumah dekat nak masuk 6pm setelah menguruskan pembahagian kerja untuk semua team mate aku bagi satu aktiviti untuk bulan membaca tahun ni...
yang penting, aku rasa teruja sikit untuk aktiviti nie sebab kali pertama aku rasanya dalam sejarah aku kerja kat jabatan aku, semua di organize baik dari segi perjalanan aktiviti dan tentatifnya (sebab timbalan aku yang chair, rasanya kalau 'ketua pengarah' aku yang chair mesy tadi tu, maunye jadik 'lain' sikit ... he he)
malam nie rasanya aku takde mood untuk sambung coding untuk MLRT terbaru walaupun idea banyak sekarang nie untuk menambahbaik kod aturcara.
ingat nak sambung marathon tokimeki sampai satu pagi untuk mereleasekan minda aku ^_^
Mulai semalam, semua IP yang masuk ke blog nie akan di log. Truecounter.net menyediakan fasiliti yang terbaik bagi aku memantau siapa yang mengakses weblog nie ^_^
Setakat nie, kebanyakkan IP yang akses datang dari US dan sebilangannya dari Malaysia sendiri.
Berikut adalah seiyuu2 kegemaran aku. semua anime yang mempunyai seiyuu di bawah, aku sama ada akan : 1. burn dalam DVD sekurang2nya 2 kali untuk dibuat backup 2. ulang tengok paling kurang 3 kali 3. tak kisah apa anime pun, aku mesti download tengok
^_^
Mai Nakahara : Mai-Hime (Mai Tokiha), My-Otome(Mai Tokiha), Midori no hi(Midori Kasugano), Higurashi no naku koro ni (Rena Ryugu)
Chihara Minori : Suzumiya Haruhi no Yuutsu(Yuki Nagato), Lucky Star(Minami Iwasaki), Minami-ke(Chiaki Minami), Da Capo II Second Season(Shirakawa Nanaka)
Yui Horie : Love Hina(Naru Narusegawa), Gakuen Utopia Manabi Straight(Amamiya Manami), Fruits Basket(Tohru Honda), School Rumble (Eri Sawachika)
Ai Nonaka : Gakuen Utopia Manabi Straight(Mika Inamori), Sayonara Zetsubou Sensei (Kafuka Fura), Pani Poni Dash !(Ichijou)
Aya Hirano : Gakuen Utopia Manabi Straight (Mei Etoh), Suzumiya Haruhi no Yuutsu (Suzumiya Haruhi), Lucky Star (Konata Izumi), Death Note(Misa Amane), Eye Shield 21 (Mamori Anezaki)
Mamiko Noto : Narue no sekai (Narue Nanase), School Rumble (Yakumo Tsukamoto), Ichigo 100%(Aya Toujo), Jigoku Shoujo (Enma Ai), Ichigo Mashimaro (Ana Coppola)
. . . .
-_- . . yup, aku memang otaku dengan anime jepun. memang tak dinafikan. -_- jangan jadik macam aku yek ^_^
Honey and Clover; Jdorama terkini yang aku tengok setelah PowerPuff Girl Z yang aku target nak tengok semalam rupa2nya terlalu kebudak2an.
Permulaan dan ending bagi versi live action nie agak berbeza berbanding anime. Dan walaunpun plotnya tak lari banyak berbeza dengan versi anime/manga, tetapi originaliti yang dibawa oleh pengubah skrip ternyata menyebabkan siri live action nie on par dengan versi anime. Rating : 4.5 daripada 5
Watak2 diolah dengan baik walaupun terdapat perbezaan latar belakang daripada manga/anime. Aku sangat2 rekomenkan live action series nie kepada peminat honey and clover. lagu ending oleh ken hirai bertajuk canvas jugak sesuai dengan tema drama ni.
Oleh kerana drama nie baru main january lalu dan baru je tamat, maka mungkin akan ambik sikit masa sebelum sampai Malaysia.
Aku dalam mood ceria walaupun agak sedih dengan plot penamat drama nie ^_^
Hmm... dari segi peranan watak, dan secara peribadi pun, aku paling benci pada orang yang tak setia. Dan anime kat atas sebenarnya membawa kepada perasaan berbelah bahagi bila aku habis tengok. hati aku separuh daripadanya membawa kepada perasaan aku berpuas hati dengan plot, tetapi separuh lagi, ialah perasaan benci aku kepada watak Kouichi yang tak setia pada teman perempuan dia di akhir2 episod. Tetapi, anime nie sebenarnya berakhir dengan baik walaupun ending dia tak berapa mendatangkan kepuasan terutamanya penamat untuk dua watak yang di..err.. 'tinggalkan' iaitu Eiji dan Yuumi masing2 oleh dua watak utama iaitu Mao dan Kouichi sendiri yang akhirnya pasrah pada kehendak diri sendiri. Rating : 3.5 per 5.
Untraceable
Lepas makan tengahari tadi(waktu makan tengahari, aku jumpa timbalan ketua jabatan aku kat kedai makan...he he.. terkejut aku.. ingatkan siapa yang tegur aku), aku layan movie kat atas. Berkisar mengenai pembunuhan siber. pendek kata begini, pembunuh menggunakan web portalnya yang kemudiannya menerima kunjungan dari serata dunia. setiap kunjungan merupakan detik kematian mangsa pembunuhnya. sebab ada banyak cara pembunuhan, aku terangkan satu je.
pada satu kes, setiap kali ada visitor dekat web portal, satu lampu pemanas akan dihidupkan di hadapan mangsa. kalau tak silap aku, setiap kali 100,000 pengunjung, satu lampu pemanas akan dihidupkan. memang ngeri. sampai satu tahap 147 lampu pemanas dihidupkan dihadapan mangsa dan tubuh mangsa mula mengelegak. dan yup, lagi banyak pengunjung maka lebih cepat mangsa mengalami detik2 penderaan ke arah kematian. dalam satu lagi kes pula, setiap jutaan pengunjung, acid sulfurik akan disimbahkan ke dalam tangki air yang diletakkan mangsa. sehingga akhirnya habis terhakis tubuh mangsa. sadis kan. ending dia memang dramatik dan aku berpuas hati 90% dengan ending dia. penjenayah sebegini memang patut di _________. he he... tengok le sendiri ye.
Doraemon : Nobita and The Wind Wizard Movie
Merupakan anime ke-2 aku tengok hari nie, setelah asar. sekarang waktu menaip nie, aku masih menonton untuk kesudahannya. tunggu report kemaskini kemudian. [update] dan... filem2 doraemon memang tak pernah menghampakan aku. semua penuh emosi terutamanya towards at the end of the movie. walaupun orang akan kata, kanak2 ribena je nengok doraemon nie, tapi aku tak peduli semua tu. yang penting filem atau bukan, jalan cerita yang penting. bukannya kumpulan umur sasaran.
anyway, lepas isyak karang insyaAllah nak start tengok Demashita PowerPuff Girl Z. satu lagi anime budak2 yang aku download dalam tempoh err... 2 tahun rasanya. jarang aku download anime untuk budak2, cuma powerpuff versi jepun nie nampak macam menarik ^_^