Balik dari pasar malam tadi, aku lepas solat asar, terus nak on pc. tiba2 kipas angin aku yang digunakan untuk tido dan juga merangkap sebagai kipas utama dalam bilik tido aku tiba2 rosak.
seterusnya, aku try untuk mekanik-kan kipas angin tu, dan tak berjaya. memang internal dia dah ketat menyebabkan moto elektrik tak mampu nak gerakkan bilah kipas.
so dengan perasaan 'nie nak kena beli baru nie' aku terus ke kedai elektrik berdekatan dekat rumah.
kipas lama tu sebenarnya dekat 6-7 tahun dah pun. wajar dibeli baru.
so, buat kali kedua (sejak aku pakai kad kredit), aku terpaksa guna kredit kad aku untuk benda selain minyak kereta sebab aku kena mengurangkan penggunaan cash untuk membolehkan aku balik kampung dengan selesa berduit rabu depan -_-
pepepun, dijangka buat pertama kali dalam sejarah, bil kad kredit aku akan jejak lebih rm200 rasanya untuk bulan nie..
takpe janji aku gumbira dengan kipas 16 inci baru nih.. panasonic.. harga tanpa kad kredit adalah rm98... dengan 3% cas jadik rm101...
Aku akan revise balik keseluruhan kod untuk CMRT dan akan releasekan refresh dalam isnin atau selasa nie, sebelum aku balik kampung.
Hari nie seharian, aku berada di satu 'bahagian perkhidmatan' untuk clearkan malware yang berselindung pada setiap komputer dalam unit tu.
gile betul. diaorang nie ntah mana dapat semua malware tu ntah.
akibatnya, aku dah update balik kod CMRT lama untuk detect sebahagian malware baru dan kini, aku dah buat keputusan untuk update semua kod yang terlibat.
first sekali aku nak clearkan semua redundant code dan buang semua laluan yang sepatutnya boleh dihindarkan. ini untuk memastikan semua laluan asas dan alternatif dilalui dengan betul pada setiap kod aturcara. (kalau korang belajar kejuruteraan perisian, korang patut tau semua benda nie)
anyway, tunggu je le.
Mengenai DPTAplikasi K4 tu, aku ingat nak tunggu sampai SP3 untuk WinXP kuar dan optimize kod untuk platform tu nanti.. he he.. malas nak update sekarang. karang sia2 je kod tu.
Aku baru tadi terbaca luahan penyokong2 UMNO dan BN umumnya di sebuah blog kepunyaan seorang Dato' yang berasal dari Kedah dan pernah menjadi Editor in Chief di Berita Publishing.
Blognya menganalisis senario PRU 12 dengan bersopan santun tetapi sarat dengan maklumat untuk diambil ikhtibar oleh kerajaan BN sekarang terutamanya Pak Lah.
Selain daripada itu, juga kelihatan pengakuan demi pengakuan betapa ramai orang yang sayangkan UMNO mahukan Pak Lah turun secara kehormat untuk memulihkan imej UMNO untuk diberi peluang kepada 'gerak-kerja' individu lain pula.
Bagi individu2 di atas pagar seperti aku nie, berpendapat, ada kalanya hijrah besar2an diperlukan untuk memperbaiki dari keadaan yang tidak diterima kepada yang boleh diterima.
Kadangkala ini adalah pengorbanan.
Ramai yang tidak sukakan cara Pak Lah memerintah dan membaca komen2 dari blog berkenaan menyebabkan aku hampir menangis kerana ada yang terpaksa memangkah 'yang lain' kerana sayangkan UMNO dan umat Melayu.
Takkan melayu hilang di dunia. Tetapi hakikatnya, itu bukan mustahil.
Kebebasan bersuara dan mengkritik walaupun tanpa dasar juga perlu diberi peluang di Malaysia. Berulangkali kedengaran mengenai saluran yang betul itu dan ini. Tetapi bagaimanakah saluran yang betul terbabit ? Sehinggakan ramai kakitangan awam yang tidak bersetuju dengan perkara tertentu dipotong daripada bercakap dan mencadangkan untuk kebaikan bersama. Mereka juga takut daripada bercakap atau menkritik secara keterlaluan kerana takut diambil tindakan. Adakah ini 'kuasa' atau 'mandat' pada definisinya ?
Semua artikel yang aku hasilkan, akan dikalerkan dengan warna nie... so artikel seterusnya adalah mengenai CPU...
Ada banyak variasi untuk CPU. Buat pengetahuan korang CPU bukannya kotak casing korang tu, CPU sebenarnya adalah cip pemprosesan pusat. Iaitu yang begini ..
Maka bila korang sebut CPU, ingat, CPU bukan bermaksud keseluruhan kotak casing tu dan semua barang2 atau komponen-komponen yang ada di dalamnya. tetapi adalah bendalah kat atas tu..
dan.. ianya lazimnya dipasangkan dengan bendalah kat bawah nih..
... untuk membantu menyejukkan CPU yang memang panas.
Terdapat banyak variasi untuk CPU nie, namun begitu aku tak bercadang utk menceritakan dgn terperinci. Dan bagi CPU ini terdapat dua pecahan utama iaitu Single Core dan yang terbaru Dual Core. Single Core CPU adalah teknologi terkebelakang yang mana ianya mempunyai kuasa pemprosesan satu hala. Rasanya pade tahun 2008 nie, banyak single core processor dah phase out pun...
korang bolehlah mengganggapkannya sebagai sampan dengan seorang pendayun. Manakala Dual Core CPU adalah teknologi terkini yang menampilkan 'dua pendayun' di dalam satu sampan. Ini sudah pasti akan menambahkan kuasa bagi sesebuah CPU itu bukan ? Sebenarnya tidak, bagi sesetengah aplikasi yang tidak dapat memanfaatkan Dual Core yang berada di dalam satu-satu CPU tidak akan menambahkan kelajuan dan kepantasan pemprosesan.
Terdapat penerangan teknikal berhubung perkara ini. Untuk memudahkan korang faham, korang bolehlah bayangkan seperti seorang penumpang (aplikasi) ingin menaiki sampan dengan dua pendayun tadi ( Dual Core CPU) tetapi penumpang ini seolah-olah mengalami kesukaran untuk berbual dengan kedua-dua pendayun tadi sepanjang perjalanan. Dalam hal ini, menerusi beberapa ujian benchmark yg ade di internet, didapati dlm sesetengah kes Single Core CPU lebih berkemampuan drp dual core. (tapi rasanya, perkara nie dah berubah sejak pengenalan Core 2 Duo)
Untuk membezakan antara kedua-dua jenis utama ini adalah sangat mudah. Lihat pada spesifikasi CPU pada brosur komputer yang korang dpt. Bagi jenama Intel, Pentium D dan yang terkini adalah Core 2 Duo adalah CPU Dual Core manakala Pentium 4 dan Celeron serta Celeron D adalah Single Core.
Bagi jenama AMD pula, Athlon64 X2 dan sesetengah model Athlon64 FX adalah Dual Core manakala Athlon64 dan Sempron adalah Single Core.
Pada penghujung 2007, Intel telah memperkenalkan Core 2 Quad iaitu kuasa pemprosesan dengan empat core atau quad core manakala AMD pula telah memperkenalkan Phenom 9400 dan 9500 yang juga merupakan pemproses quad core. (Phenom siri 8000 yang bakal keluar pada April atau Mei 2008 nanti adalah tri-core iaitu pemproses dengan tiga core)
Ada sesetengah penganalisis satu ketika dahulu berpendapat kelajuan sesebuah pemproses terletak pada frekuensinya. Ini ada benarnya pada ketika dahulu, tetapi kini zaman telah berubah. Sebelum itu, eloklah sekiranya aku terangkan dahulu mengenai frekuensi.
Frekuensi sesebuah pemproses pada masa kini diukur dalam unit Gigahertz (GHz). Dalam bahasa orang kebanyakkan, semakin tinggi frekuensi sesebuah CPU semakin lajulah arahan dapat diproses. Misalnya, AMD Athlon 64 3000+ mempunyai kelajuan 1.8GHz (rujuk www.amd.com untuk info selanjutnya) dan AMD Athlon 64 3200+ mempunyai kelajuan 2.0GHz. Maka bolehlah disimpul secara mudah bahawa AMD Athlon 64 3200+ dapat memproses lebih laju berbanding AMD Athlon 64 3000+.
Intel dan AMD mempunyai nama-nama yang pelik untuk CPU depa. Misalnya, Core 2 Duo E8200 dan Core 2 Duo E6700. Kedua-duanya mempunya frekuensi yang sama iaitu 3.0GHz. Akan tetapi, kedua-dua mereka berasal daripada keluarga teknologi berbeza. perhatikan, E8200 adalah generasi terkini yang dikeluarkan pada awal 2008 manakala E6700 adalah generasi lama yang dikeluarkan sejak 2006-2007 lagi. Faktor kekinian juga perlu diberi perhatian kerana kebanyakkan teknologi baru diimplementasi pada prosessor yang terkini. Maka semasa nak beli nanti, pastikan dulu sebelum beli agar korang tak ketinggalan ^_^
Selain frekuensi, kemantapan pemprosesan sebuah CPU juga bergantung kepada jumlah cache yang terdapat pada L1, L2 dan L3 pada pemproses berkenaan.
Dalam bahasa yang mudah difahami L1, L2 dan L3 adalah peringkat storan cache yang terdapat di dalam sesebuah pemproses yang diukur dalam unit kilobyte(KB) dan Megabyte(MB). Misalnya AMD Athlon 64 3000+ mempunyai 512KB L2 cache dan Intel Core 2 Duo 6300 mempunyai 2MB L2 cache di dalamnya. Semakin besar jumlah cache semakin banyak arahan dapat dimuatkan untuk diproses oleh satu-satu CPU.
Pada masa kini, kelajuan sesebuah CPU tidak lagi bergantung kepada frekuensi dan jumlah cache yang terdapat padanya. Ianya bergantung kepada teknologi. semakin hari semakin bertambah baik teknologi CPU dan semakin banyak faedah boleh diperolehi daripada teknologi terkini ini, misalnya memainkan video high definition akan lebih lancar, melakukan multitasking dengan program2 tertentu akan lebih responsif dan banyak lagi. korang perlu rajin membuat kajian dan penyelidikan mengenai produk CPU yang terbaik buat penggunaan dan saiz bajet korang.
Khasiat yg ada pada lebih banyak core adelah : - video encoding atau aplikasi2 berasaskan multimedia akan lebih pantas dan efektif. - ada sesetengah games yang memanfaat lebih banyak core, akan lebih responsif dan takde main game tersekat-sekat.
Khasiat cache yang besar : - lebih banyak arahan dapat diproses dalam satu masa - err.. itu je kot.
Terimalah logo2 yang selalunya terpampang dekat casing pc korang yang menunjukkan cpu apa berada di dalam casing korang...
Aku sekarang dalam proses membangunkan satu sistem pangkalan data untuk satu bahagian di jabatan aku.
Teknologi PHP dan pangkalan data MySQL aku gunakan untuk pembangunan. Aliran perlaksanaan adalah :
Kini dah dekat 3 bulan aku buat coding, dan besok aku akan adakan taklimat untuk beta testing secara internal sebelum di-live-kan kepada pengguna lain.
MySQL sememangnya rocks dengan dia punya full text search. Sintaks asas kepada carian ini adalah :
search_modifier: { IN BOOLEAN MODE | WITH QUERY EXPANSION }
Akan tetapi setiap jadual yang hendak diimplementasi dengan full text search perlu diset engine-nya kepada MyISAM. InnoDB iaitu engine asas bila dibentuk pangkalan data dengan MySQL tidak menyokong full text search.
Membuat carian dengan full text nie, memang best dan tepat. Aku rasa SQL statement yang aku belajar dulu tu semua sia-sia je.
Apa ke hal le tmnet nie sejak 2 minggu lepas... slow nak mampus dari tengahari sampai tengah malam. waktu pagi lepas subuh ok je.. walaupun tak stabil. aku terpaksa pakai download manager untuk elak download aku terputus. sigh.
Aku bayar dekat rm88+rm26 sebulan takkan narrowband je aku dapat ?
Keputusan telah pun muktamad. Dan beberapa negeri kini di bawah pentadbiran baru. Aku bukanlah orang yang suka berparti. Dan juga kecenderungan aku terhadap situasi dan spesifikasi politik juga kurang.
Kepada yang menang : - Rakyat perlu diutamakan daripada kuasa. - Janji perlu ditunaikan. - Kemajuan perlu ada dalam semua aspek : kekeluargaan, duniawi dan kepatuhan kepada ajaran agama.
Kepada yang kalah : - Fahami keperluan rakyat lebih daripada 2020 yang makin dekat yang boleh dijauhkan. - kemajuan bukan segala-galanya. beban rakyat perlu dilihat. - jangan terlalu mengongkong suara rakyat.. beri kebebasan bersuara tanpa disekat saluran.
Bagi aku yang 100% di atas pagar ini, mengharapkan semua kerajaan yang dibentuk mengutamakan rakyat. Itu saja.
Hari nie aku menulis sikit pasal power supply, graphic card dan casing. Memilih kad grafik untuk komputer korang, bukannya takat beli dan pasang saja. First sekali benda yang paling penting untuk tengok adalah casing korang.
Lihat jarak casing aku nih (kad grafik dalam gambar tu adelah 7300gs):
panjang kad 7300gs tu adalah dekat 7 inci. yang anak panah berkaler hijau tu adalah panjang sepanjang 25cm iaitu dekat2 10 inci..
kebanyakkan kad berprofil 'value' atau jenis yang reger dia bawah rm400 adalah bersaiz lebih kurang begini. Namun begitu bagi kad-kad kelas mainstream dan high-end, panjang kad adalah 9 inci dan ke atas. ada yang mencecah sampai 13 inci (9800GX2/8800 GTX/Ultra).
Misalnya, kad 9600GT yang baru aku beli tu adalah 9 inci. Hasilnya pada casing aku adalah :
Dalam gambar kat atas tu, memang saiz kad 9600GT tu lebih kurang sama dengan motherboard aku (aku punya motherboad adalah full ATX) dan tidak terganggu dengan apa2 komponen mobo pada sepanjang keperluan fizikalnya.
Untuk itu, korang perlu pastikan tiada gangguan pada sebarang unsur2 perkabelan dan komponen2 motherboard yang boleh mengganggu panjangnya kad yang korang nak beli tu. Ini terpaling penting. Maka casing yang digalakkan adalah Full ATX dan ke atas. Untuk tahu saiz casing korang/standard atx rujuk sini --> sini
kemudian ke-2. power supply.
kad grafik yang berharga murah, mungkin tak perlukan kuasa tambahan. cukup sekadar 75W yang dibekalkan oleh slot pci-express pada motherboard.
malangnya, bagi model mainstream seperti 8800GT dan 9600GT, ianya memerlukan kuasa tambahan. mungkin melalui sama ada kabel 6-pin pci-e atau kabel 8-pin. Gamber :
Kalau power supply korang takde kabel macam gambo kat atas tu toksah risau, lazimnya diberi dalam kotak kad grafik tuh.
Dan kad grafik yang mahal2 nie lazimnya mengharapkan pada rail atau rail-rail 12V pada PSU untuk bekalan kuasanya. Contohnya PSU dari Antec nih :
korang tengok kat atas tu, PSU tu ada tiga rail 12V iaitu +12V1, +12V2 dan +12V3.. yang negatif tu toksah nengok.. nengok yang positif je.
tiga rail 12V ni akan membawa jumlah 54A(18A+18A+18A) yang seterusnya membawa kepada jumlah watt yang disokong olehnya sebanyak 504W. Bergantung kepada PSU, jumlah ampere bagi setiap rail 12V adalah dikira sebagai hasil tambah antara kesemuanya. Dan sekiranya PSU korang hanya ada satu rail 12V, maka tak payahlah susah2 tambah, sebab korang boleh baca terus je berapa ampere(A) dia support.
Misalnya, pada spesifikasi, 9600GT memerlukan 26A.. maka dengan spec PSU seperti kat atas tu, ianya tersangatlah support. tak perlu beli baru.
TETAPI, sekiranya jumlah ampere pada semua rail2 12V tak mencapai, maka ada kemungkinan korang akan alami random reboot atau game tiba2 crash. adalah sangat penting untuk memastikan perkara ini.
mengambil aku sebagai contoh, PSU 450W aku ada dua rail 12V yang membawa nilai 32A dan ini mengcukupi untuk 9600GT yang aku pakai.
yang penting adalah sebelum beli graphic card yang power mower.. bukak dulu casing korang dan semak rating power supply terutamanya untuk rail-rail 12V.
Mari aku rumuskan, perkara yang penting sebelum nak beli graphic card adalah : 1. keluasan casing untuk menyokong kad-kad yang panjang.
2. power supply, pastikan rail atau rail-rail 12V korang menyokong kehendak spesifikasi kad yang bakal dibeli.
3. semak poket dan selalu baca review untuk membeli yang terbaik untuk komputer korang.
Yang paling penting dalam hal ini adalah pembacaan mendalam perlu dibuat sebelum pembelian. Jangan main tangkap basah je.
Aku dalam setiap masa sentiasa berfikir 'apa yang boleh aku sumbang dengan kemampuan dan pengetahuan aku'
So, bertitik tolak dari situ, aku menghasilkan banyak utiliti dan tools untuk penerimaan orang lain. Misalnya, Common Malware Removal Tool aku, sekarang dah sampai dekat 6000+ view dekat insomniastudios.org
DPTAplikasi VST juga sama. Aku telah menerima banyak ucapan dorongan dari mereka2 yang aku tak kenal samada melalui emel dan forum posts. Ini menjadikan aku lebih bersemangat untuk menambah features sedia ada di dalamnya.
Aku releasekan semua itu sebagai freeware dan dengan niat sedekah dalam bentuk ilmu yang aku ada.
Mungkin juga aku nie jenis yang sukakan perhatian maka aku hasilkan semua produk di atas tu. Dua produk di atas tu adalah antara yang paling mendapat tempat untuk dipindahterima. DPTAplikasi K4 juga dalam proses untuk di-gold-kan.
Tanya diri kita, apakah apa yang kita dapat telah dibalas dengan apa yang kita telah sumbangkan kepada komuniti ?
Wajarnya menggunakan kepakaran dan pengetahuan untuk dimanfaatkan oleh semua orang adalah matlamat aku sejak mula2 masuk dalam dunia perkomputeran. Aku perlu hasilkan sesuatu yang orang lain boleh guna dan terus guna.
Sebab hanya itu yang mampu aku adakan untuk diri aku dan pengetahuan yang aku ada bagi menunjukkan kepada dunia bahawa 'aku ada di sini'
^_^
Update : Baru-baru nie, CMRT tu telah di-cited dekat pcprocesses.org. [Link]