Hari nie..screamyx buat hal lagi.. tapi bagusnya diaorang dah bagi notis dulu di web. rupanya ada masalah dengan APCN circuits dan sistem kabel SMW3 yang menghubungkan Malaysia dengan Taiwan dan Jepun. Tak kisah lah semua tu.. harap semua di restore dengan baik dalam masa terdekat. lagipun kelajuan aku masih reasonable...
Setelah err.. dua hari marathon aku akhirnya habis jugak menonton anime nie. Dan... jeng jeng jeng... 10 bintang !!
Anime nie mempunyai perasaan yang sama dengan Honey & Clover (season 1 dan 2).. dari segi rekabentuk karikatur.
Cumanya genre anime nie adalah mengenai slice of life pelajar-pelajar muzik di sebuah sekolah muzik. Korang boleh baca review dia yang banyak kat internet. Sekarang aku tengah download yang live action punya ^_^
Disebabkan manga dia masih lagi on going, so aku suspek ada le season 2 nanti kot..
粉雪舞う季節はいつもすれ違い konayuki mau kisetsu wa itsumo surechigai The season in which the powdered snow dances always passes by
人混みに紛れても同じ空見てるのに hitogomi ni magiretemo onaji sora miteru noni Even if I’m lost in a crowd I can see the same sky
風に吹かれて 似たように凍えるのに kaze ni fukarete nita you ni kogoeru noni Even though I'm chilled as if I'm being blown by the wind
僕は君の全てなど知ってはいないだろう boku wa kimi no subete nado shitte wa inai darou I don't know anything about you, do I?
それでも一億人から君を見つけたよ soredemo ichioku nin kara kimi wo mitsuketa yo And yet, I found you amongst a billion people
根拠はないけど本気で思ってるんだ konkyo wa nai kedo honki de omotterunda There's no basis for this, but I believe this with all seriousness
些細な言い合いもなくて同じ時間を生きてなどいけない sasai na iiai mo nakute onaji jikan wo ikite nado ikenai We can't live at the same time without trivial fights
素直になれないなら 喜びも悲しみも虚しいだけ sunao ni narenai nara yorokobi mo kanashimi mo munashii dake If I can't be honest, then rapture and sorrow are meaningless
粉雪 ねえ 心まで白く染められたなら konayuki nee kokoro made shiroku somerareta nara Powdered snow, if you paled me white to the heart
二人の孤独を分け合う事が出来たのかい futari no kodoku wo wakeau koto ga dekita no kai ? Can you share our loneliness?
僕は君の心に耳を押し当てて boku wa kimi no kokoro ni mimi wo oshiatete I pressed my ear against your heart
その声のする方へすっと深くまで sono koe no suru hou he sutto fukaku made Going gently, deeply towards where the sound
下りてゆきたい そこでもう一度会おう orite yukitai soko de mou ichido aou (That's where) I want to disembark, There, we'll meet once again
分かり合いたいなんて 上辺を撫でていたのは僕の方 wakariaitai nante uwabe wo nadeteita no wa boku no hou I want us to reach rapport but I was the (only) one who touched its surface
君のかじかんだ手も 握りしめることだけで繋がってたのに kimi no kajikanda te mo nigirishimeru koto dake de tsunagatteta noni The only thing that was holding us together was my hand squeezing yours that was numb with cold
粉雪 ねえ 永遠を前にあまりに脆く konayuki nee eien wo mae ni amari ni moroku Powdered snow, in front (of us), eternity,
ざらつくアスファルトの上シミになってゆくよ zaratsuku asufaruto no ue shimi ni natteyuku yo too fragilely, becomes a stain upon rough asphalt
粉雪 ねえ 時に頼りなく心は揺れる konayuki nee toki ni tayori naku kokoro wa yureru Powdered snow, this heart that has transcended time is faltering
それでも僕は君のこと守り続けたい soredemo boku wa kimi no koto mamori tsuzuketai And yet, I want to continue to protect you
粉雪 ねえ 心まで白く染められたなら konayuki nee kokoro made shiroku somerareta nara Powdered snow, if you paled me white to the heart
二人の孤独を包んで空にかえすから futari no kodoku wo tsutsunde sora ni kaesu kara You would wrap around our loneliness and send it back into the sky
Aku baru nie ada lepak di satu sudut di internet dan terbaca satu benda yang menyebabkan hati aku marah kepada segelintir kaki download anime di Malaysia. Laman web tersebut yang sepatutnya menyediakan akses terhadap anime2 baru kini menyekat akses IP dari Malaysia disebabkan oleh ada sebilangan pengguna internet di Malaysia yang memindahterima fail sekaligus dengan beberapa concurrent connection untuk satu2 fail.
Maknanya begini, katakan dia download satu fail dan menggunakan 5 connection untuk fail tersebut pada satu server, maka kalau dia download 5 fail.. maka semuanya akan ada 25 connection concurrently untuk satu server tu. ini menyebabkan orang lain tak dapat akses server tu untuk memindahterima fail. Ini sebenarnya dilakukan dengan menggunakan download manager.
Satu perkara yang korang semua kena ingat, bila kita buat direct http download dengan berbilang connection untuk satu fail, kita sebenarnya menghalang orang lain daripada memindahterima fail yang sama dengan cara melimitkan kelajuan mereka. katakan satu connection berkelajuan 15kBps dan dengan lima connection iatu dah menjadi sehingga 75kBps. itu hanya untuk satu fail !
Setiap server dizahirkan dengan sejumlah bandwidth yang dapat dia tampung dalam satu-satu masa. bandwidth sesebuah server adalah untuk dikongsi bersama bukannya untuk dimonopoli. sekiranya seorang makhluk menggunakan 150kBps untuk download files pada satu server yang berkeupayaan 256kBps, maka dia nie akan hanya membiarkan pengguna lain mendapat bakinya sahaja iaitu ~100kBps.
Apa-apa pun, direct download bukan p2p. korang kena ingat setiap benda datang dengan harga.
Rule of thumb adalah downloadlah fail satu-satu dan dengan sela masa tertentu untuk memindahterima fail berikutnya.
..dalam chapter 367, nama ibubapa Uzumaki Naruto diumumkan.
Hokage ke-4 untuk Konoha iaitu Namikaze Minato adalah ayah kepada Naruto dan Uzumaki Kushina adalah ibunya. Perincian tentang sejarah mereka berdua masih belum diungkapkan dan aku harap dalam chapter terdekat nanti adalah flash-back kot rasanya.
Nampaknya, Naruto menggunakan nama maiden untuk ibunya. Sepatutnya akan jadi Namikaze Naruto tapi jadi Uzumaki Naruto. Hmm... mah.. untuk some circumstances, bila dalam sesuatu keluarga jepun, si suami mati, lazimnya isteri akan kembali ke nama maiden asalnya sebelum berkahwin (atas pilihannya)... dan anak-anak akan ikut sekali. Maka ini menerangkan kenapa menjadi Uzumaki Naruto dan bukan Namikaze Naruto. Mungkin juga Kushina taknak Naruto tahu yang hokage ke-4 itu ayahnya atas beberapa faktor.
Ah... tak sabarnya nak tunggu perkembangan Naruto !
Selain daripada Common Malware Removal Tool yang selalu aku update tu, aku jugak sekarang ada projek rahsia yang aku target siap hujung november nanti.
Aku sepatutnya blog pasal benda nie semalam, tapi sebab keletihan aku tangguh ke masa sekarang.
Semalam aku meneruskan plan asal untuk bersuka ria bersama member aku di MidValley iaitu dengan marathon 2 wayang sekaligus :
Rush Hour 3 (11:00AM) Ratatouille (4:20PM)
Kami bertolak jam 8:30 pagi dan sampai di midvalley dalam kul 10AM gitu... terus beratur beli tiket untuk kedua2 show terbabit dan seterusnya sarapan di McD.
---
Hmm.. sejak aku habis tengok anime Tokimeki Memorial Only Love tu, aku asyik2 ulang babak confession Sayuri kepada Riku ^_^!
Sebenarnya agak jarang anime bergenre harem berakhir dengan watak lelaki memilih satu daripada banyak perempuan yang ada dalam plot. Biasanya semuanya berakhir dengan watak lelaki tu tak boleh buat keputusan dan akhirnya semua watak perempuan akan bersaing untuk memenangi hatinya.
Shuffle! dan Tokimeki Memorial ~Only Love~ adalah dua anime yang berakhir sebagaimana aku mahukan.. iaitu watak lelaki memilih hanya satu orang yang dia paling suka lazimnya sejak dari awal series. Bagi manga pulak, setakat nie hanya Ichigo 100% yang berakhir dengan plot sedemikian. Lagipun aku kurang baca manga bergenre harem berbanding anime.
----
Petang tadi, aku sambung tengok 1 Litre of Tears yang aku terlepas semalam sebab tengok wayang. So, basically episode 5 nie banyak berkisar mengenai Aya berusaha untuk tak menyusahkan orang lain di sekelilingnya, semua ahli keluarga Aya terutamanya adik-beradiknya telah dimaklumkan mengenai penyakit Aya. Aya jugak dah mengucapkan selamat tinggal kepada senpai yang dia suka. Senpai tu pun sebenarnya lelaki yang hampeh.. aku pun tak suka kalu dia teruskan hubungan dengan senpai dia tu. Si Haruto pun setelah tahu mengenai penyakit Aya, dia terus buat beberapa research dan sekarang nie nampak macam semakin intim dengan Aya.
Selamat Hari Kebangsaan kepada semua. Pandu kenderaan anda dengan cermat dan pakai tali pinggang keledar ^_^
Update 1 : 11:00 AM Bangun subuh tadi, aku terus on pc dan tonton concert Suzumiya Haruhi no Gekisou.. ada dua DVD dan aku baru tengok first DVD. DVD ke-2 aku tangguh dulu.
Lepas tu aku on tv jap.. dan sebab takde cerita menarik berbanding rancangan mengenai sambutan kemerdekaan, aku balik ke komputer dan sambung tengok Tokimeki Memorial ~Only Love~... sampai episod 22. Nampaknya si Riku tu masih tak dapat buat keputusan nak couple dengan sapa. Tinggal lagi 3 episod, dan aku harap Riku pilih Sayuri ^_^
Rancangan aku ke KL ditangguhkan ke besok pagi sebab beberapa alasan. dan besok aku ada midvalley untuk buat marathon wayang sebelah petang dan malam. Dan mungkin isnin depan aku kena keluarkan simpanan tabung haji untuk tampung perbelanjaan aku bulan nie.. sejak balik kampung minggu lepas tu, duit banyak mengalir ke tol dan belanja ahli keluarga ^_^
Update 2 : 12:29PM Akhirnya... sebelum aku pergi solat jumaat hari nie, aku berjaya habiskan tokimeki memorial ~only love~ dan kesimpulannya..... jeng jeng jeng....
Si Riku tu telah memilih Sayuri ^_^ Bagus betul anime nie... jalan cerita dia memang best. Dan nampaknya walaupun Tsukasa dan Mina dikecewakan, diaorang tetap menerimanya dengan hati terbuka. Tahniah kepada konami yang berjaya buat anime yang telah menyebabkan aku tak menyumpah skrin monitor aku lepas habis tonton final episodenya.
Update 3 : 8:30PM Dan beberapa jam lagi, 31 ogos akan bertukar menjadi 1 september. Apa yang aku buat hari nie ? ntahlah.. rasa macam belum merdeka je aku nie.. dari pagi sampai petang layan anime jepun sambil menyumpah fansubbers sebab ada kalanya translate tak accurate.. bukan nak katakan aku nie power bahasa jepun, tapi bila aku dah hampir dekat 7 tahun dengan bahasa jepun, banyak kosa kata dan frasa boleh diungkapkan dengan mudah ^_^ Malam nie aku nak update bezictosoft. mungkin nak letak beberapa screenshot penting bagi memeriahkan blog tu.
Apa-apapun.. selamat ulang tahun kelahiran Malaysia. Izinkan aku menumpang teduh dibawah langit ko lagi untuk tahun2 mendatang ^_^