Minggu nie walaupun letih, tapi adalah minggu yang paling menggembirakan bagi aku.
1. Aku disahkan dalam jawatan berpencen mulai 1 Ogos 2007.
2. Aku dinaikkan satu tangga gaji.
3. Gaji baru bulan Julai pada 25hb nie.
4. Aku dalam proses pengeluaran semua caruman aku dalam KWSP yang bernilai hampir rm7k keseluruhannya.
Tadi, masa aku gi bahagian sumber manusia, waktu petang jam 3 petang lebih, untuk menyempurnakan dokumentasi bagi pengeluaran caruman KWSP aku, aku telah menerima ucapan 'hi' dari seseorang yang telah membuatkan aku tergembira sekejap. Dan keseluruhan petang pada hari nie, adalah yang cerah.. secerah mentari.
(Tapi, kegembiraan aku di spoil dengan bau durian dekat ofis aku... hampeh betul.. ada ka makan durian dalam aircond.)
Mulai sekarang blog nie takkan aku ungkitkan apa2 yang berlaku ke atas diri aku lagi. Sebaliknya, aku akan tulis mengenai pengalaman terbaru yang aku temui dan juga beberapa perkara baru boleh dijadikan ikhtibar bersama.
Hmm.. kira macam, setiap entries akan ada satu benda yang boleh dikongsi bersama. Dan benda2 tersebut, adalah benda baik yang boleh mendatangkan semangat untuk aku dan korang yang membaca blog nie.
Malas nak cerita benda negatif lagi dah. Banyak mendatangkan kesan terhadap cara aku berfikir :)
Tapi layout untuk tahun nie tetap bertemakan Yui.. he he.. aku takkan ubah banner kat atas tu :p
Higurashi No Naku Koro ni Kai Doujin Work School Days Moetan Zero no Tsukaima : Futatsuki no Kishi Umisho Sayonara Zetsubou Sensei
Di atas adalah anime2 baru yang aku start kumpul untuk musim panas 2007 ! Streamyx aku entah bila diaorang nak upgrade jadik 1Mbps ntah.. besok kena call diaorang nie.. -__-
... aku tiba2 dah jadik rasa malas nak update blog nie.. sekarang nie banyak design kena buat disamping tu aku jugak kena coding (dhtml) untuk satu projek mini untuk jabatan aku... -_-
anyway, aku dah siapkan Common Malware Removal Tool dan DPTAplikasi VSO. Head over to bezictosoft.blogspot.com to learn more. Sekarang aku tengah siapkan projek mini guna delphi2007 iaitu ClearpiCc. projek nie adalah aplikasi mini untuk clearkan history pembacaan bagi mereka yang menggunakan pixelComic 1.26 untuk baca manga. malangnya pixelComic nie berhenti pada tahun 2005 dengan build terakhir ialah versi 1.26. so nanti aku akan uploadkan both pixelComic tu dan tool yang aku buat tu iaitu ClearpiCc ke internet untuk korang download.. sayang betul.. pixelComic 1.26 memang memudahkan pembacaan manga.. sejak dari 2005, aku dah tak pakai ACDSee.
Ada banyak ruang untuk meningkatkan kecekapan agensi kerajaan kita dan dalam masa yang sama tidak memberi ruang kepada pembaziran wang ringgit dan masa.
Aku hari nie nak bercakap dalam konteks perasmian dan pemahsyuran sesuatu. Actually benda nie sedang berlangsung dalam agensi aku berkerja dengan mesyuarat demi mesyuarat untuk 'memegahkan' perasmian dan pemahsyuran yang bakal dilakukan terhadap sesuatu benda yang berdiri di atas tanah.
Kenapa ? - banyak wang ringgit dibazirkan ke pengindahan yang hanya bersifat sehari ?
- agensi berasaskan perkhidmatan; tetapi kakitangannya dikerah untuk menyempurnakan kemegahan dalam tempoh 3-4 bulan sebelum berlangsungnya upacara terbabit. bagaimana dengan kerja hakiki ?
- satu mesyuarat khas dengan pengulangan bila difikirkan perlu, diadakan hanya untuk perkara yang bakal berlangsung selama 5 minit ? (eg. montaj, persembahan multimedia)
Kita sebenarnya telalu bersedia untuk perkara yang sia-sia daripada berkerja dengan bersungguh2 ke arah memantapkan perkhidmatan awam. Aku tak harap orang lain berfikiran sama seperti aku, tapi pembaziran masa dan wang ringgit ke arah yang lebih baik perlu difikirkan bersama.
Aku amat berasa kecewa dengan keadaan ini. Benda2 yang remeh temeh seperti perasmian atau pemahsyuran itu-dan-ini kalau boleh biarlah hanya dengan doa selamat dan hebahan sahaja.
Masyarakat kita, telah sebenarnya disogok bahawa 'yang mahal itu baik' dan 'yang indah itu kemegahan dan status' yang sepatutnya ditukarkan ke 'yang baik bukan bersifat selama-lamanya' dan 'status yang sebenar dalam perkhidmatan adalah kepuasan pelanggan'.
Study untuk ptk khusus nie memang nak membuatkan aku muntah.. bayangkan semua benda yang belajar dari tahun 1 hingga tahun akhir kat utm tu nak kena cover dalam satu kertas berformat esei dalam masa peperiksaan selama 2-3 jam !
Sampai sekarang aku dapatkan bahan2 ptk dari MAMPU dan INTAN, hasil daripada google-lan yang aku lakukan. selain tu, aku jugak baca balik buku2 dan nota2 yang aku masih simpan sejak dulu.
Aku study tanpa apa2 hint daripada sesiapa pun. Kiranya hampir 60% daripada sukatan pelajaran dalam bidang IT telah aku cover dalam tempoh 2 minggu nie.. Network, Database, Programming, SDLC, OO, SADM, OS, Hardware dan lain2 lagi.
Ini semua nak memusnahkan sel otak aku betul.
Oh Tuhan, Kau bukakanlah hati orang-orang yang mewajibkan PTK nie untuk memansuhkannya demi kemajuan anak bangsaku.
Sekarang nie macam2 boleh berlaku kepada anak-anak. Aku dah alami satu peristiwa yang menyayat hati (bercampur marah) aku semalam tapi bukan berlaku pada diri aku yang menyebabkan aku rasa macam nak buat entry nie..
Kepada korang yang ada daughters atau sons, binalah hubungan baik antara mereka sepanjang diaorang berada di dalam jagaan korang. Ambik mereka dari/ke sekolah kalau boleh.. sekiranya tidak boleh dilakukan.. lihat mereka ke sekolah setiap hari dan pastikan bila mereka balik ke rumah selepas tengahari atau petang, kita ada di rumah sewaktu mereka pulang. Tanya mereka macamana sekolah hari nie... dengan siapa mereka balik atau pergi sekolah hari nie.. dan kerja rumah macamana.
Ambil berat terhadap apa saja yang mereka buat.. apa yang mereka lakukan dan apa/siapa yang mereka jumpa setiap hari. Didik mereka solat berjemaah dari awal. Dan bawa mereka ke masjid. Beri didikan agama yang mana berkemampuan sendiri selain daripada pendidikan formal di sekolah dan kelas fardhu ain. Pastikan mereka solat dan menyempurnakan fardhu ain dengan sempurna.
Aku tau nasihat/teks-teks di atas mungkin akan dipandang remeh oleh orang lain sebab aku masih bujang dan belum berkahwin. Tapi aku ada adik-adik yang masih belajar dan ibubapa aku masih ada. Cuma kalau nak dipandang remehpun, fikirlah apa yang berlaku pada persekitaran sosial kita setiap hari.
Jangan kita nanti dihumbankan ke neraka kerana 'tidak atau kurang' memberi perhatian terhadap anugerah tuhan ini. Wallahualam.
Setelah sekian lama aku membuat kajian.. er.. kira-kira dua minggu.. sekarang secara officialnya aku telah meng-overclock PC aku...
Athlon 64 3000+ 1.8GHz @2.2GHz (Socket 939, Venice Core) CPU Multiplier = 9x DRAM Frequency Integer Divider = 5:6 (166MHz) HTT = 245MHz HT Link Multiplier = 3x
Oleh itu : Final CPU Speed = 245x9 = 2205MHz Final DRAM Speed = 2205/11 = 200.4MHz (DDR402 Spec)
Aku dah buat stability/stress test selama sejam tadi menggunakan SP2004 dan keputusannya :
Memang stabil ! Itu hanya test selama sejam.. kalu ikut hati nak je aku test ikut standard overclocker lain iaitu 24jam atau lebih.. tapi bagi aku itu pun dah okay.
My current pc, 'ayu', has been upgraded recently to 1.5GB of DDR400 RAM. Before that, the MSI NX7300GS (Geforce 7300GS) has been swapped with Asus EN8600GT (Geforce 8600GT). With these two, my pc now has more processing power to do lots of photoshop editing, H264 video decoding and high quality/resolution gaming.
I'm going to overclock this rig later but not in the current time frame. Currently aiming for 2.2-2.4 GHz on extreme air cooling when upgrading to more suitable cooling system later at the end of this year.
And btw, my pc full name is ayu kernelcored Integra... 'aki' for short but i intend to call her 'ayu' anyway.. oh. note that the letter i in 'Integra' is written in capital letter ^_^