* 気づいて I'm here waiting for you 今とは違う未来があっても I'm here waitng for you 叫び続けて きっと心は つなぐ糸をたぐってる あの頃の私 目を覚ますように no need to cry
Travel in silence 手をのばせば 触れるのに 君は遠い それは 思い出の中のこと
声が聞こえる 目を閉じれば 小さな痛みさえ いとしくて
見つめて I'm here waiting for you 風に吹かれ 一人迷っても I'm here waiting for you 空を見上げて ずっと心は 手を広げて守ってる あの頃の君が 振り返るまで no need to cry
(Feel something Feel nothing Listen closely Listen closely) Wide open ears Disarm the dream tickler In the constant moment (You will find me Where it's quiet Listen closely Listen closely) Let the blood flow Through all the spaces Of the universe
Besok aku akan release updated version untuk CMR Tool. Kali nie boleh detect beberapa malware baru. Korang boleh check di sini untuk keterangan lanjut.
Dan juga dalam minggu depan untuk aku akan gold-kan DPTAplikasi VST. Projek ini adalah projek yang terlalu mengambil masa dan aku bercadang untuk tamatkan kod bagi fungsinya pada minggu hadapan. Maknanya tiada lagi bertambahan fungsi baru melainkan untuk bug fix.
Setelah itu aku akan start carik projek baru. Setakat nie belum ada lagi projek yang aku fikirkan. Tunggu je la..
Dan tentang DPTAplikasi VS, he he.. aku bercadang untuk mansuhkan daripada senarai projek... sebab mostly VST dah cover semuanya dan aku bercadang untuk release sebagai freeware je. Cuma kod untuk VSO je, pada sesiapa yang berminat aku akan jual. VST adalah hak eksklusif aku dan kodnya tidak akan ditunjukkan pada sesiapa.
Dalam sebulan terkebelakang nie aku dah habiskan banyak anime.. memang banyak betul !
Tak sangka betul.. semua bermula setelah aku tamatkan Keroro Gunsou Season 2 hari tu. Lepas tu terus menerus aku tengok balik anime2 lama aku..
Baru semalam aku dah habiskan Yamato Nadesico Shinci Henge (26 episode) dan sekarang aku dah mula menonton pulak Nana yang sebanyak 47 episodes secara totalnya.
Semalam jugak bermulanya sejarah baru dalam download streamyx aku.. aku download bahan media (well.. anime le .. apa lagi) sebanyak 5GB+... dalam masa SEHARI !
Sebelum nie tak pernah aku buang tebiat macam tu.. tapi 5GB... maka secara officialnya ini adalah rekod peribadi terbaik aku..
Dah lama aku nak tengok anime nie.. sejak zaman belajar kat UTM lagi.. semalam baru aku jumpa sumber untuk download... dan sekarang tengah download bagai nak rak dekat PC aku... ^_^
nGage aku telah berkhidmat sejak aku kerja 3 tahun lepas. Dia banyak berjasa pada aku walaupun telah jatuh dan terpijak ntah berapa belas kali ntah sepanjang hayatnya.
Sekarang, aku rasa macam nak cari telefon yang lebih kecik sikit dan tak menyusahkan aku masa solat. nGage nie terlalu besar sangat sebenarnya.
game dalam dia pun tak terlarat dah aku main, melainkan sudoku yang baru aku install awal tahun nie. so, mungkin dah tiba masa untuk dia bersara dan di trade-in dengan benda yang baru..
kenapa trade in ?
aku sebenarnya memang seorang penyimpan, tapi seseorang yang penting dalam hidup aku pernah bercakap... 'takde benda dunia boleh bawak mati... buat apa ko menyimpan kalu ko takkan gunakan dah satu hari nanti. Nostalgia hanya akan menjadi debu bila ko dah lupakannya.'
..so itulah.. daripada aku peram dia dalam beg muzium aku tu, lebih baik aku trade in dekat kedai... dapat dalam rm150-200 pun orait la..
Sekarang nie, aku tengah mengalihkan pandangan aku pada N76. ye.. memang dia tak secanggih N73, N80 dan N95... tapi aku perlukan benda yang simple dan paling penting boleh install sudoku kat dalam dia..
yup.. aku nie hantu sudoku. rekod aku selesaikan satu puzzle sederhana mudah adalah dalam lingkungan 4-5 minit bergantung pada mood. kalau yang susah tu, dalam 1/2 jam lebih.
so.. sekarang start mengumpul duit !!
....
mungkin aku tak jadik modified kereta aku kot.. he he he.
Memang susah nak menolak jemputan. Terutamanya sekiranya kita diharap datang. Lazimnya sebab alasan.
Terus terang aku katakan, dari hati aku, aku biasanya tak biasa pergi sorang2 ke majlis jemputan tertentu. Aku akan carik teman. Bila kawan aku semua dah kahwin dan yang masih bujang semuanya ada aktiviti2 sendiri, jemputan biasanya aku tolak kalau aku terpaksa pergi sorang2.
Ha~.. ini bukan 'lubang' untuk komen yang menyuruh aku cepat kahwin. Sorry.. unrelated.. and please don't ever bother asking me about that question.
Tapi, biasanya sebelum alasan tu, aku akan mintak maaf terlebih dahulu... dan kemudiannya baru alasan. Ini untuk menjaga hati tuan rumah.
Kepada mereka-mereka di luar sana, yang terbaca blog ini, bila korang mengajak orang bujang ke rumah anda untuk satu majlis tertentu, tolong jangan mengharap sangat diaorang datang. Cakaplah begini : "Kalau awak takde apa2 hujung minggu nie datanglah ke rumah, kami ada buat majlis nnnnnn sikit."
dan janganlah undang begini "Jangan lupa datang ke rumah saya hujung minggu nie ye.. datang tau.. jangan tak datang". Bagi aku, undangan seperti ini adalah mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan orang lain.
Aku hari nie pergi failkan permohonan aku untuk menamatkan 'ikatan' aku dengan KWSP setelah aku diterima ke jawatan berpencen.
Aku pergi failkan di Shah Alam bersama sorang senior aku... (sebab aku taktau jalan.. he he)
Anyway, jangkamasa untuk pengeluaran semua baki simpanan aku dalam KWSP akan mengambil masa 1 1/2 bulan sehingga 2 bulan. Itu janji depa. So, by September, i should receive all the money dan terus nak invest masuk dalam Tabung Haji. mungkin aku akan guna rm2k untuk modified kereta dan beli handphone baru kot... tapi itu bergantung kepada mood semasa aku.
p/s: dan.. akhirnya aku tau kenapa ramai sangat tahniah semalam.. he he... (but sorry i'm not going to mention it here..)
1. aku pergi isi angin untuk tayar motorsikal aku. 2. aku kemudiannya, isi minyak dekat pam utk motor (korang rujuk nombor kat atas) 3. Then, selesai isi, aku pun blah la ikut macam biasa. 4. Tiba2 ada kancil nie (lepas settle isi minyak), dia reverse punya la laju sebab malas nak tunggu kereta depan dia keluar. 5. BAM !!! terus merempuh aku.
Dalam hal nie siapa yang bersalah ? Pendapat korang ?