Saturday, July 28, 2007
Outer limits.



Memang susah nak menolak jemputan. Terutamanya sekiranya kita diharap datang.
Lazimnya sebab alasan.

Terus terang aku katakan, dari hati aku, aku biasanya tak biasa pergi sorang2 ke majlis jemputan tertentu. Aku akan carik teman. Bila kawan aku semua dah kahwin dan yang masih bujang semuanya ada aktiviti2 sendiri, jemputan biasanya aku tolak kalau aku terpaksa pergi sorang2.

Ha~.. ini bukan 'lubang' untuk komen yang menyuruh aku cepat kahwin. Sorry.. unrelated.. and please don't ever bother asking me about that question.

Tapi, biasanya sebelum alasan tu, aku akan mintak maaf terlebih dahulu... dan kemudiannya baru alasan. Ini untuk menjaga hati tuan rumah.

Kepada mereka-mereka di luar sana, yang terbaca blog ini, bila korang mengajak orang bujang ke rumah anda untuk satu majlis tertentu, tolong jangan mengharap sangat diaorang datang. Cakaplah begini : "Kalau awak takde apa2 hujung minggu nie datanglah ke rumah, kami ada buat majlis nnnnnn sikit."

dan janganlah undang begini "Jangan lupa datang ke rumah saya hujung minggu nie ye.. datang tau.. jangan tak datang". Bagi aku, undangan seperti ini adalah mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Posted at 09:48 pm by bezicto
Make a comment  

Weekendz



Dalam weekend nie, aku ada 2 projek.

#1. Nak habiskan Yamato Nadesico Shinci Henge
#2. Nak tamatkan kod DPTAplikasi VST

Projek DPTAplikasi VST akan diberi prioriti tinggi :
[Screenshot 1][Screenshot 2][Screenshot 3]

Semua kod hampir boleh ditamatkan dalam masa terdekat, tapi aku nak check habis-habisan dulu untuk buang semua kod yang tertindih dan tak pakai.

Posted at 01:40 pm by bezicto
Make a comment  

Friday, July 27, 2007
KWSP to KWAP

Aku hari nie pergi failkan permohonan aku untuk menamatkan 'ikatan' aku dengan KWSP setelah aku diterima ke jawatan berpencen.

Aku pergi failkan di Shah Alam bersama sorang senior aku... (sebab aku taktau jalan.. he he)

Anyway, jangkamasa untuk pengeluaran semua baki simpanan aku dalam KWSP akan mengambil masa 1 1/2 bulan sehingga 2 bulan. Itu janji depa. So, by September, i should receive all the money dan terus nak invest masuk dalam Tabung Haji. mungkin aku akan guna rm2k untuk modified kereta dan beli handphone baru kot... tapi itu bergantung kepada mood semasa aku.

p/s: dan.. akhirnya aku tau kenapa ramai sangat tahniah semalam.. he he... (but sorry i'm not going to mention it here..)

Posted at 05:12 pm by bezicto
Make a comment  

Thursday, July 26, 2007
Apa hal nie ?

Hari nie ntah berapa orang ntah ucap tahniah kat aku..
Ntah mengapa ntah ? Apa aku dah buat ?

Bila masa aku bertunang ? Nak cakap aku dapat anak, aku belum kahwin lagi.

?? Nande dayo ? Nee Nee.. Nande ?

Posted at 09:14 pm by bezicto
Make a comment  

Tuesday, July 24, 2007
How its all happen



In detail, this how it all happen.

1. aku pergi isi angin untuk tayar motorsikal aku.
2. aku kemudiannya, isi minyak dekat pam utk motor (korang rujuk nombor kat atas)
3. Then, selesai isi, aku pun blah la ikut macam biasa.
4. Tiba2 ada kancil nie (lepas settle isi minyak), dia reverse punya la laju sebab malas nak tunggu kereta depan dia keluar.
5. BAM !!! terus merempuh aku.

Dalam hal nie siapa yang bersalah ? Pendapat korang ?

Mah, it's all in the past now.

Posted at 09:17 pm by bezicto
Comment (1)  

Desire has an old name



Setiap kali aku baca review pasal pc pheripheral baru dekat pasaran, hati aku rasa aku nak beli.. padahal aku :

1. bukan hotcore gamer, tetapi casual gamer
2. dah pencen dari arena rip DVD
3. mainly hanya buat programming guna delphi 2007
4. anime freak
5. backup freak

so kenapa aku nak beli pc mahal2 ?

tapi hati aku selalu kearah tu :p
Aku cuma perlukan pc yang cepat load (loaded of RAM), dan boleh proses banyak benda dalam satu masa (processor yang multi-threaded/core) dan grafik yang mainstream (8600GT aku sekarang dah kira yang terbaik pernah aku beli)

So, next time aku nak upgrade pc, aku kena kept all this things in mind. nampaknya setelah aku dah justify, aku tak perlu membazir pun. dunia pc selalu cepat sangat.

p/s : sekarang tengah berangan nak beli BD burner... slurp... 50GB on single disc !!!

Posted at 05:53 pm by bezicto
Make a comment  

Monday, July 23, 2007
1.00 PM Isnin 23 Julai 2007




Aku terpaksa blogkan benda nie dalam waktu rehat aku tengahari nie untuk mengisahkan satu benda yang berlaku pada aku sekejap tadi, kira-kira sejam tadi.

Aku ke Petronas untuk isi angin tayar dan minyak pada Yamaha SRX. Dalam masa aku nak berangkat pulang, ada dua orang Indian nie reverse kereta punya laju dan akhirnya merempuh motosikal aku.

Dari segi undang2, 'pandangan' seperti itu adalah salah aku. Sebab aku merempuh belakang.

Dari segi teknikal, aku sepatutnya 'menang' sebab dua orang Indian tu reverse kereta punya la laju. langsung tak pandang belakang.

Kereta diaorang tu ? Lips belakang dia luruh.. pecah la sikit.

Seterusnya, aku direct pergi kedai repair-merepair berdekatan. Aku dah ingatkan Indian nie tadi, aku nak kedai tu, bukan kedai kerabat depa.. NEUTRAL !

Disebabkan aku malas nak fikir panjang benda2 begini. Aku offer diri untuk bayar kerosakan kereta dia tu. RM160 (mengikut kata pomen tu termasuk upah cat) semuanya. So aku bayarlah.

Sebelum bayar tu, aku sempat mengingatkan Indian nie tadi untuk jangan lagi buat 'kerja' macam tu.

Semuanya berakhir dengan aman, dan Indian si pemilik kereta nie tadi nampaknya akur 'separuh' dengan kesalahan dia hasil teguran aku tadi.

----

Cukup dengan hal tu. Yang aku perhatikan di sini adalah tingkahlaku orang lain di sekitar aku, terutamanya orang2 dalam Petronas tu.. langsung takde yang nak ambik tau.

Orang2 sebangsa aku semuanya buat tak kisah dan 'buat dek je'. Maksudnya mudah, 'ko jaga kain ko sendiri, dan aku jaga kain aku sendiri'.
Aku tau dalam keadaan macam nie, semua orang mesti taknak ambik peduli, dan dalam hati kita mesti terlintas "ah, ini satu lagi episod dalam hari nie.. benda nie semua akan pergi begitu saja nanti... tak perlu pergi tolong dia"
Yang aku terlalu kesalkan dalam hal nie, bukannya eksiden dan 2 orang Indian tu, tapi adalah lebih kepada RAMAINYA saksi langsung takde nak bantu aku untuk justify apa yang berlaku. Mereka yang nampak sendiri peristiwa yang berlaku ke atas diri aku tu ramai.. tapi alahai.. macam nie ke orang Malaysia ? Aku bersyukur sebab yang kena waktu tu adalah aku, kalau sorang pompuan misalnya macamana agaknya situasi yang akan berlaku ?

Kalau aku bawak kes nie ke mahkamah, kebarangkalian aku menang memang sangat tinggi... TETAPI semuanya perlu dengan kehadiran saksi. Malangnya perkara nie tak berlaku pada aku. Saksi semua pengecut dan membiarkan aku sorang menangani sendiri masalah aku. Tapi aku tak kisah.. takkan sebab RM160 aku nak bawak ke court benda nie.. buang masa dan duit aku je. CUMA TOLONGLAH... mana2 rakyat Malaysia tolong ambik tahu persekitaran korang.. bantu orang dalam kesusahan. Satu frasa yang keluar dari mulut, mungkin dapat menyelamatkan seseorang dari azab dunia.

Berbalik pada cerita asal...disebabkan aku nie jenis tak mudah panik, aku berjaya mengawal situasi dengan aman pada kedua-dua pihak, Anyway, benda nak jadi adalah dengan kehendak-Nya.
Kawan2 sekalian, jadilah diri sendiri dan jangan 'brag' pasal benda2 yang kita sendiri tak boleh buat bila kita di situasi tertentu.

-___-

oh ya apa berlaku pada aku ?
Yamaha SRX = tiada kerosakan
badan aku = tiada apa2

Benda2 aku belajar masa taekwondo (quick and reponsive) dulu, amat berguna sekarang ^_^

Posted at 03:03 pm by bezicto
Comments (3)  

Sunday, July 22, 2007
Cuaca... adalah segalanya...



Sedang aku mengharap Raikonen memenangi perlumbaan di Eropah hari nie, rupanya 'hujan turun di tengahari' Bukan saja Raikonen terkeluar sebab masalah kereta, Massa pula dipotong oleh Alonso masa perlumbaan berbaki 5 pusingan.

Hujan yang turun adalah faktor utama perlumbaan hari nie.

Sekurang2nya Hamilton takde mata. Itu dah cukup melegakan.

Ferrari.. good luck on your next race. May the force will be you -__-

Posted at 11:19 pm by bezicto
Make a comment  

Friday, July 20, 2007
Yahoo!

Minggu nie walaupun letih, tapi adalah minggu yang paling menggembirakan bagi aku.

1.
Aku disahkan dalam jawatan berpencen mulai 1 Ogos 2007.

2.
Aku dinaikkan satu tangga gaji.

3.
Gaji baru bulan Julai pada 25hb nie.

4.
Aku dalam proses pengeluaran semua caruman aku dalam KWSP yang bernilai hampir rm7k keseluruhannya.

Tadi, masa aku gi bahagian sumber manusia, waktu petang jam 3 petang lebih, untuk menyempurnakan dokumentasi bagi pengeluaran caruman KWSP aku, aku telah menerima ucapan 'hi' dari seseorang yang telah membuatkan aku tergembira sekejap. Dan keseluruhan petang pada hari nie, adalah yang cerah.. secerah mentari.

(Tapi, kegembiraan aku di spoil dengan bau durian dekat ofis aku... hampeh betul.. ada ka makan durian dalam aircond.)

Posted at 07:35 pm by bezicto
Comment (1)  

Thursday, July 19, 2007
Resolution

Mulai sekarang blog nie takkan aku ungkitkan apa2 yang berlaku ke atas diri aku lagi. Sebaliknya, aku akan tulis mengenai pengalaman terbaru yang aku temui dan juga beberapa perkara baru boleh dijadikan ikhtibar bersama.

Hmm.. kira macam, setiap entries akan ada satu benda yang boleh dikongsi bersama. Dan benda2 tersebut, adalah benda baik yang boleh mendatangkan semangat untuk aku dan korang yang membaca blog nie.

Malas nak cerita benda negatif lagi dah. Banyak mendatangkan kesan terhadap cara aku berfikir :)

Tapi layout untuk tahun nie tetap bertemakan Yui.. he he.. aku takkan ubah banner kat atas tu :p

Posted at 11:15 pm by bezicto
Make a comment  

Previous Page Next Page


bezicto
December 4th 1981  (Age 26)
Male
Malaysia


Interest : Anime, manga, computer (Otaku)

Programming Languages : Delphi, JavaScripting, PHP, Win32 Batch

Previous Schools :
SKBJ(s1)-SKSJ(s2-s6)-
SMIH(h1)-SMTP(h2-h5)-UTM

My Repository :


Friends :

Mon @UTM
jasdy @UTM
Ganchan @Insomnia
eek-1 @Insomnia






   

<< July 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed