Saturday, May 03, 2008
Lelaki sterika err.. besi

Bertolak jam 9am dan sampai jam 10am di midvalley megamall seterusnya beratur untuk beli tiket untuk tayangan jam 12pm.

Lelaki besi....

peh.. best siot. robert downey jr. berjaya membawakan watak tony stark dengan berkesan walaupun pada awalnya nampak macam egonya akan mungkin sedikit lari.
rating aku ialah 4.3/5

selepas tontonan sambil memuji2 jalan ceritanya di hadapan member2 aku, aku terus ke lowyat untuk menyambar 50 keping dvd+r dan seterusnya membeli mp3 fm modulator.

mp3 fm modulator tu, aku baru je test sebentar tadi, dan untuk harga rm29 memang le berbaloi. sengaja aku ambik yang paling murah sebab ada offer hari nie.. he he.

sekian report aku... aku nak gi mandi sekarang ^_^

Posted at 07:15 pm by bezicto
Make a comment  

Wednesday, April 30, 2008
Beachy

Ayat2 di bawah adalah untuk menyedapkan hati aku, so mungkin takde kaitan langsung dengan korang yang baca blog nie sekarang ^_^

Minggu depan, akan ada satu meeting restructuring jawatan aku di dalam keseluruhan organisasi yang aku berkhidmat.

disebabkan aku berkerja di satu jabatan di dalam organisasi utama aku nie dan tidak diletakkan di pusat utamanya, maka restructuring akan memudahkan kenaikan pangkat dan kesamarataan untuk skim aku yang sebelum ni nampak gayanya macam lebih mudah kalau aku duduk di pusat.

to tell the truth, pemusatan begini memang baik dari aspek tu, tetapi aku sekarang nie berharap sangat aku masih lagi diletakkan untuk berkhidmat dengan jabatan aku sekarang walaupun pemusatan berlaku kelak.

pemusatan tersebut memang tak dapat dielakkan. tetapi at least, path yang telah aku tetapkan dengan laluan kareer aku sejak 2 tahun lepas iaitu untuk menjadi specialist IT dalam organisasi yang dipanggil perpustakaan tidak terjejas adalah yang aku harapkan. banyak benda yang aku dapat sejak kerja di jabatan aku sekarang nie. dan mungkin takkan dapat sekiranya aku duduk di pusat sejak awal lagi.

jumaat, aku akan minta pendapat timbalan jabatan aku tentang perkara nie.

setelah bekerja hampir 4 tahun di jabatan sekarang, untuk melatih balik orang baru masuk ke jabatan aku sekiranya aku di shuffle kan ke unit lain, mungkin akan mengambil masa.

apa-apa pun. aku harap sangat path career aku tidak diputuskan oleh pusat berkenaan.

Posted at 09:46 pm by bezicto
Make a comment  

Tuesday, April 29, 2008
Rumahku

26 April 2008 :-
Aku gi pejabat pemaju bersama2 dengan megamax dan senior aku tadi waktu pagi, dan seterusnya tengok rumah contoh. setelah berpuas hati dengan lokasi dan rekabentuk rumah. aku rasa, aku dah jumpa rumah yang aku berkenan. walaupun takde tanah untuk bercucuk tanam, aku rasa ini yang terbaik. sebab kalau ada tanah lebih pun, nescaya akan menjadi perusahaan lalang secara besar2an di rumah tu nanti. so, aku terus confirmkan yang aku berminat dengan rumah tu.

Keluasan : 20x60
Reger : RM155,XXX.XX
Setelah pengiraan, kena tolak sebulan dalam RM850+- begitu selama 300 bulan atau 25 tahun. Sebab umur aku yang baru nak masuk 27 tahun, maka insuran nyawa menjadi rendah serta aku jugak dijangka dapat bayar habis semua pinjaman rumah sebelum bersara ^_^

Aku mention yang aku akan buat pembayaran booking pada 28hb iaitu Isnin depan. Maka dengan ini, akan bermulalah episod baru dalam hidup aku. aku akan sentiasa update entry nie, dan link ada disediakan :

 

entry antara lain akan memuatkan semua cerita pasal rumah aku nie, sampai le aku dah start duduk kelak. ini mungkin dapat memudahkan orang lain untuk melihat prosidur untuk buat pembelian rumah. cuma dalam kes aku nie, aku guna loan government ^_^

Aku jugak dah buat pengiraan, setelah ditolak belanja2 mengurus yang lain, termasuk minyak kereta dan bil utiliti, aku dijangka dapat baki bersih untuk gaji aku setelah ditolak harga yang perlu dibayar ansuran bulanan tersebut adalah dekat RM500 gitu. Hmm.. cukuplah untuk sebulan tu bagi belanja2 membeli isi rumah dan majalah.

Ok. tunggu kemaskini kemudian ye.

---------------------

28 April 2008 :-

Sekarang waktu rehat tengahari untuk penjawat awam ^_^.. jam 1:00 tghari..

Pagi tadi, aku keluar jap untuk bayar duit booking RM2k pada pemaju. Sekarang pembayaran booking dah selesai. Maka aku dah set tarikh untuk sain agreement besok pagi dalam 11:00 pagi gitu. Itu je update untuk hari nie ^_^

---------------------

29 April 2008 :-

Tengahari tadi, waktu rehat, aku dah settlekan sain benda2 yang patut disain. Agreement akan menyusul kemudian setelah peguam didapatkan oleh pemaju. diaorang akan call aku balik, sejurus peguam ada.

Posted at 01:15 pm by bezicto
Comment (1)  

Sunday, April 27, 2008
Dear visitors from foreign countries...

Dear visitors from foreign countries,

While I do write in English from time to time, the main language of this blog is Bahasa Malaysia (Malaysian Language).

My software blog (bezictosoft.blogspot.com) however, is partly in English whenever I wrote applications that the target was for international audience.

Enjoy your stay here, and do support the apps I wrote by saying thanks to my email address. See my profile for more infos on that.

^_^

Posted at 08:49 pm by bezicto
Make a comment  

Thursday, April 24, 2008
七転八起☆至上主義!


KOTOKO | 七転八起☆至上主義!


Aku dah tetapkan dalam tahun nie akan kubelikan rumah sendiri. Dalam bulan 6/7/8 aku akan realisasikannya. Juga dalam bulan Mei, aku akan kurangkan keluar KL dan limitkan pembelian barang2 komputer. Aku akan naikkan simpanan bulanan aku ke tabung haji kepada RM5XX sebulan daripada err... ikut mood selama nie :p sehinggalah bayaran bulanan pinjaman perumahan tersebut ditolak.

Dalam tahun lepas lagi aku dah merancang untuk beli rumah. dengan harga hartanah kat TM nie semakin meningkat termasuklah harga besi di pasaran Malaysia yang semakin memahalkan diri, termasuk harga minyak yang meningkat, aku rasa tahun 2008 tahun terbaik untuk beli rumah.

Besok nak call ke rumah parent aku untuk mention my thought on this ^_^



Utatsuki Kaori | Chasse

Otaku : secara definisi ialah manusia/orang yang mempunyai minat obsesif terhadap sesuatu perkara.

Misalnya anime otaku, ialah orang yang minat pada anime pada skala mengumpul anime mengikut genre kesukaannya, menyimpan figurin dan wallpaper, mengikut perkembangan studio anime terbabit, mengetahui semua seiyuu yang terlibat serta projek2 sebelum anime yang diaorang seiyuukan, mengumpul OST anime terbabit, tengok youtube extra yang berkaitan dengan anime tersebut dan mengumpul semua mechandize anime terbabit.

pada aku genre adalah yang utama, diikuti seiyuu dan seterusnya studio anime tersebut dihasilkan. walaupun aku tak kumpul figurin sangat (mikuru kat tepi modem aku lain cerita le.. sebab tu murah je..) tapi bergantung kepada minat, semua ost bagi anime tertentu akan aku kumpul termasuk character album kalu ada.

misalnya bagi suzumiya haruhi, aku ada semua character album kecuali bagi watak2 lelaki yang buang masa je aku kumpul.. ha ha... wallpapernya akan jugak aku cari sampai ke lubang cacing kalau aku jumpa kat net.

lepas tu, aku biasanya akan tukar avatar aku mengikut character yang aku suka.. dan termasuk edit untuk dijadikan wallpaper pada SE K810i aku. then, aku carik op atau ed untuk dikerat jadikan ringtone.

well itu hanya aku. aku ada ramai member yang otaku gundam, otaku western superheroes comic dan lain2 lagi format.

nasib baik aku tak jadik hikikomori je... ^_^


Posted at 11:17 pm by bezicto
Make a comment  

Wednesday, April 23, 2008
itsumo






cerita 1 :
Hari nie ranap RM550 >_<
Bukan.. bukan sebab kucing kat atas. tapi sebab nak buat spek mata baru. rabun jauh aku dah jatuh banyak tapi... silau naik mendadak.. syukur gak le rabun aku dah jatuh.. jadik spek aku jadik nipis sikit.. tapi silau tu.. peh...

btw.. ini tips..
orang buat spek aku tu kata, orang tak rabun jauh pun boleh dapat degree silau tinggi. bahkan katanya, ada kes yang orang tu langsung tak rabun pun, tapi silau dia tinggi gile.. so aku rasa better korang kat luar sana tu, gi check mata, sebab silau nie kira lagi bahaya berbanding rabun..

paling penting untuk mengelakkan silau, taukey tu bagitau aku tadi yelah jangan tengok tv dan baca majalah atau buku dalam keadaan berbaring. sebab darjah pandangan mata akan menjadi.. err.. tak best <-- sori, aku tak tau ayat yang tepat :p

anyway, aku sekarang kena buang tebiat membaca dan nengok anime sambil baring.

cerita 2 :
aku actually paling benci orang merosakkan barang harta aku.. dalam kes nie.. harta ofis aku yang diletakkan di satu bahagian lain dalam jabatan aku yang orang2 di dalamnya menunjuk pandai untuk merepair sendiri dan akhirnya membawa kepada rosaknya bendalah terbabit... -_-

dengan mood yang marah gile.. aku terpaksa 'link-kan' semua benda yang sebelum nie dihubungkan ke bendalah tu ke alternatif lain...  memang rosak mood aku petang tu...

cerita 3 :
kucing kat atas tu aku ambik gambor masa sarapan pagi :)


Posted at 07:06 pm by bezicto
Make a comment  

Monday, April 21, 2008
err...

ntah mengapa, aku tak puas hati dengan avatar rimau aku semalam, so hari nie aku tukar kepada yang lebih er... 'bersifat aku' ^_^

S : kenapa mikuru ?
J : kinsoku jikou desu~

Posted at 10:36 pm by bezicto
Make a comment  

Saturday, April 19, 2008
WTH

Budaya tegur menegur di Malaysia rupanya masih kuat.

Tadi, masa balik dari makan tengahari, aku ditegur kerana memasuki simpang terlalu laju (?) oleh seorang pakcik India yang menunggang motorsikalnya menentang arus (?)

ha ha... lawak betul. kalau nak ikutkan aku pandu takde la laju sangat waktu masuk simpang tu, dan boleh lak pakcik tu tegur aku macam bawak kereta kat lebuh raya.

aku pun ungkit la dia bawak motor menentang arus tu sebab nak mengelakkan bonggol kat depan kedai makan tu kenapa pulak, terus dia skip dan mention macamana kalau ada budak sekolah melintas jalan tu ?

ha ha.. aku dah tergelak dalam hati dah. sebab HARI NI CUTI mana ada budak sekolah.. lagipun kawasan tu lenggang takde orang. cuma motor dia je yang menentang arus.

Sebab aku paling bosan berurusan dengan kaum India yang rata2nya mesti nak menang, aku lepas tegur dia sikit tu, aku terus cakap 'lain kali saya berhati2' untuk menamatkan perbualan sebab aku pun dah lapar.

rule of thumb, kepada orang sebangsa aku di luar sana, bila menegur orang, pastikan benda yang kita buat betul dahulu sebelum memperbetulkan orang lain.

Posted at 01:40 pm by bezicto
Make a comment  

Friday, April 18, 2008
woot..

aku letih minda hari nie. sampai rumah dekat nak masuk 6pm setelah menguruskan pembahagian kerja untuk semua team mate aku bagi satu aktiviti untuk bulan membaca tahun ni...

yang penting, aku rasa teruja sikit untuk aktiviti nie sebab kali pertama aku rasanya dalam sejarah aku kerja kat jabatan aku, semua di organize baik dari segi perjalanan aktiviti dan tentatifnya (sebab timbalan aku yang chair, rasanya kalau 'ketua pengarah' aku yang chair mesy tadi tu, maunye jadik 'lain' sikit ... he he)

malam nie rasanya aku takde mood untuk sambung coding untuk MLRT terbaru walaupun idea banyak sekarang nie untuk menambahbaik kod aturcara.

ingat nak sambung marathon tokimeki sampai satu pagi untuk mereleasekan minda aku ^_^


Posted at 08:52 pm by bezicto
Make a comment  

Thursday, April 17, 2008
Hahaha..

Mulai semalam, semua IP yang masuk ke blog nie akan di log. Truecounter.net menyediakan fasiliti yang terbaik bagi aku memantau siapa yang mengakses weblog nie ^_^

Setakat nie, kebanyakkan IP yang akses datang dari US dan sebilangannya dari Malaysia sendiri.

Posted at 11:08 pm by bezicto
Comments (2)  

Previous Page Next Page


bezicto
December 4th 1981  (Age 26)
Male
Malaysia


Interest : Anime, manga, computer (Otaku)

Programming Languages : Delphi, JavaScripting, PHP, Win32 Batch

Previous Schools :
SKBJ(s1)-SKSJ(s2-s6)-
SMIH(h1)-SMTP(h2-h5)-UTM

My Repository :


Friends :

Mon @UTM
jasdy @UTM
Ganchan @Insomnia
eek-1 @Insomnia






   

<< April 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here: