Your IP will be lodged entirely when you're visiting this web blog. Plus, any comments that in any way not in line with the given entries will be severely deleted without prior notice.
Thanks.
I will be releasing build 23 of DPTAplikasi K4 for selected friends on next Monday. Please look forward to it.
How being able to write and to speak is a totally different thing..
I have huge confidence if i were to write in English.. but as for speaking it out loud.. probably depends on situations.
Today is one example why my English oral skills is sucks. While i do have confidence when speaking English one to one, I'm practically having trouble when speaking to large audience. The nervousness and being afraid if I were to went wrong, are probably the main reason why.
As for today's conclusion.. yes... i need to converse more in English and build my confidence from ground up! -__-
Btw, aku ada kursus 4 hari bermula hari nie hingga Khamis. Pembangunan dptaplikasi k4 ditangguhkan sampai aku rasa tak penat kelak ^_^
. . .
Hmm.. tiba-tiba je aku rasa kekosongan yang amat sangat setelah nengok anime aria the origination semalam. kali terakhir aku terasa macam nie adalah bila manga mutiara naga tamat volume terakhirnya, kira2 8-9 tahun lepas. tak pernah aku terasa kosong sangat macam nie. sedangkan anime fruits basket yang sebelum ini menduduki tangga teratas anime yang aku minat pun sekadar meninggalkan kesan 'peh... menakjubkan' dengan tanpa perasaan kekosongan sebagaimana anime aria nih.
Agaknya para penulis skrip dan animator bagi francais Aria berjaya membangkitkan satu suasana drama yang begitu ultra menakjubkan. Kalau di google kan mengenai blog peminat anime lain pasal episode 13 aria the origination, rata2 menyatakan mereka taknak francais anime nie tamat begitu saja. tapi setiap yang bermula pasti akan berakhir. cuma aku harapkan akan wujud lagi siri seumpamanya yang meninggalkan kesan mendalam dalam kehidupan para penontonnya.
Hoh.. sekarang aku terpaksa nengok Lucky Star balik untuk menenteramkan perasaan nie..
Aria the Animation, Aria The Natural, Aria the OVA dan akhir sekali siri season ke-3, Aria the Origination.
Pada mulanya aku hanya tengok Aria the Animation. Tak sangka pulak, anime nie cukup bermakna untuk ditonton sambil memaksa aku untuk menonton episod2 dalam season2 seterusnya...
Sekarang aku tengah tengok Aria the Origination. Baru sampai episode 11. Ada lagi 2 episode. Season penamat untuk francais Aria nie akan tamat pada episode 13 setelah mengharungi 3 season yang menakjubkan.
Setelah 'melayari' 11 episode, aku terasa sayang sangat anime yang baik nie akan tamat lagi 2 episod kelak.
Update : 10:52PM Aku je habis nengok aria the origination finale kejap tadi. Setelah 3 season, akhirnya semua berakhir. Akari berjaya menjadi seorang Prima dengan gelaran Aquamarine. Sebelum itu, Aika (gelaran= Rozen Queen) dan Alice (gelaran=Orange Princess). Diakhir episode 13, ada rumusan apa yang berlaku pada setiap watak setelah pasca Akari menjadi Prima. Rating : 5/5
Dan, malang bagi Fruits Basket, anime nie sekarang telah menduduki tangga teratas dalam anime yang paling aku minat sepanjang aku berkecimpung dalam dunia anime dan manga.
Senarai top 5 evergreen anime bezicto-chan :
1. Aria (the animation, the natural, the ova, the origination) 2. Fruits Basket 3. Sketchbook Full Color 4. Gakuen Utopia Manabi Straight 5. Gun Parade March
aku terfikir tentang sesuatu mengenai dptaplikasi latest version yang tengah aku hasilkan sekarang.
version k4 nie ada feature yang aku target tak sesuai untuk pengguna sebarangan. misalnya; sekiranya admin sesuatu jabatan menghalang akses usb storage menggunakan dptaplikasi k4 nih.. tetapi dalam masa yang sama ada seorang pengguna menggunakannya untuk menukar balik daripada 'takboleh' kepada 'boleh'.. maka ini akan meng-defeat-kan the purpose of the software...
so sekarang aku terfikir pasal sesuatu, mungkin aku takkan biarkan produk nie boleh di download begitu saja. ianya memang freeware (memang niat aku pun), tetapi aku mungkin akan buat by request sahaja. pengguna yang inginkannya, perlu providekan nama dan organisasi mana dia berada. dengan ini aku dapat buat user base aku sendiri sambil memudahkan aku memantau baik-buruk aplikasi tu..
tapi ini hanyalah cadangan aku je le.. ^_^
-------------
beberapa belas tahun dulu... aku ada tersilap cakap. atau mungkin perilaku aku yang silap. ketika aku bertukar ke sekolah di kedah kerana kerja abah aku. masa aku perkenalkan diri sesuatu perilaku yang telah aku buat menyebabkan aku rasa menyesal sehingga sekarang. tapi masa tak boleh diputar semula. maka aku berusaha untuk tidak mengulangi perilaku tersebut.
beberapa tahun lalu... semasa di universiti. menghadiri majlis perkahwinan anggota keluarga seorang kenalan. juga aku tersalah cakap mengenai diri aku. boleh juga dianggap nilai percakapan aku seolah2 'berlagak'. difikirkan semula.. aku memang terasa menyesal kerana keluarkan kenyataan begitu. aku harap perilaku tersebut hanya jadik sejarah lampau.
dalam kehidupan, tersalah cakap sehingga menyebabkan org lain atau kenalan kita tersinggung misalnya mungkin akan berlaku tanpa kita sedari. sehinggalah satu tahap mungkin kita akan menyesal dan menyebabkan kita tertanya2.. 'kenapa aku bodoh sangat keluarkan kenyataan tu ?'
kini... aku hidup to the fullest disebabkan aku yang dulu... walaupun ada satu-dua perkara yang mungkin menyebabkan sasaran hidup aku agak tersasar pada masa kini, tapi.. peristiwa buruk lampau adalah perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidup aku yang menjadikan aku sekarang.
kata orang sejarah tidak berguna.. tidak guna menoleh belakang...
tetapi, ada kalanya menoleh belakang juga penting untuk menjadikan kita sebagaimana hari nie..
Aku sekarang tengah sibuk menyiapkan modul encryption untuk projek PHP/MySQL di ofis aku sambil selepas waktu pejabat, aku siapkan pula DPTAplikasi K4 yang kini aku sedang rancak menyesuaikan dengan Windows XP Service Pack 3.
Dan tutorial untuk slipstreaming SP3 ke CD asal Windows XP telah pun disiapkan. Sila mara ke bezictosoft untuk pembacaan.
MLRT akan pending dulu kejap sebab aku nak tumpukan sepenuh kederat otak untuk DPTAplikasi K4. Sebelum mem-beta-kan kepada semua, aku akan buat closed beta terlebih dahulu kepada rakan2 terdekat aku untuk dapat feedback (yup, ini termasuk korang2 member aku yang sedang baca blog nie, kalau korang on YM, korang akan dapat rasa dulu DPTAplikasi K4)... harapnya korang dapat tolong beri feedback yang mana patut ^_^
Clannad ? He he.. adalah tajuk anime yang aku tengok ketika buntu untuk cari penyelesaian untuk projek2 aku ^_^
Google for more infos on that ya ^_^
Updates : Sekarang aku dah berjaya ujilari DPTAplikasi pada Winxp sp3, dan telah membuat pengubahsuaian yang diperlukan. Berkemungkinan besar, besok aku akan releasekan satu versi untuk dinilai setelah aku uji dalam persekitaran kerja sebenar. Versi yang MUNGKIN akan aku release besok adalah DPTAplikasi K4 4.0.2008 Build 13.
Updates 2 : There was one minor notification error on the Build 13 of DPTAplikasi but the problem itself is minor and should not affected main functionalities of the program. Higher build number should appear shortly that will resolves this bug. On the meantime, i advice all beta testers to continue evaluate the current build 13 that i gave earlier and inform all issues to me as soon as you found one. Thanks.
Updates 3 : (6:38PM 9/Mei/2008) Aku dah resolved-kan bug dalam build 13. Korang boleh download build 15 pada link --> [link has been removed]
Aku terasa malas nak ulas lanjut tentang apa yang berlaku pada mesy. perbincangan hari nie, tapi yang pasti, aku rasa sedikit teruja sebab benda2 yang perlu aku lafazkan, telah selamat dilafazkan.
At least, aku berjaya selamatkan (pada pemerhatian aku) penempatan jawatan aku mesti diletakkan di jabatan aku dan bukannya di pusat. So, sesiapa je bakal pengganti aku kelak sekiranya aku di shuffle ke pusat tersebut mestilah bersedia dengan apa juga cabaran dan keperluan teknikal pada semua aspek pengurusan jabatan aku.
^_^
Winxpsp3.
Disebabkan winxp service pack 3 dah dimuktamadkan oleh Microsoft, maka aku akan start testing untuk DPTAplikasi K4 dalam persekitarannya dalam masa terdekat. Mungkin aku akan releasekan final beta dalam minggu depan sebelum release final version dalam lewat Mei.
Aku jugak akan buat panduan untuk cara2 slipstream-kan sp3 ke winxpsp2 punya cd di dalam bezictosoft dalam masa terdekat.
Esok. Mungkin akan bermulanya laluan baru dalam perjawatanan aku. Adakah aku akan dipindahkan ke jabatan lain ? Adakah aku akan masih berkhidmat dengan jabatan lama aku untuk satu tempat waktu ? Adakah akan wujud satu bahagian khas untuk menampung keperluan jabatan aku ? Adakah semua individu yang sama jawatan dengan aku akan ditempatkan sepusat ?
Semua persoalan itu, akan wujud jawapannya esok. Apa-apa pun, persediaan aku dah cukup (termasuk dengan persediaan sekiranya aku dipindahkan ke jabatan lain dalam satu tempoh waktu), cumanya aku masih tak tau adakah pengurusan jabatan aku sekarang bersedia atau tidak dengan sebarang kemungkinan ?
Seterusnya, tibalah masa untuk ringtone aku yang seterusnya :
Dango Daikazoku oleh Chata [Ending untuk anime Clannad]
Semalam aku gi ambik spec mata aku yang bereger rm500 tu dan hari nie aku pulangkan balik pada kedai berkenaan... ha ha..
kenapa ?
ada kecacatan pada kanta sebelah kanan aku, menyebabkan aku tak dapat menumpu dengan betul hanya pada mata kanan. setelah diperiksa oleh mereka yang berkenaan, didapati bahawa terdapat defect coating pada kanta sebelah kanan. so depa ambik balik dan seterusnya aku perlu guna cermin mata lama balik sambil menanti lagi 2 minggu untuk kecacatan diperbaiki.
hampeh. aku bayar mahal2 buat le kerja betul2. tapi aku masih percaya pada pekedai merangkap optimetris terbabit sebab di mengakui kesilapan diaorang. kedai lain, ,maunye taknak mengaku silap..
anyway, balik kerja hari nie, satu lagi misfortune melanda. kali nie kawasan perumahan aku takde elektrik('api' dalam konteks orang kedah macam aku). so, lepas makan petang/malam dan mandi sebelum itu, aku terus berangkat ke rumah megamax untuk menyejukkan badan. bermaghrib di sana dan seterusnya layan buletin utama sebelum pulang pada kira2 jam 8:30pm. api dah okay dah waktu aku balik tu.
so, sekarang aku tengah mendownload dengan kadar maksimum.. bwahaha !
Pentingnya pemberian bonus tahunan kepada seseorang pekerja adalah untuk membolehkan seseorang pekerja itu :
1. membayar cukai jalan dan insuran kenderaannya. 2. membiayai item2 persekolahan tahun akan datang untuk anak2nya. 3. menambahbaik rumah disebabkan kerosakan atau niat tertentu. 4. memberi lebih sedikit kepada orang tuanya daripada kelazimannya. 5. membaiki kenderaan atau menambahbaik. 6. bagi tujuan perubatan tahunan, misalnya pemeriksaan mata dan membuat cermin mata baru. 7. menyimpan untuk naik haji/tunai umrah atau tujuan2 tertentu yang lain. 8. melancong bersama keluarga 9. hadiah ulangtahun perkahwinan/ hari lahir. 10. membeli teknologi2 tertentu untuk kesejahteraan hidup.
oleh itu, bagi mereka2 yang berada di atas, mungkin benda2 nie boleh dibuat tanpa menunggu bonus. tapi bagi mereka yang cukup bulan, bayar semua dan cukup makan.. pemberian bonus adalah satu anugerah atau penghormatan untuk mereka membaiki kualiti hidup.