Mulai semalam, semua IP yang masuk ke blog nie akan di log. Truecounter.net menyediakan fasiliti yang terbaik bagi aku memantau siapa yang mengakses weblog nie ^_^
Setakat nie, kebanyakkan IP yang akses datang dari US dan sebilangannya dari Malaysia sendiri.
Berikut adalah seiyuu2 kegemaran aku. semua anime yang mempunyai seiyuu di bawah, aku sama ada akan : 1. burn dalam DVD sekurang2nya 2 kali untuk dibuat backup 2. ulang tengok paling kurang 3 kali 3. tak kisah apa anime pun, aku mesti download tengok
^_^
Mai Nakahara : Mai-Hime (Mai Tokiha), My-Otome(Mai Tokiha), Midori no hi(Midori Kasugano), Higurashi no naku koro ni (Rena Ryugu)
Chihara Minori : Suzumiya Haruhi no Yuutsu(Yuki Nagato), Lucky Star(Minami Iwasaki), Minami-ke(Chiaki Minami), Da Capo II Second Season(Shirakawa Nanaka)
Yui Horie : Love Hina(Naru Narusegawa), Gakuen Utopia Manabi Straight(Amamiya Manami), Fruits Basket(Tohru Honda), School Rumble (Eri Sawachika)
Ai Nonaka : Gakuen Utopia Manabi Straight(Mika Inamori), Sayonara Zetsubou Sensei (Kafuka Fura), Pani Poni Dash !(Ichijou)
Aya Hirano : Gakuen Utopia Manabi Straight (Mei Etoh), Suzumiya Haruhi no Yuutsu (Suzumiya Haruhi), Lucky Star (Konata Izumi), Death Note(Misa Amane), Eye Shield 21 (Mamori Anezaki)
Mamiko Noto : Narue no sekai (Narue Nanase), School Rumble (Yakumo Tsukamoto), Ichigo 100%(Aya Toujo), Jigoku Shoujo (Enma Ai), Ichigo Mashimaro (Ana Coppola)
. . . .
-_- . . yup, aku memang otaku dengan anime jepun. memang tak dinafikan. -_- jangan jadik macam aku yek ^_^
Honey and Clover; Jdorama terkini yang aku tengok setelah PowerPuff Girl Z yang aku target nak tengok semalam rupa2nya terlalu kebudak2an.
Permulaan dan ending bagi versi live action nie agak berbeza berbanding anime. Dan walaunpun plotnya tak lari banyak berbeza dengan versi anime/manga, tetapi originaliti yang dibawa oleh pengubah skrip ternyata menyebabkan siri live action nie on par dengan versi anime. Rating : 4.5 daripada 5
Watak2 diolah dengan baik walaupun terdapat perbezaan latar belakang daripada manga/anime. Aku sangat2 rekomenkan live action series nie kepada peminat honey and clover. lagu ending oleh ken hirai bertajuk canvas jugak sesuai dengan tema drama ni.
Oleh kerana drama nie baru main january lalu dan baru je tamat, maka mungkin akan ambik sikit masa sebelum sampai Malaysia.
Aku dalam mood ceria walaupun agak sedih dengan plot penamat drama nie ^_^
Hmm... dari segi peranan watak, dan secara peribadi pun, aku paling benci pada orang yang tak setia. Dan anime kat atas sebenarnya membawa kepada perasaan berbelah bahagi bila aku habis tengok. hati aku separuh daripadanya membawa kepada perasaan aku berpuas hati dengan plot, tetapi separuh lagi, ialah perasaan benci aku kepada watak Kouichi yang tak setia pada teman perempuan dia di akhir2 episod. Tetapi, anime nie sebenarnya berakhir dengan baik walaupun ending dia tak berapa mendatangkan kepuasan terutamanya penamat untuk dua watak yang di..err.. 'tinggalkan' iaitu Eiji dan Yuumi masing2 oleh dua watak utama iaitu Mao dan Kouichi sendiri yang akhirnya pasrah pada kehendak diri sendiri. Rating : 3.5 per 5.
Untraceable
Lepas makan tengahari tadi(waktu makan tengahari, aku jumpa timbalan ketua jabatan aku kat kedai makan...he he.. terkejut aku.. ingatkan siapa yang tegur aku), aku layan movie kat atas. Berkisar mengenai pembunuhan siber. pendek kata begini, pembunuh menggunakan web portalnya yang kemudiannya menerima kunjungan dari serata dunia. setiap kunjungan merupakan detik kematian mangsa pembunuhnya. sebab ada banyak cara pembunuhan, aku terangkan satu je.
pada satu kes, setiap kali ada visitor dekat web portal, satu lampu pemanas akan dihidupkan di hadapan mangsa. kalau tak silap aku, setiap kali 100,000 pengunjung, satu lampu pemanas akan dihidupkan. memang ngeri. sampai satu tahap 147 lampu pemanas dihidupkan dihadapan mangsa dan tubuh mangsa mula mengelegak. dan yup, lagi banyak pengunjung maka lebih cepat mangsa mengalami detik2 penderaan ke arah kematian. dalam satu lagi kes pula, setiap jutaan pengunjung, acid sulfurik akan disimbahkan ke dalam tangki air yang diletakkan mangsa. sehingga akhirnya habis terhakis tubuh mangsa. sadis kan. ending dia memang dramatik dan aku berpuas hati 90% dengan ending dia. penjenayah sebegini memang patut di _________. he he... tengok le sendiri ye.
Doraemon : Nobita and The Wind Wizard Movie
Merupakan anime ke-2 aku tengok hari nie, setelah asar. sekarang waktu menaip nie, aku masih menonton untuk kesudahannya. tunggu report kemaskini kemudian. [update] dan... filem2 doraemon memang tak pernah menghampakan aku. semua penuh emosi terutamanya towards at the end of the movie. walaupun orang akan kata, kanak2 ribena je nengok doraemon nie, tapi aku tak peduli semua tu. yang penting filem atau bukan, jalan cerita yang penting. bukannya kumpulan umur sasaran.
anyway, lepas isyak karang insyaAllah nak start tengok Demashita PowerPuff Girl Z. satu lagi anime budak2 yang aku download dalam tempoh err... 2 tahun rasanya. jarang aku download anime untuk budak2, cuma powerpuff versi jepun nie nampak macam menarik ^_^
My screamyx line suddenly became slow like dying snail right now. Their website didn't mention anytime assuring beside that spams news thingy.
. . . .
Hari nie aku nak bercakap mengenai satu perkara yang aku tertanya2 sampai sekarang..
media dan menteri sering kali melaporkan bahawa rakyat malaysia adalah rakyat paling peramah dan bersopan santun dengan 'adat ketimuran'..
tapi,
satu; sepanjang hidup nie, aku rasa rakyat malaysia semakin mementing diri sendiri dan tidak membenarkan orang lain menjaga tepi kain orang lain. jika semua orang menjaga tepi kain orang lain, terutamanya dalam hal kejiranan, mungkin kes adik sharlinie tidak akan berlaku sama sekali.
dua; di jalan raya, aku tak payah cerita pun takpe kan. korang pun tau punya. nak cerita mudah beginilah, aku ditakdirkan jem dalam tempat parking dekat midvalley minggu lalu. ye lah.. bila semua orang keluar serentak, mestilah ramai yang nak kena bayar parking dekat kaunter keluar. itu pun nak hon ?
tiga; rakyat malaysia bagi aku adalah rakyat yang paling suka pakai 'topeng' bila keluar rumah. mungkin frasa talam dua muka lebih tepat. selektif atau memilih. yang pelancong2 asing jumpa yang diaorang rasa peramah tu mungkin hanyalah mereka yang memilih untuk memakai 'topeng mesra' bila berbicara. tetapi di tempat lain, mungkin tuhan je yang tahu. maaf, kenyataan ini mungkin tidak tepat bagi mereka2 yang memang dilahirkan peramah ^_^ kepada mereka ini.. syabas.
empat; rahsia. aku dapat rasakan di malaysia, rakyat bawahan, pekerja akar umbi dan apa saja ayat yang menggambarkan rakyat biasa, di rahsia dengan banyak perkara untuk menutup apa2 yang patut ditutup. untuk mengetahui rahsia nie ? senang je... korang kena jadi menteri. bahkan kalau korang menjadi pembangkang sekalipun, apa yang korang tahu dengan apa yang difikirkan oleh orang yang korang sokong ?
wallahualam.
. . . .
Balik dari maghrib tadi, aku call ke rumah. biasa la.. berbual panjang dengan mama aku. (note : from now on, within this blog, my father is officialy called 'abah' dan my mum as 'mama', that what i called them back home though) ... then, mama aku cakap dah lama sangat adik perempuan aku a.k.a acik tak call ke rumah. aku cakap takpa.. nanti aku call dia.. lagipun aku belum bagitau dia nombor phone baru aku nie..
lepas tu, dalam setengah jam, aku call dia. dia cakap dia banyak assignment. Alah.. takkan le setiap masa sibuk kot.. 5 minit je dalam seminggu ke.. call le ke rumah. lepas tu dia terus kata okay.
nak ikutkan adik beradik2 aku memang semua jauh2.. ayah aku sekarang kat kelantan, angah (adik lelaki aku) kat utm skudai, acik kat unimas, sarawak, adik lelaki ke-2 aku kat mrsm langkawi. kat kedah tu, cuma tinggal adik perempuan bongsu aku sama mama aku je. 2 orang.
adik lelaki ke-2 aku tu berkemungkinan besar nanti mungkin akan ke luar negara lepas tamat mrsm sebab prestasi akademiknya yang mengalahkan aku (err.. pada zaman kegemilangan tingkatan lima aku dulu)
pepepun, abah dan mama aku telah berjaya mendidik anak2 depa dengan baik. cuma tinggai kami je untuk mencorakkan ke hadapan apa yang patut.
dan mama aku pun dijangka dapat menantu dalam jangkamasa tahun depan atau selewat2nya 2 tahun lagi. ha ha.. korang jangan salah anggap.. my angah would probably be the first to get married. to tell the truth, my mama already met with the girl when our visit to angah's konveksyen minggu lepas. they have even ate dinner together.. ^_^ well, of course i have to back off since my angah's car only support up to five person. aku ditinggalkan kat hotel berseorangan untuk makan malam setelah kedua2 orang tua aku dan adik perempuan aku ikut sama dalam makan malam dengan bakal menantu mak aku tu.. maa.. aku tak kisah pun. to begin with, i was just tagged along to that trip anyway. that was none of my concern.
. . . . my internet connection was still laggy like snail right now -__-
I've started blogging near three years ago due to some incident that happened to me. That incident somewhat a little too odd for me to forget and straightly after that, i started searching for free online blogging service.
And then, i came across blogdrive. After three years, blogdrive has remained relevant in my heart. You guys can check out the permalink if you want to read about it.
Aku menganggap blog adalah sebagai ganti kepada diari yang lazimnya bersifat tertutup, tetapi blog adalah terbuka. Kenapa aku tak diarikan je ? Diari bagi aku untuk orang2 yang penakut. Sekadar membuat tulisan untuk dibaca sendiri bukanlah format melepaskan perasaan terbaik.
Maka blog adalah medium terbaik untuk membiarkan orang lain faham apa yang terbuku di hati. Dalam kes aku, blog adalah santai dan hasil tulisan untuk mengelakkan aku membuat kesilapan yang serupa (mungkin) buat kali seterusnya.
Cukuplah pasal blogging (kenapa tiba2 je keluar pasal perkara kat atas tu ? entahlah.. mungkin nostalgia kot...), sekarang nie aku dalam proses untuk clearkan semua anime2 yang telah aku tengok dari hdd aku dan juga di dalam proses untuk menandakan anime2 all time favourites aku untuk diburn dalam Blu-Ray kelak. Tak banyak pun title, dan kebanyakkannya pun hanyalah bergenre komedi dan romantik.
Sekarang tengah layan kimikiss pure rouge. daripada pembacaan awal yang aku baca, berkemungkinan besar aku mungkin akan tak berapa suka endingnya nanti.. tapi... tengoklah macamana.
Dan, sebagaimana yang dah dijangka, True Tears, Shuffle! dan Tokimeki Memorial ~Only Love~ adalah ending2 terbaik bagi aku bagi anime bergenre romantik. kalau ada yang lain tu, mungkin aku tak berapa ingat. tapi ketiga2 tu anime yang wujud dalam time frame 2006 hingga 2008.
aku harap sangat ending kimikiss nie tak seburuk yang aku jangkakan. kita tengoklah nanti.
I really should thinking forward from now on. Seeing more and more of my friends finally settled down with their life alongside their wife and kids, i felt that i should do the same. Maybe not in this time frame, but i should really thinking about that seriously from this point forward.
The only problem right now, is most probably because of my mindset and priorities. Maybe i should consider my senior recommendation after all to start a relationship seriously..
this kind of post is not usually my kind of post though. from time to time that is, i need to write to ease something that need to be ease :p
Comments is disabled. If you have something to say to me, just email or SMS me ^_^
Hmm... 4.5 bintang daripada 5 untuk anime nie kerana berjaya memberikan kesudahan yang baik kepada watak-watak utama. Penamat anime nie seakan-akan anime Tokimeki Memorial ~only love~ yang pernah aku ulas tak lama dulu.
Sekarang, anime nie berjaya menduduki antara tingkat tertinggi dalam preference anime aku dalam genre romantik.